Ayam Masak Paprik: Resepi Dan Cara Memasak Yang Mudah

1 December 2022 1027

Resepi ayam masak paprik
Resepi ayam masak paprik

Bahan-bahan Ayam Masak Paprik

  • 300gm isi ayam ( potong dadu)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Garam
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar holland (Hiris separuh bulat)
  • 3-5 biji cili padi (Potong serong atau di ketuk)
  • 1-2 cm halia (hiris nipis)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 1-2 sudu kicap manis
  • 2-3 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan

Bahan Sayur

  • 1/2 biji lobak merah
  • 1/4 biji bunga kobis
  • 2-3 biji putik jagung
  • 1-2 batang kacang panjang
  • 1 Collapse

    Cara memasak Ayam Masak Paprik


    • 1. Potong ayam saiz kecil atau dadu. Basuh ayam, bilas dan sejat sehingga kering air.
    • 2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan serai sehingga naik bau.
    • 3. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Api jangan terlalu besar, nanti bahan tumis cepat kering dan hangus.
    • 4. Setelah pecah minyak, anda bolehlah masukkan ayam dan kacau sehingga hampir masak.
    • 5. Seterusnya anda boleh masukkan sos, cili, sos tomato sos tiram, sos ikan dan juga kicap manis. Kicap manis tidak perlu terlalu banyak, biasanya untuk menjadikan warna paprik lebih cantik. Kacau bahan-bahan sehingga sekata.
    • 6. Langkah seterusnya , anda sudah boleh masukkan sayur-sayur kegemaran anda. Seperti kami, kami masukkan lobak merah, bunga kobis, putik jagung dan juga kacang panjang. Anda boleh gantikan kacang panjang dengan kacang buncis.Antara sayur lain yang boleh anda guna dalam masakan ayam paprik ialah brokoli dan juga capsicum.
    • 7. Kacau sehingga sayur-sayur hampir layu dan empuk, jangan terlalu lama nanti sayur-sayur menjadi lembik dan tidak berapa enak untuk dimakan.
    • 8. Anda boleh tambah garam dan gula untuk memperasakan mengikut citarasa anda. Kemudian masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah supaya paprik tidak menjadi sedikit pahit.
    • 9. Setelah sayur dan ayam sudah empuk, ayam masak paprik bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Edisi kali ini kami di JBS ingin kongsikan satu lagi koleksi resepi ayam, iaitu resepi ayam masak paprik. Resepi ini agak popular bagi mereka yang biasa makan di restoran masakan panas ala thai. 

Ayam masak paprik dikategorikan sebagai resepi ayam yang agak sedikit berkuah. ia merupakan kombinasi antara ayam dan sayur-sayur. Kuahnya agak pekat dan rasanya pula sedikit pedas. Bagi mereka yang suka makanan yang pedas, ayam masak paprik sering menjadi pilihan utama.

Resepi ini biasanya dijadikan hidangan makan tengahari dan juga makan malam. Ayam masak paprik biasanya juga dihidangkan bersama nasi putih panas-panas.

Cara memasak ayam paprik ini pula agak mudah dan senang untuk dicuba. Bahan-bahan utama akan ditumis terlebih dahulu sebelum di masak bersama ayam.

Bahagian ayam yang biasa digunakan untuk masak resepi ini adalah bahagian dada ataupun bahagian isi. Pelbagai pilihan sayur boleh digunakan seperti kacang buncis atau kacang panjang, lobak merah, bunga kobis, putik jagung , brokoli dan juga capsicum. Tidak semestinya semua sayur tersebut perlu diguanakan, empat jenis sudah memadai.

Sebelum mula memasak, jom kita semak bahan-bahan yang anda perlukan untuk memasak ayam paprik ini.