Resepi Kek Pisang Yang Lembap Dan Lembut

18 January 2023 1207

resipi kek pisang lembap dan lembut
Kek Pisang

Bahan-bahan utama Resipi Kek Pisang

  • 4-5 biji pisang emas/ berangan
  • 3-4 biji telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • garam

Bahan-bahan ayak

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 Collapse

    Cara buat Kek Pisang


    • 1. Sediakan loyang atau dulang pembakar kek anda. Sapukan permukaan dalam loyang dengan sedikit planta atau majerin dan lapik dengan kertas baking.
    • 2. Panaskan ketuhan(oven) anda pada suhu 170°C - 175°C. Sementara menunggu oven betul-betul panas, anda bolehlah sediakan adunan kek pisang ini.
    • 3. Mula-mula anda perlu ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan juga baking powder. Bahan-bahan ini perlu diayak supaya tidak berketul dan juga ianya menjadi halus. Ayak kesemua bahan kedalam mangkuk yang besar.
    • 4. Langkah seterusnya ialah penyediaan bahan adunan yang lain. Untuk membuat resepi ini, anda boleh memilih sama ada untuk mengadun secara manual menggunakan tangan ataupun menggunakan pengisar/mixer.
    • 5. Pukul telur dan juga gula beberapa minit sehingga adunan telur menjadi kembang. Tekstur adunan akan lebih cantik jika anda menggunakan mixer. Jika anda menggunakan alat pemukul telur, tempoh mas untuk telur kembang menjadi sedikit panjang.
    • 6. Kemudian lenyekkan pisang sehingga menghasilkan tekstur yang halus. Masukkan pisang, minyak dan juga esen vanila kedalam bekas yang berisi telur kembang tadi. Kacau sekali lagi sehingga adunan sebati.
    • 7. Perasakan dengan sedikit garam supaya membangkitkan rasa lemak.
    • 8. Kemudian tuangkan adunan yang telah sebati kedalam mangkuk besar yang berisi tepung yang telah diayak tadi. Kacau adunan dengan menggunakan teknik kaup terbalik sehingga adunan dan tepung sebati.
    • 9. Setelah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang ataupun dulang pembakar kek yang telah anda sediakan tadi.
    • 10. Masukkan loyang kedalam oven telah panas pada suhu 170°C-175°C dan bakar kek selama 45 hingga 60 minit mengikut kepada saiz dan kedalam loyang yanga anda gunakan.
    • 11. Bakar kek sehingga masak. Salah satu cara untuk memastikan kek anda benar-benar masak ialah dengan menggunkan garpu ataupun lidi. Cucuk bahagian tengah kek pisang sehingga ke bahagian dalam. Kemudian keluarkan garpu ataupun lidi tadi. Jika bahagian lidi atau garpu licin sahaja, itu menandakan kek anda sudah masak. Jika masih basah dan ada sisa adunan melakat, tambahkan lagu tempoh membakar.
    • 12. Jika sudah masak, potong kek anda dan hidangkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Selamat menjamu selera.

Kami ingin kongsikan dengan anda rahsia resipi kek pisang yang lembut dan lembap ini.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat kek pisang. Anda boleh menggunakan teknik mengukus dan juga membakar.


Pada resipi kali ini, kami gunakan teknik membakar.
Kek pisang merupakan juadah yang sangat popular di seluruh dunia. Ya, ia bukan sahaja terkenal di malaysia, oarang putih pun suka buat kek pisang ini.

Jika di malaysia,kek pisang biasanya dijadikan hidangan minum petang. Selain itu, kek pisang juga sering dijadikan menu untuk majlis kecil kecilan seperti jamuan hari jadi, jamuan disekolah ataupun ditempat kerja. Anda boleh jadikan ia sebagai menu potluck.

Cara membuat kek pisang ini sangat mudah. Anda boleh jadikan ia salah aktiviti bersama anak-anak anda. Selain dari dapat mengisi masa waktu cuti sekolah mereka, anak anda dapat belajar benda baru dan juga menambah minat mereka untuk memasak.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek pisang ini sangat mudah didapati dan hanya menggunakan sedikit bahan sahaja. Anda boleh semak pada bahagian resepi dibawah untuk senarai bahan yang lengkap.

Kami bahagikan cara membuat kek pisang ini kepada 2 bahagian.

Bahagian pertama ialah penyediaan bahan aduanan. Pada bahagian ini anda perlu mengadun adunan sehingga sebati. Anda boleh menggunakan kaedah manual ataupun mengunakan mesin pengisar ataupun mixer.

Bahagian kedua pula ialah proses membakar kek. kek perlu dibakar pada suhu antara 170 hingga 180 darjah celsius dan selama 45 hingga 60 minit.

Untuk langkah penyediaan yang lebih terperinci, anda boleh semak pada bahagian penyediaan dibawah.

Sebelum mula memasak, jom semak bahan yang anda perlukan.