Resepi Sagu Gula Melaka Lazat Berkrim Dibongkar

17 January 2023 711
Resepi
Resepi Sagu Gula Melaka simple dan sedap
Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan utama Sagu Gula Melaka

  • 200gram sagu
  • air secukupnya
  • pewarna kegemaran anda/ sirap
  • susu cair/ santan
  • garam

Bahan Sirap Gula Melaka

  • 1-2 keping gula melaka
  • 2-3 sudu besar gula merah
  • gula
  • 1 helai daun pandan
  • 1 Collapse

    Cara buat Sagu Gula Melaka


    • 1. Langkah pertama dalam proses membuat Sagu Gula Melaka ialah penyediaan sagu. Mulakan dengan merendam terlabih dahulu sagu didalam air selama 30 minit hingga 1 jam. Jika anda tidak mahu merendam terlebih dahulu pun tidak mengapa, tetapi proses merebus sagu sehingga masak menjadi lebih lama.
    • 2. Setelah selesai merendam sagu, anda pelu merebusnya pula. Panaskan dahulu air di dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan sagu dan kacau perlahan sehingga sagu masak. Sagu perlu dikacau sekali sekala supaya ianya tidak melekat di dasar periuk.
    • 3. Masak sagu sehingga keseluruhan sagu menjadi jernih dan tiada lagi kelihatan biji putih didalamnya. Tambah air sekiranya tekstur sagu kelihatan semakin pekat. Jangan kacau terlalu kerap bagi mengelakkan sagu hancur. Kacau bila perlu sahaja bagi mengelakkan sagu melekat dan hangus.
    • 4. Setelah sagu masak, angkat sagu ke dalam penyejat dan bilas sagu dengan air sehingga sagu sejuk. Bilas sehingga tiada lagi baki kanji supaya sagu tidak melekat nanti.
    • 5. Bahagikan sagu kepada beberapa bekas kecil mengikut bilangan pewarna yang anda sediakan. Titiskan beberapa titik pewarna kedalam bekas yang diasingkan tadi. Kacau sagu sehingga pewarna meresap ke dalam sagu. Bilas sekali lagi dengan air supaya, pewarna tidak turun kedalam kuah santan nanti.
    • 6. Ketepikan dahulu sagu sementara anda menyediakan kuah santan dan juga sirap gula melaka. Sagu boleh disimpan didalam peti dahulu.
  • 2 Collapse

    Cara memasak santan sagu gula melaka


    • 1. Untuk kuah Sagu Gula Melaka, anda boleh gunakan susu cair ataupun santan. Jika anda menggunakan susu cair, anda boleh abaikan langkah ini.
    • 2. Cara masak santan untuk sagu gula melaka in sangat mudah. Sediakan periuk kecil dan masak santan bersam dengan daun pandan yang telah disimpulkan.
    • 3. Masak santan dengan api sederhana sahaja. Sentiasa kacau santan bagi mengelakkan ia berketul. Kacau santan sehingga mendidih. perasakan dengan sedikit garam bagi membangkitkan lagi rasa lemak.
    • 4. Setelah kuah santan mendidih dan menjadi sedikit pekat, angkat dan sejukkan dahulu.
  • 3 Collapse

    Cara masak sirap gula melaka


    • 1. Masak sedikit air didalam periuk atau kuali kecil. Kemudian masukkan Gula Melaka, gula merah dan sedikit gula pasir.
    • 2. Masukkan juga daun pandan yang disimpul bagi menambahkan bau wangi. Kacau sehingga kesemua bahan mencair dan mendidih pekat.
    • 3. Kacau sebati sehingga kuah pekat dan mendidih. Setelah masak, angkat dan tapis sirap ini kedalam bekas lain.
  • 4 Collapse

    Cara menikmati sagu gula melaka


    • 1. Cedok sagu yang telah disejukkan tadi kedalam cawan atau mangkuk kecil. Tuangkan kuah santan sehingga sagu hampir tenggelam. Tambahkan beberapa sudu sirap gula melaka mengikut citarasa anda. Selamat menjamu selera.

Resipi yang ingin kami kongsikan kali ini ialah Resipi Sagu Gula Melaka.

Sagu Gula Melaka merupakan sejenis makanan bagi kategori pencuci mulut. Resepi ini popular bagi negara Malaysia dan juga Indonesia.

Jika di Malaysia, Sagu Gula Melaka sering menjadi pilihan untuk dijadikan hidangan bagi majlis jamuan seperti majlis hari jadi keluarga, jamuan di sekolah ataupun tempat kerja. Anda juga boleh jadikan ia sebagai menu potluck.

Cara buat Sagu Gula Melaka ini sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakan juga sedikit sahaja.

Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah untuk didapati. Untuk senarai bahan yang lengkap, anda boleh rujuk bahagian resepi dibawah.

Langkah penyediaan resepi ini dibahagikan kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama ialah dimana anda perlu menyediakan sagu terlebih dahulu. Langkah penyediaan ini perlu diikuti dengan betul bagi menghasilkan sagu yang benar-benar menjadi, tidak lembik dan juga tidak melekat. 

Bahagian kedua pula ialah proses penyediaan kuah sagu gula melaka. Dalam langkah ini, anda perlu memasak santan sehingga mendidih. Pastikan anda jaga api dan juga sentiasa kacau kuah bagi mengelakkan ianya berketul.

Anda boleh langkau bahagian kedua jika anda menggunakan susu cair sebagai kuah.

Bahagian ketiga pula ialah proses penyediaan sirap gula melaka. gula melaka perlu dimasak dengan sedikit air sehingga menghasilkan tekstur yang sedikit pekat.

Untuk cara memasak yang lebih terperinci, anda boleh semak pada bahagian langkah penyediaan dibawah.

Sebelum mula memasak, jom semak bahan-bahan yang anda perlukan. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda di laman sosial seperti Facebook dan juga Whatsapp group. Jom masak!