Resepi Daging Merah Ala Thai

27 March 2023 921
Resepi Daging
Resepi daging masak merah

Bahan-bahan Daging Masak Merah ala Thai

  • 1/2 ekor ayam
  • pewarna merah
  • 2-3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 biji lada benggala
  • lobak merah
  • kacang panjang
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji tomato, belah kecil-kecil
  • 3-5 biji cili padi
  • 2-4 helai daun limau purut
  • garam
  • gula
  • 1 Collapse

    Cara Masak Daging Masak Merah


    • 1. Potong daging kepada beberapa ketulan besar. Kemudian sediakan periuk untuk merebus daging. Masukkan air dan sedikit pewarna merah . Masukkan daging dan rebus sehingga lembut dan empuk.
    • 2. Setelah daging sudah lembuk dan empuk, angkat daging dan sejukkan dahulu. Selepas itu, hiris daging kepada hirisan kecil-kecil. Tak perlu terlalu nipis atau terlalu tebal.
    • 3. Seterusnya sediakan kuali untuk menggoreng daging. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing. Kemudian angkat dan ketepikan dahulu.
    • 4. Langkah seterusnya ialah menumis bawang putih. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih sehingga kekuningan dan sedikit garing. Keluarkan sedikit minyak jika terlalu banyak.
    • 5. Setelah bawang putih sudah kekuningan dan naik bau, masukkan pula cili kisar. Tumis sehingga cili kisar garing.
    • 6. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau sehingga semua bahan sebati.
    • 7. Jika sudah sebati warnanya, anda bolehlah masukkan daging yang telah digoreng tadi. Masukkan juga lobak merah, kacang panjang dan lada benggala.Kacau dan gaul daging sehingga sebati sekali lagi.
    • 8. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda. Anda boleh masukkan sedikit serbuk perasa kegemaran anda.
    • 9. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasanya, anda sudah boleh masukkan tomato, bawang holland dan juga daun limau purut serta cili padi. Carik-carikkan sedikit daun limau purut.
    • 10. Kacau sekejap sampai bawang sedikit lembut dan sebati. Daging masak merah sudah masak dan sedia untuk dihidang. Selamat menjamu selera.

Anda mencari idea untuk memasak daging? 

Jom cuba resepi yang ingin kami kongsikan ini, iaitu Resipi Daging Masak Merah ala Thai.

Anda pasti tak menyesal bila dah cuba nanti.

Daging masak merah ala thai ini sangat popular dalam kalangan rakyat malaysia lebih-lebih lagi jika anda makan dikedai masakan panas ataupun kedai makan ala thai.

Biasanya kalau di kedai makan, menu ini sering digandingkan dengan menu lain seperti Tomyam Thai, Kailan ikan masin dan juga Siakap Stim halia.

Selain itu, ia juga digandingkan dengan nasi goreng atau lebih tepat lagi Nasi Goreng Daging Merah. Jika anda biasa makan dikedai, anda mesti biasa dengan nasi goreng ini.

Tapi jika masak sendiri, menu ini biasanya dijadikan lauk makan tengahari dan juga lauk makan malam. Rasanya sangat enak sekali jika dimakan dengan nasi panas-panas.

Cara buat Daging Masak Merah ini mudah sahaja. Anda bolehlah masukkan resepi ini ke dalam koleksi resepi daging anda nanti.

Masakan ini boleh dikategorikan sebagai resepi daging berkuah walaupun kuahnya tidaklah terlalu banyak.

Bahan-bahan untuk memasak daging merah ini juga senang untuk didapati.

Antara bahan utama yang digunakan ialah daging, cili kisar, sos cili, sos tomato dan sayur-sayur. Untuk senarai bahan-bahan yang lengkap, anda boleh ke bahagian resepi dibawah.

Jom kami terangkan cara memasak daging masak merah ala thai ini.

Langkah pertama yang anda perlu buat ialah sediakan bahan-bahan. Ini bagi memudahkan proses memasak nanti.

Mula-mula potong daging kepada beberapa bahagian sedikit besar. Rebus daging didalam periuk. Masukkan sedikit pewarna merah dan rebus daging sehingga lembut dan empuk. Jika anda tak nak gunakan pewarna tidak mengapa.

Jika daging sudah lembut dan empuk, anda boleh lah hiris kapda bahagian kecil-kecil pula. Kalau kedai makan biasanya daging dihiris nipis-nipis. 

Kemudian panaskan minyak didalam kuali dan goreng daging sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.

Kupas bawang putih dan ketuk-ketuk. Bawang putih ini nanti digunakan untuk menumis.

Untuk resepi kali ini, kami gunakan sayur lobak merah, kacang panjang, tomato dan juga lada benggala. Tapi jika anda tidak mahu menggunakan mana-mana sayur ini pun tidak mengapa. 

Selain itu, anda boleh saja tambah sayur kegemaran anda seperti jagung muda dan juga bunga kobis.

Potong sayur yang anda ingin gunakan kepada saiz yang bersesuaian. Untuk lobak merah, anda boleh potong separa bulat nipis-nipis ataupun dipotong jejari kecil-kecil.

Potong kacang panjang kepada saiz lebih kurang satu inci. Tomato pula anda boleh belah empat atau enam. Jika tomato dibelah terlalu kecil, nanti ia cepat lembik dan hancur nanti.

Bawang holland pula biasanya dihiris nipis-nipis. Anda boleh juga potong bulat-bulat. Cili padi pula anda boleh ketuk sahaja ataupun belah tengah.

Selesai penyediaan bahan, anda sudah boleh mula memasak daging masak merah thai!

Dengan menggunakan kuali menggoreng daging tadi, anda bolehlah tumis bawang putih dahulu. Jika minyak terlalu banyak, keluarkan sedikit, nanti daging masak merah anda terlalu berminyak.

Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau. 

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan garing. Api jangan terlalu besar, nanti cili kisar cepat hangus.

Jika sudah garing, anda boleh masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan.Kacau sehingga semua bahan masak dan sebati.

Kemudian masukkan pula sayur-sayur seperti lobak merah, lada benggala dan kacang panjang. Sayur sayur ini dimasukkan terlebih dahulu supaya ianya dimasak sempurna bila selesai nanti. Tomato dan bawang tidak perlu dimasukkan lagi.

Setelah masukkan sayur-sayur tadi, masukkan pula daging. Kacau semua bahan sehingga sebati. Anda boleh perasakan dengan sedikit garam dan gula.

Setelah rasa daging merah anda sudah sempurna, anda boleh masukkan tomato, bawang holland dan juga daunlimau purut. carik-carikkan sedikit daun limau purut sepaya bau dan aromanya lebih terasa. Jangan lupa buang tulang daun limau purut bagi mengelakkan rasa pahit.

Bagi sayur seperti tomato dan bawang merah atau sayur-sayur yang cepat layu dan lembik dimasukkan bila masakan sudah masak dan rasa sudah sempurna. Ini untuk mengelakkan sayur-sayur ini terlalu lembik dan hancur.

Setelah semua bahan sudah sebati, daging merah anda sudah boleh diangkat. Untuk mendapatkan langkah memasak yang lebih terperinci, anda boleh semak bahagian cara memasak dibawah.

Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda difacebook dan juga Whatsapp, tentu teruja meraka untuk mencuba hasil air tangan anda.

Selamat mencuba!

Macam