Resepi Sos Black Pepper Simple & Sedap

13 February 2023 1095

Resepi Sos Black Pepper Simple
Sos Black Pepper Homemade

Bahan-bahan Sos Black Pepper

  • 2-3 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang holland, potong dadu kecil
  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar lada hitam, kisar kasar
  • 1 kiub pati ayam
  • garam
  • gula
  • air secukupnya
  • 1 Collapse

    Cara buat Sos Black Pepper Simple


    • 1. langkah pertama ialah sediakan bawang besar holland. Kupas kulit dan potong dadu kecil-kecil.
    • 2. Kemudian panaskan kuali dan cairkan mentega didalam nya. Panaskan sehingga mentega menjadi seperti minyak.
    • 3. Kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong dadu tadi menggunakan mentega cair tersebut. Tumis sehingga bawang menjadi layu dan kekuningan.
    • 4. Setelah bawang kekuningan dan wangi, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau. Kacau selalu bahan-bahan bagi mengelakkan tepung gandum berketul.
    • 5. Masukkan sedikit air jika tepung gandum terlalu pekat atau berketul. Kacau bahan sehingga menjadi sedikit perang.
    • 6. Seterusnya masukkan kiub pati ayam, serbuk lada hitam yang telah dikisar, sos tiram dan juga kicap manis. Kacau sehingga sebati dan gandum tidak lagi berketul.
    • 7. Setelah mendidih, perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan biarkan sos sedikit sejuk. Kemudian masukkan sos kedalam mesin pengisar dan kisar sehingga menghasilkan tekstur sos yang halus dan cantik.
    • 8. Pindahkan sos kedalam bekas yang bersesuaian. Sos anda sudah boleh dinikmati. Selamat menjamu selera.

Anda mencari resipi sos black pepper yang menepati citarasa anda?

Jom kami kongsikan salah satu resepi sos black pepper yang senang untuk anda cuba.

Jika anda sekadar hendak makan sendiri, bolehlah makan dikedai, tapi macamana pula jika anda bercadang untuk menjamu ramai orang, lebih berbaloi jika buat sendiri kan.

Kadang-kadang tidak semua sos black pepper yang anda rasa dikedai menepati citarasa, walaupun rasa makanan lain sudah okay. Rasa sos yang kurang rasa mampu membantutkan selera anda.

Terdapat pelbagai variasi resepi sos black pepper yang boleh anda cuba. Selain dari resepi yang ingin kami kongsikan ini, anda juga boleh cuba resepi sos black pepper viral ini.

Sos black pepper ini sesuai untuk dijamu bersama dengan chicken chop, lamb chop dan juga kentang goreng.

Selain itu, anda juga boleh hidang ketika majlis bbq bersama keluarga dan ianya boleh dinikmati  dengan pelbagai jenis ayam bakar seperti ayam bakar berempah, ayam bakar madu dan juga ayam bakar simple.

Bahan-bahan yang digunakan untuk masak sos black pepper inimudah untuk didapati. Antara bahan utama uang digunakan ialah lada hitam, tepung gandum, bawang besar dan beberapa jenis bahan lagi. Untuk senarai bahan yang lengkap, anda boleh semak dibahagian resepi dibawah.

Cara buat sos black pepper ini senang sahaja. Langakah penyediannya yang tidak rumit boleh dicuba oleh semua orang lebih-lebih lagi bagi anda yang mahu mencuba untuk kali pertama.

Langkah pertama ialah anda perlu sediakan bahan-bahan untuk dimasak. Kupas dan potong dadu bawang holland. Kemudian kisar lada hitam sehingga menjadi serbuk halus. Anda juga boleh gunakan serbuk lada hitam terus. Bezanya lada hitam biji yang dikisar sendiri menghasilkan rasa yang lebih asli.

Seterusnya cairkan mentega didalam kuali yang telah dipanaskan diatas dapur. Kemudian tumis bawang besar holland yang dipotong dadu tadi. Tumis sehingga wangi dan warna sedikit kekuningan.

Setelah bawang sudah sedikit keperangan, anda boleh masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau bahan bagi mengelakkan gandum berketul.

Untuk langkah penyediaan yang lebih lengkap, anda bolehlah rujuk pada bahagian penyediaan dibawah.

Sebelum mula memasak, anda bolehlah kongsikan resepi ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda difacebook ataupun di group Whatsapp anda. Bolehlah sama-sama semak bahan yang diperlukan nanti.

Jom tengok bahan apa yang anda perlukan.