Resepi Mee Rebus Ori Terengganu

19 March 2023 675

Resepi Mee Rebus Terengganu
Mee Rebus Terengganu

Bahan-bahan Mee Rebus Terengganu

  • 1 paket Mee kuning
  • 250gram ayam/ Daging
  • 1 packet fishball
  • 3-5 biji telur
  • lobak merah
  • sawi
  • 1-2 biji tomato
  • gula
  • garam

Bahan-bahan tumbuk kasar

  • 2-4 biji bawang merah
  • 2-4 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu besar biji lada hitam
  • 1 Collapse

    Cara Masak Mee Rebus Terengganu


    • 1. Potong ayam atau daging kepada bahagian kecil-kecil. Kemudian basuh dan bilas ayam seterusya tos air biar kering. Ketepikan dahulu ayam.
    • 2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga biji lada hitam. Tumbuk kasar sahaja.
    • 3. Panaskan minyak untuk menumis di dalam periuk yang bersesuaian. Bila minyak sudah panas, tumis bahan yang ditumbuk kasar tadi, iaitu bawang merah, bawang putih dan juga lada hitam.
    • 4. Tumis sehingga bawang kekuningan dan juga berbau wangi.
    • 5. Setelah naik bau, anda bolehlah masukkan ayam ataupun daging dan masak sehingga ayam sepruh masak dan juga air ayam kering. Gaul sehingga bahan tumis meresap ke dalam isi ayam.
    • 6. Seterusnya, masukkan air mengikut kepekatan kuah yang anda inginkan. Air jangan terlalu banyak, nanti kuah mee rebus anda terlalu cair dan kurang sedap .
    • 7. Kemudian masukkan bebola ikan, lobak merah dan juga bahagian batang sawi. Masak sehingga mendidih.
    • 8. Setelah kuah mendidih, perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
    • 9. Setelah anda berpuas hati dengan rasa kuah mee rebus, masukkan pula sayur sawi bahagian daun pula. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji ke dalam kuah, telur tidak perlu dikacau, biarkan ia masak semasa kuah mendidih.
    • 10. Sekiranya telur sudah masak, kuah mee anda sudah sedia untuk diangkat. Sebelum itu, masukkan tomato dan biarkan sekejap. Tutup api dan kuah mee anda sudah siap dimasak.
    • 11. Panaskan air untuk mencelur mee kuning. Celur mee kuning sekejap sehingga mee sedikit lembut. jangan terlalu lama nanti mee kembang dan rapuh.
    • 12. Toskan mee sampai kering air. Mee rebus Terengganu anda sudah siap untuk dihidang.

Siapa saja yang tak terliur bila sebut tentang Mee Rebus Terengganu. Bagi penggemar masakan Terengganu, Mee Rebus wajib ada dalam senarai jika anda melancong ke terngganu.

Bagi anda yang mudah untuk ke Terengganu ataupun yang menetap di Terengganu, tidak menjadi masalah untuk anda menikmati resepi ini di kedai-kedai kegemaran. 

Tetapi, bagi anda yang berada jauh dari Terengganu dan mengidam untuk makan Mee Rebus Terengganu, jom cuba resipi Mee Rebus Terengganu yang ingin kami kongsikan ini. 

Jangan risau, cara buat mee rebus ini senang sahaja. Lagipun bahan-bahan yang digunakan sangat mudah untuk didapati.

Sebenarnya, selain daripada Mee Rebus Terengganu, terdapat pelbagai variasi lagi mee rebus seperti mee rebus johor dan juga mee rebus utara.

Mee Rebus Terengganu berbeza dengan mee rebus lain dan ia meiliki keunikanya yang tersendiri.

Biasanya hidangan ini sangat enak dinikmati pada waktu petang dan malam, lebih-lebih lagi jika cuaca sedikit sejuk, iaitu pada waktu hujan. Lada hitam yang digunakan membantu menghangatkan badan pada cuaca sejuk.

Mee rebus ini bertambah enak jika dinikmati bersama dengan lada jeruk. Bertambah-tambah makan nanti.

Untuk memasak mee rebus ini, bahan yang digunakan mudah sahaja untuk didapati. Antara bahan utama yang digunakan ialah 1 paket mee kuning 500gram, ayam ataupun daging, bebola ikan, telur dan juga sayur-sayur. 

Untuk senarai bahan yang lebih lengkap, anda boleh semak pada bahagian resepi.

Cara masak mee rebus ini senang sahaja. Mari kami terangkan langkah-langkahnya.

Mula-mula anda perlu sediakan bahan-bahan masakan terlebih dahulu. 

Potong ayam atau daging kepada bahagian kecil-kecil. Anda boleh potong ayam atau daging dalam saiz lebih kurang satu inci. Jika anda menggunakan ayam, anda boleh gunakan bahagian isi dan juga bahagian tulang seperti leher dan juga tukang rusuk.

Jika anda penggemar kaki ayam, anda juga boleh masukkan nya ke dalam resepi ini. Rasa kaki ayam anda sangat lazat dinikmati dengan kuah mee rebus ini.

Tetapi jika anda menggunakan daging, anda disyorkan menggunakan bahagian isi yang lembut-lembut.

Setelah anda potong ayam ataupun daging tadi, basuh bersih dan kemudian toskan airnya. Bierkan dahulu ayam anda sementara menyediakan bahan lain pula.

Seterusnya anda boleh sediakan bahan-bahan untuk ditumis pula. Sediakan bawang merah, bawang putih dan juga biji lada hitam. Anda boleh tumbuk kasar bahan-bahan ini ataupun kisar. Untuk dapatkan rasa yang lebih enak, biasanya bahan ini ditumbuk kasar sahaja.

Untuk bebola ikan pula, anda boleh masukkan sebiji-sebiji ataupun dibelah dua.

Seterusnya penyediaan sayur. Untuk lobak merah, anda boleh potong dan hiris bulat-bulat ataupun separa bulat.Jangan hiris lobak terlalu nipis ataupun terlalu tebal, sedang sedang saja.

Untuk sawi, anda boleh potong mengikut saiz kegemaran anda. Ada yang suka makan sayur sawi potong kasar, ada yang suka potong kecil-kecil. Terpulang kepada citarasa anda. Tetapi, anda disarankan untuk asingkan bahagian batang dan daun sawi, kerana bahagian tersebut dimasak pada masa yang berlainan nanti.

Bagi tomato pula, anda boleh belah empat ataupun lapan. Jangan terlalu kecil kerana tomato cepat lembik dan hancur jika terlalu kecil. Tomato perlu dimasukkan bila kuah sudah masak dan sebelum diangkat, juga bagi mengelakkan ia hancur.

Selesai bahagian penyediaan bahan-bahan, jom kami terangkan cara memasak pula.

Langkah pertama ialah menumis.

Panaskan minyak didalam periuk yang bersesuaian untuk memasak kuah mee rebus ini. Gunakan kuantiti minyak yang mencukupi untuk menumis bahan tumbuk tadi.

Setelah minyak panas, tumis bahan sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam atauun daging yang telah dibasuh tadi.

Gaul bahan tumis dan ayam ataupun daging sehingga ayam kecut dan separuh masak. Pastikan bahan tumis betul-betul meresapi isi ayam, barulah terasa lazat nanti.

Kemudian anda boleh masukkan air sehingga kuah sedikit pekat. Jangan terlalu banyak nanti kuah anda cair dan rasa kuah sedikit tawar dan kosong. Anda juga boleh masukkan bebola ikan dan juga sayur seperti lobak dan juga batang sawi. Masak kuah sehingga mendidih.

Setelah kuah sudah mendidih, anda boleh perasakan dengan sedikit garam dan juga serbuk perasa. Anda juga boleh masukkan sayur sawi bahagian daun pula. Sediakan telur. Pecahkan dahulu telur didalam cawan ataupun mangkuk kecil sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan telur sebiji-sebiji ke dalam kuah. Anda tidak perlu kacau kuah, biarkan telur masak sebiji-sebiji.

Setelah semua telur sudah masak, anda sudah boleh angkat kuah, sebelum itu masukkan dahulu tomato.

Kuah mee rebus anda sudah siap.

Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan juga rakan-rakan anda di Facebook dan Juga group Whatsapp. Pasti mereka teruja untuk mencuba hasil air tangan anda.

Sebelum anda memasak, jom semak resepi yang anda perlukan.