Resepi Gulai Ayam Kelantan, Kena Dengan Selera Anda

13 March 2023 1189

Resipi gulai ayam kelantan
Gulai Ayam Kelantan

Bahan-bahan Gulai Ayam Kelantan

  • 1/2 ekor ayam
  • rempah 4 sekawan
  • 2-3 sudu besar rempah gulai kelantan/ rempah kari
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1/2 keping nisan/ gula melaka
  • santan
  • garam
  • gula

Bahan - bahan Kisar

  • 2-5 biji bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar/ jintan manis
  • 1 Collapse

    Cara Masak Gulai Ayam Kelantan


    • 1. Potong ayam kepada beberapa potongan kecil mengikut saiz kegemaran anda. Basuh dan bilas ayam, kemudian sejat air ayam sehingga kering.
    • 2. Panaskan sedikit minyak didalam periuk yang bersesuaian untuk menggulai nanti. Anggarkan kuantiti minyak mencukupi untuk menumis.
    • 3. Setelah minyak panas, tumis rempah 4 sekawan sehingga keperangan dan naik bau wangi.
    • 4. Masukkan bahan kisar yang terdiri daripada bawang merah, bawang putih, serai, halia dan lengkuas. Tumis bahan sehingga keperangan dan pecah minyak.
    • 5. Seterusnya masukkan cili kisar dan kacau sehingga sekata. Setelah sekata, anda bolehlah masukkan rempah gulai. Tumis kesemua bahan sehingga garing. Tumis dengan api kecil bagi mengelakkan bahan tumis hangus.
    • 6. Langkah seterusnya anda bolehlah masukkan bancuhan air asam jawa, nisan/gula melaka dan juga sedikit garam. Masak sehingga tumisan pecah minyak. Sementara itu anda boleh tutup dulu periuk supaya bahan masak sekata.
    • 7. Setelah bahan sudah pecah minyak dan mendidih, anda bolehlah masukkan ayam yang telah dibasuh tadi. Gaul ayam didalam periuk sehingga rempah gulai sebati meliputi ke semua bahagian.
    • 8. Tutup periuk sekali lagi dan biarkan ayam dimasak sehingga kecut dan air ayam kering.
    • 9. Seterusnya masukkan santan pekat. Anda boleh masukkan sedikit air mengikut kepekatan yang anda inginkan. Kacau kuah sahingga mendidih bagi mengelakkan santan berketul.
    • 10. Anda boleh perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda. Masak gulai sehingga mendidih dan reneh sehingga warna kuah menjadi cantik dan tiada lagi buih-buih kecil.
    • 11. Setelah mendidih dan masak serta kuah pun menjadi sedikit pekat, anda bolehlah tutup api. Gulai ayam kelantan anda sedia untuk dihidang.

Jom cuba Resipi Gulai Ayam Kelantan ini. Kami ingin kongsikan dengan anda satu resepi yang sedap dan mudah untuk anda cuba.

Bagi peminat masakan Kelantan, rasanya tak sah kalau anda tidak mencuba gulai ayam versi kelantan. Rasa gulainya yang lemak manis, serta isi ayam yang sebati dengan rasa rempah gulai, mampu membuatkan anda menambah-nambah nasi.

Gulai Ayam kelantan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Susah untuk digambarkan dengan kata-kata, jadi wajib bagi anda untuk mencubanya sendiri.

Biasanya jika dikelantan, gulai ayam ini dijadikan sebagai menu lauk sarapan pagi, atau lebih dikenali sebagai nasi berlauk. Boleh dikatakan menu ayam gulai ni sesuai saja untuk dimakan sebagai sarapan, makan tengahari dan juga makan malam.

Selain makan dengan nasi, gulai ayam ni juga sangat enak jika dihidang bersama roti buku dan juga roti canai. Tak lupa juga, jika anda peminat pulut kuning, anda boleh cuba makan dengan gulai ayam, tak puas makan nanti.

Jika dimakan dengan nasi putih, gulai ayam ini biasanya digandingkan dengan sambal belacan dan juga sayur kobis goreng atau pun dengan ulam timun batang sahaja.

Untuk memasak gulai ayam kelantan ini, bahan utama yang anda perlukan ialah rempah gulai kelantan, tapi jika tiada anda boleh gantikan dengan rempah kari kegemaran anda. Anda perlu kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai dan juga lengkuas. Jika anda ingin tambahkan lagi rasa aroma rempah, anda boleh gunakan serbuk ktumbar dan juga serbuk jintan manis.

Untuk senarai bahan yang lengkap, anda boleh semak di bahagian resepi nanti.

Cara masak gulai ayam kelantan ini senang sahaja. mula-mula anda perlu potong ayam kepada bahagian kecil. Tumis rempah 4 sekawan iaitu bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga. Tumis sehingga wangi.

seterusnya masukkan bahan kisar dan tumis sehingga keperengan dan naik bau. Masukkan cili kisar dan juga rempah gulai. Tumis sehingga masah dan pecah minyak.

Setelah pecah minyak, anda boleh masukkan air asam jawa dan tumis lagi sehingga pecah minyak sekali lagi. Kemuadian masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut dan air ayam kering.

Untuk langkah yang lebih lengkap, anda boleh rujuk pada bahagian cara memasak dibawah.

Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan juga rakan-rakan anda di facebook ataupun didalam group whatsapp. pasti teruja mereka nanti ingin mencuba air tangan anda.

Sebelum memasak, jom semak bahan-bahan yang anda perlukan.