Resepi Gulai Ayam Terengganu Dengan Rasa Asli

14 March 2023 1099

Resipi Gulai Ayam Terengganu
Gulai Ayam Terengganu

Bahan-bahan Gulai Ayam Terengganu

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu besar rempah Gulai cap Bunga Rose/ rempah gulai/ rempah kari
  • 1 sudu besar Rempah Masak Cap Bunga Rose
  • 2-3 sudu besar cili kisar/ cili boh
  • santan pekat
  • 1/2 keping nisan/ gula melaka
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 - 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar kerisik
  • garam
  • gula

Bahan - bahan Kisar

  • 3-5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 Collapse

    Cara Masak Gulai Ayam Terengganu


    • 1. Potong ayam kepada beberapa bahagian kecil mengikut saiz kegemaran anda. Basuh bersih ayam dan bilas kemudian toskan airnya.
    • 2. Kisar lumat bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan lengkuas. Masukkan sedikit air kedalam mesin pengisar supaya bahan mudah lumat.
    • 3. Sediakan periuk untuk menggulai dan panaskan sedikit minyak didalamnya . Anggaran kuantiti minyak mencukupi untuk menumis nanti.
    • 4. Bila minyak sudah panas, tumis cili kisar sehingga garing dan masak. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis lagi sehingga wangi dan pecah minyak.
    • 5. Seterusnya masukkan rempah gulai dan juga rempah masak. Kacau sehingga bahan tumis dan rempah menjadi sebati dan sekata.
    • 6. Kemudian anda boleh masukkan ayam yang telah dibasuh tadi dan gaul sehingga rempah melumuri ke seluruh bahagian ayam.
    • 7. Langkah seterusnya ialah masukkan sedikit air, nisan atau pun gula melaka dan juga asam keping. Kacau seketika supaya kesemua bahan sebati.
    • 8. Setelah sebati, tutup periuk dan masak sehingga ayam kecut dan air ayam kering.
    • 9. Kemudian anda sudah boleh masukkan santan pekat. Masukkan kuantiti santan mengikut kepekatan yang anda inginkan. Anda boleh tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
    • 10. Anda perlu sentiasa kacau kuah gulai sehingga mendidih bagi mengelakkan santan berketul-ketul.
    • 11. Bila kuah sudah mendidih, perasakan dengan sedikit garam dan gula bagi mendapatkan rasa gulai mengikut citarasa anda. Anda sudah boleh masukkan ubi kentang dan juga kerisik. Masak sehingga ubi kentang empuk.
    • 12. Setelah ubi kentang empuk, reneh gulai ayam anda dengan api yang kecil sehingga terbit minyak. Gulai ayam Terengganu anda sedia untuk dihidang.

Jom cuba Resepi Gulai Ayam Terengganu yang ingin kami kongsikan dengan anda ini.

Jika anda anak jati Terengganu ataupun penggemar masakan terengganu, resepi Gulai Ayam Terengganu ini mesti anda cuba.

Gulai Ayam Terengganu ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Rasanya ada sedikit berbeza dengan  Gulai Ayam Kelantan. Ini kerana Gulai Ayam Terengganu ada identitinya yang tersendiri.

Rahsia keunikan Gulai Ayam Terengganu terletak pada rempah yang digunakan. Di Terengganu , rempah gulai ayam cap bunga Rose dan Rempah Masak Cap Bunga Rose sering digunakan untuk menyediakan resepi ini, sebab itulah dia mempunyai rasa yang unik. 

Tapi jangan risau, anda boleh saja menggantikan rempah gulai dengan pilihan rempah kegemaran anda.

Di Terengganu, menu gulai ayam ini biasanya dijadikan lauk untuk sarapan, makan tengahari dan juga makan malam. Kalau untuk sarapan, anda boleh menikmati gulai ayam jika anda makan nasi berlauk dan juga nasi minyak.

Selain itu, gulai ayam sering digandingkan dengan pulut kuning dan juga nasi kunyit.

Kalau untuk menu makan tengahari ataupun makan malam, gulai ayam biasa dihidangkan bersama sambal belacan dan juga ulam timun batang.

Cara untuk memasak gulai ayam Terengganu ini mudah sahaja. Langkah pertama ialah anda perlu sediakan bahan-bahan dahulu.

Antara bahan utama yang digunakan ialah rempah gulai cap bunga rose, rempah masak bunga rose. Anda juga perlu mengisar beberapa bahan seperti bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan lengkuas. Sebelum mengisar, tambahkan sedikit air ke dalam mesin pengisar supaya bahan mudah lumat.

Potong ayam mengikut saiz kegemaran anda. Sediakan periuk yang bersesuaian untuk menggulai. Nanti anda perlu menumis bahan-bahan didalam periuk terus. Untuk langkah penyediaan yang lebih lengkap, anda boleh semak pada bahagian penyediaan di bawah.

Sebelum mula memasak, jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda di facebook ataupun di Whatsapp group. Mereka pasti tak sabar untuk mencuba Gulai Ayam Terengganu hasil dari air tangan anda.

Jom semak bahan-bahan yang anda perlukan.