Resepi Cek Mek Molek Mudah Dan Menjadi
Bahan-bahan Cek Mek Molek Sedap
- 3-4 biji ubi keledek
- 1/2 -1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder (*optional)
- Gula
- Garam
-
1 Collapse
Cara buat dan masak Cek Mek Molek
- 1. Basuh dahulu ubi keledek sehingga bersih. Kemudian potong ubi kepada beberapa bahagian kecil supaya ubi senang untuk dimasak dan isinya mudak masak dan empuk.
- 2. Rebus ubi keledek tadi didalam periuk. Jangan lupa masukkan sedikit garam supaya isi ubi nanti ada rasa masin dan rasa sedikit berlemak. Barulah sedap Kuih Cek Mek Molek anda nanti. Rebus sehingga ubi masak dan empuk.
- 3. Setelah empuk, angkat ubi dan biarkan ianya sedikit sejuk dahulu. Kemudian buang kulit ubi tadi dan lenyek-lenyekkan isi ubi sehingga lumat dan hancur. Anda boleh lenyekkan isi ubi menggunakan lesung batu, tetapi sedikit leceh kerana ubi boleh dilenyek dalam kuantiti yang sedikit pada satu-satu masa. Cara yang lain adalah dengan melenyek didalam bekas yang besar dan menggunakan gelas kaca untuk melenyek ubi. Lenyek sehingga tekstur isi ubi betul-betul halus dan cantik.
- 4. Kemudian masukkan sedikit baking powder dan uli adunan hingga rata. Ketika menguli masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak lagi melekat pada jari anda. Anda perlu berhati-hati disini supaya tidak memasukkan tepung gandum berlebihan. Terlalu banyak tepung gandum boleh menyebabkan Cek Mek Molek anda keras nanti. Teruskan uli adunan sehingga sebati.
- 5. Setelah adunan sebati, anda boleh mula membentuk kuih Cek Mek Molek ini. Sediakan gula dan sedikit minyak masak sebelum membentuk kuih. Minyak digunakan supaya adunan tidak melekat-lekat ditangan anda nanti. Sapukan sedikit minyak ditapak tangan dan anda sudah boleh mula membentuk kuih Cek Mek Molek.
- 6. Ambil sedikit adunan mengikut saiz yang anda gemari. Biasanya kuih Cek Mek Molek ini sedap dimakan jika bersaiz sedikit kecil. Anda boleh ambil adunan sebesar bola pingpong, ataupun bola golf jika anda mahu saiz yang lebih besar.
- 7. Leperkan sedikit adunan yang anda ambil tadi di atas tapak tangan. Tekan bahagian tengah sehingga membentuk kawah kecil. Letakkan sesudu kecil gula mengikut kuantiti yang anda inginkan. Tutup bahagian yang anda letak gula tadi dengan membalut adunan. Golek dan gentel diatas tapak tangan sehingga membentuk bujur dan sedikit tajam. Barulah Cek Mek namanya kalau berbentuk bujur.
- 8. Ulang proses mengisi gula dan menggentel sehingga habis baki adunan.
- 9. Kita teruskan dengan proses menggoreng pula. Untuk menggoreng kuih Cek Mek Molek, anda disarankan menggunakan minyak yang banyak. Ini penting supaya cekmek digoreng tenggelam dan ianya masak dengan sekata.
- 10. Bagi mengelakkan Cek Mek Molek kembung dan isi gulanya pecah semasa dimasak, mulakan dengan menggoreng menggunakan api besar. Masukkan Cek Mek Molek ketika api besar dan goreng sehingga bahagian kulit luar sedikit garing, kemudian barulah kecilkan api kepada sederhana besar. Ini penting bagi mengelakkan kuih anda cepat hangit dan keras. Goreng sehingga masak.
- 11. Bila selesai menggoreng kesemua Cek Mek, bolehlah anda hidang didalam bekas yang bersesuaiaan. Hati-hati semasa manjamu Cek Mek, pastikan air gula didalamnya benar-benar sejuk dahulu kerana suhu panasnya boleh menyebabkan mulut melecur.
Jom kami kongsikan dengan anda resepi dan cara membuat Cek Mek Molek.
Cek Mek Molek merupakan salah satu kuih tradisional yang terkenal di Malaysia dan masih lagi menjadi kegemaran ramai sehingga ke hari ini.
Kuih ini popular di negeri pantai timur seperti di Kelantan dan Terengganu. Kalau di Terengganu, kuih ini lebih dikenali dengan nama Mek Comel, sesuai dengan bentuk nya yang kecil comel itu.
Cek Mek Molek biasanya dijadikan sebagai menu sarapan pagi dan juga makan petang. Kuih ini juga sering dijadikan sebagai pilihan untuk jamuan majlis-majlis ringkas seperti jamuan sekolah dan juga jamuan ditempat kerja.
Cara membuat Cek Mek Molek sangatlah senang. Untuk membuat kuih ini, hanya 3 hingga ke 5 jenis bahan sahaja yang digunakan. Antara bahan yang wajib digunakan ialah Ubi Keledek, tepung gandum , gula dan garam. Ada juga resepi yang menggunakan Baking Powder dan Juga Marjerin.
Proses menyediakan Cek Mek Molek dibahagikan kepada 3 bahagian.
Bahagian pertama ialah proses merebus ubi keledek dahulu. terpulang kepada anda untuk menggunakan jenis ubi keledek yang mana. Kebiasaanya, ubi keledek isi oren yang biasa digunakan kerana ia mempunyai rasa isi yang sedikit manis dan berlemak. Basuh dan potong dahulu ubi keledek kepada beberapa bahagian supaya ubi cepat masak dan empuk. Masukkan sedikit garam semasa merebus supaya rasa ubi lebih berlemak.
Bahagian kedua pula ialah proses mengadun isi ubi dengan gandum. Setelah ubi masak dan empuk, angkat dan sejukkan dahulu. Kemudian lenyek isi ubi didalam bekas sehingga menghasilkan tekstur yang halus. Anda boleh gunakan lesung untuk melenyek ubi atau pun lenyek ubi didalam bekas menggunakan gelas kaca besar.
Kemudian masukkan Baking Powder. Semasa proses mengadun, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak lagi melekat ditangan. Harus diingat kuantiti gandum tidak boleh melebihi kuantiti isi ubi bagi mengelakkan Cek Mek anda menjadi keras.
Seterusnya anda boleh mula membentuk cek mek dan memasukkan gula ke dalam nya. Ambil adunan sebesar bola pingpong ataupun bola golf dan leperkan diatas tapak tangan anda. Kemudian letakkan sesudu kecil gula ditengah dan balut semula dengan adunan sehingga gula tertutup. Golek dan gentel sehingga adunan berbentuk bujur dan tajam. Ulang proses sehingga habis kesemua adunan.
Bahagian terakhir ialah proses menggoreng. Gunakan kuantiti minyak sehingga agak-agak tenggelam cekmek apabila digoreng nanti. Tips bagi mengelakkan Cek Mek kembung dan gula terkeluar ialah mula menggoreng dengan api besar. Bila bahagian kulit luar sedikit garing barulah kecilkan sedikit api dan goreng sehingga masak.
Setelah masak, sediakan didalam bekas yang bersesuaian.
Jom semak senarai bahan-bahan yang digunakan dan langkah-langkah penyediaan yang lebih terperinci.