Ayam Goreng Kunyit Mudah Dan Sedap
Bahan-bahan Ayam Goreng Kunyit
- 250gm -300gm ayam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 biji bawang holland (hiris)
- 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
- lobak merah
- 2 batang kacang panjang
- 2 biji cili merah
- garam
-
1 Collapse
Cara Masak Ayam Goreng Kunyit
- 1. Potong ayam kepada saiz kecil lebih kurang satu inci. Basuh bersih ayam, bilas dan toskan airnya.
- 2. Letakkan ayam dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam, serbuk kunyit dan juga sedikit tepung jagung. Gaul ayam dengan bahan tersebut sehingga sebati.
- 3. Bila minyak sudah panas, goreng ayam yang telah digaul kunyit tadi sehingga masak. Goreng sehingga ayam garing. Setelah masak, angkat ayam dan toskan minyak.
- 4. Langkah seterusnya ialah menumis bawang. Anda boleh gunakan minyak menggoreng ayam tadi ataupun gunakan minyak baru saja. Minyak tidak perlu terlalu banyak, cukup sekadar untuk menumis bawang.
- 5. Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian anda boleh masukkan bawang holland, lobak merah dan juga kacang panjang.
- 6. Goreng bahan-bahan tadi sehingga sayur sedikit masak. Jangan terlalu masak sehingga sayur layu, nanti sayur tidak rangup dan kurang enak.
- 7. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biar ada rasa manis-manis sedikit. Anda juga boleh tambah serbuk perasa kegemaran anda.
- 8. Akhir sekali, masukkan hirisan cili merah dan juga ayam goreng. Gaul ayam dan sayur tadi sehingga sebati. Setelah sebati, Ayam Goreng Kunyit anda sedia untuk dihidang.
Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda satu lagi resepi yang mudah dan sedap, iaitu Resipi Ayam Goreng Kunyit.
Resepi ini wajib bagi anda untuk tambah ke dalam koleksi resepi mudah dan cepat. Ia sangat sesuai bagi anda yang tidak mempunyai banyak masa untuk memasak. Walaupun resepi ini nampak ringkas, tapi rasanya mampu mengikat selera anda.
Ayam goreng kunyit biasanya dijadikan lauk makan tengahari dan juga makan malam. Ia dimakan bersama nasi putih dan juga sering digandingkan bersama dengan lauk lain seperti sup ayam dan daging.
Resepi ini juga popular di kedai-kedai makan masakan panas seperti kedai masakan Thai. Kalau dikedai makan, ia biasa disediakan dalam satu set bersama Tomyam , Siakap Stim dan juga Telur dadar.
Cara masak Ayam Goreng Kunyit ni mudah sahaja. Bagi anda yang bujang ataupun yang baru kahwin, resepi ini sesuai untuk anda. Satu resepi sudah lengkap dengan ayam dan sayur.
Jom semak bahan-bahan yang anda perlukan untuk menyediakan masakan ini.
Antara bahan utama yang digunakan ialah ayam, serbuk kunyit, tepung jagung dan juga sayur-sayur seperti lobak merah dan kacang panjang. Untuk senarai bahan yang lengkap, anda boleh semak pada bahagian resepi di bawah.
Jom kami terangkan cara-cara memasak resepi ayam kunyit ini.
Langkah pertama anda perlukan sediakan bahan-bahan dahulu, barulah lancar proses memasak nanti.
Mula-mula sediakan ayam. Potong ayam kepada saiz kecil dalam lebih kurang satu inci. Basuh ayam bersih kemudian toskan air hingga kering. Kemudian gaul ayam dengan serbuk kunyit dan juga tepung jagung. Masukkan sedikit garam.
Untuk bahan tumis, hanya bawang putih yang digunakan. Hiris nipis-nipis bawang putih ataupun anda boleh cincang sahaja.
Hiris bawang holland separa nipis. Belah dahulu kepada dua bahagian kemudian hiris.
Untuk sayur pula, anda boleh gunakan sayur kegemaran anda , tidak semestinya sama dengan yang kami senaraikan. Anda boleh potong lobak merah kepada bentuk jejari kecil dalam ukuran lebih kurang sat inci setengah. Lobak tidak perlu terlalu tebal.
Sama seperti lobak merah, potong kacang hijau dalam ukuran yang sama. Anda boleh gantikan kacang hijau dengan kacang buncis. Rasanya lebih rangup.
Cili merah pula anda boleh potong kecil- kecil ataupun hiris nipis-nipis.
Antara sayur lain yang anda boleh gunakan ialah bunga kobis, brokoli dan juga jagung muda.
Anda sudah boleh mula memasak. Panaskan minyak didalam kuali untuk menggoreng ayam. Goreng ayam sehingga masak dan sedikit garing. Rasa ayam goreng kunyit lagi enak jiga ayam digoreng sedikit garing. Tapi jangan terlalu garing, nanti keras pula.
Setelah ayam masak, angkat dan toskan dahulu sehingga kering minyak.
Anda sudah boleh mula menumis. Anda boleh menggunakan minyak menggoreng ayam tadi. Jika anda ingin gunakan minyak yang baru pun boleh.
Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau. Seterusnya masukkan lobak merah, kacang panjang dan bawang holland. Masak sehingga kesemua bahan sedikit masak. jangan masak sehingga sayur layu, nanti kurang rangup rasanya nanti.
Kemudian ada boleh perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda. Anda juga boleh masukkan serbuk perasa kegemaran anda.
Setelah anda berpuas hati dengan rasanya, langkah terakhir ialah masukkan ayam goreng dan juga cili merah. Gaul sehingga semua bahan sebati.
Macam mana? Senang je kan cara masak ayam goreng kunyit.
Sebelum itu, jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda di Facebook dan juga Whatsapp. Mereka pasti tak sabar untuk rasa masakan anda nanti.
Selamat mencuba!