TENTANG KAMI

Siapa Kami?


"Jom Buat Sendiri" adalah satu laman sesawang yang mengumpul dan menyediakan informasi tentang cara untuk anda melakukan aktiviti seperti memasak, berkebun, bertukang dan macam-macam lagi, semuanya dengan usaha anda sendiri. Matlamat kami ialah mencari cara terbaik untuk memudahkan urusan harian anda. Jika anda ada idea untuk dikongsi, anda dialu-alukan untuk terus hubungi kami.

Bila Kami Bermula?


Idea penubuhan laman “Jom Buat Sendiri” muncul pada Mac 2021, diawal pandemik "Covid-19" melanda Malaysia. Selepas berbulan melalui perbincangan dan kajian, "Jom Buat Sendiri" akhirnya dilancarkan secara rasmi pada Mac 2021.

Dimana kami mendapatkan informasi dan idea??


Informasi yang terdapat di laman "Jom Buat Sendiri" dikumpulkan hasil kajian dan carian di internet. Sebahagian dari informasi ini juga adalah hasil perkongsian daripada pengguna setia laman ini.


Apa Uniknya Kami?


Matlamat kami ialah membantu anda mencari cara terbaik untuk anda menyelesaikan permasalahan harian anda tidak kira dimana anda berada, sama ada dirumah, pejabat, sekolah atau dimana saja.Antara informasi yang anda boleh dapati di laman ini ialah;

Jom Buat Sendiri!


Ini adalah Idea utama laman ini. Kami mengumpul dan menyediakan pelbagai jenis tutorial dan garis panduan untuk anda membuat sendiri sebarang kerja seperti memasak, berkebun dan bertukang! Selain itu,kami juga mengumpulkan pelbagai cara untuk anda cuba bagi menyelesaikan satu jenis kerja.

Jom List!


Senarai apa yang anda mahukan? Cari saja dilaman ini.Tiada? Anda boleh hubungi kami dan nyatakan permintaan anda. Kami akan usaha dan sediakan untuk anda. "Jom List!" juga menyediakan senarai tip dan trik yang anda boleh gunakan dalam rutin harian anda.

Artikel


Dapatkan artikel-artikel menarik yang boleh membantu aktiviti harian anda.