Resepi ayam. Apakah menu yang mula-mula sekali terlintas di fikiran anda bila bercakap tentang resepi ayam?

Ya. Memang terlalu banyak resepi ayam yang dapat disenaraikan.

Bukan sekadar resepi,jenis dan kategori resepi pun sudah banyak.

Contohnya resepi ayam berkuah, ayam tanpa kuah , ayam kuah santan dan macam-macam lagi lah kategori ayam yang boleh disenaraikan .

Disebabkan itulah kami di jombuatsendiri.com ingin kumpulkan seberapa banyak jenis resepi ayam untuk dikongsikan dengan anda.

Nanti mudah bagi anda untuk jadikan rujukan jika ingin memasak.

Untuk memudahkan lagi anda membuat rujukan ,kami sediakan senarai isi kandungan mengikut kategori resepi.

Anda boleh rujuk di bawah.

Resepi Ayam Berkuah

Seperti anda sedia maklum, makanan ruji masyarakat Malaysia adalah nasi. Bukan saja Malaysia, boleh dikatakan secara umumnya, hampir semua negara Asean makanan utamanya adalah nasi.

Nasi biasanya akan dimakan bersama dengan lauk sampingan. Jarang orang makan nasi sahaja kecuali nasi yang sudah digoreng.

Bila anda makan nasi, biasanya wajib ada salah satu lauk yang berkuah. Kalau makan tanpa kuah, nanti terasa kering dan mudah tersedak.

Disebabkan resepi lauk yang berkuah ini antara menu wajib ada bila anda makan nasi, jadi kami utamakan kategori ini dalam senarai koleksi resepi ayam ini.

Resepi Ayam Berkuah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori pula.

Iaitu ayam berkuah santan dan ayam berkuah tanpa santan.

Resepi Ayam Berkuah Santan

Rakyat Malaysia ni penggemar makanan bersantan. Bila masak lauk menggunakan santan, masakan lebih terasa berlemak dan enak.

Santan bukan saja digunakan untuk membuat lauk pauk, untuk membuat minuman pun boleh, untuk membuat kuih muih pun boleh.

Santan digunakan untuk manambahkan lagi rasa lemak manis dalam masakan anda. Selain itu, santan membantu anda menambah kepekatan kuah.

Bila bercakap tentang resepi ayam berkuah santan ni, mesti panjang senarainya.

Jom tengok resepi apa yang boleh anda masak dengan santan ni.

  1. Resepi Kari Ayam

    Kalau anda nak masak ayam berkuah santan, rasanya tak sah kalau anda tak cuba Kari Ayam Santan ni.

    Kari ayam biasanya ada dua jenis, jenis bersantan dan juga jenis tanpa santan. Kari ayam bersantan rasanya lebih berlemak berbanding tanpa santan.

    Anda boleh dapatkan resepi penuh di pautan Resepi Kari Ayam ini.

    Resepi Kari Ayam
    Kari Ayam
  2. Resepi Gulai Ayam

    Bukan saja rakyat tempatan, pengunjung dari luar pun ramai yang menggemari gulai ayam Terengganu dan Kelantan ni.

    Rasanya yang lemak manis dan campuran rempahnya yang sedap mampu memikat sesiapa saja.

    Anda boleh cuba resepi ini di pautan Resepi Gulai Ayam Terengganu ataupun Resepi Gulai Ayam Kelantan.

    Gulai Ayam TerengganuGulai Ayam Kelantan
  3. Resepi Ayam Kerutuk

    Resepi Ayam kerutuk ni juga popular di negeri pantai timur terutamanya negeri kelantan.

    Ayam kerutuk ni ada rempahnya yang tersendiri. Rasanya seakan-akan kari dan rendang.

    Anda boleh jumpa menu ayam kerutuk di majlis kenduri-kenduri.

    Cara masak ayam kerutuk ni sama dengan cara nak masak kari ayam. 

    Anda boleh cuba resepi ayam kerutuk ini di pautan Resepi Kerutuk Ayam ini.

    Resepi Ayam Masak Kerutuk
    Ayam Kerutuk
  4. Resepi Ayam Kurma

    Satu lagi resepi ayam kuah santan yang agak popular iaitu Ayam Masak Kurma.

    Ayam masak Kurma ni seakan-akan gulai ayam, cuma warnanya sedikit putih dan menggunakan rempah kurma.

    Ayam masak kurma biasanya dihidangkan bersama dengan nasi minyak ataupun nasi beriani dan juga nasi minyak.

    Seperti Kerutuk Ayam, cara masak ayam masak kurma ini pun lebih kurang sama dengan masakan ayam santan berempah yang lain.

    Anda boleh cuba resepi ini di pautan Resepi Ayam Masak Kerutuk ini.

    Resepi Ayam Masak Kurma
    Kurma Ayam
  5. Resepi Ayam Masak Lemak Cili padi

    Resepi yang sinonim dengan Negeri Sembilan ini sangat enak jika betul cara masaknya.

    Ayam masak lemak cili api versi asli negeri sembilan tidak menggunakan bawang. Namun begitu resepi ini ada pelbagai versi dan diolah mengikut selera setempat.

    Resepi ini sangat sedap dinikmati bersama nasi putih panas-panas.

    Jom ke pautan Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api untuk mencuba resepi ini.

    Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api
    Ayam Masak Lemak Cili Api
  6. Resepi Tomyam Ayam Santan

    Tom Yam Ayam Santan rasanya lebih berlemak berbanding dengan tomyam yang biasa kita masak.

    Bagi penggemar tomyam, anda wajib cuba resepi tomyam Ayam santan ini. Cara masaknya dan bahan-bahan tidak banyak beza dengan tomyam tanpa santan.

    Jom ke pautan Resepi Tomyam Ayam Santan untuk mencuba resepi ini.

    Resepi Tomyam Ayam Santan
    Tomyam Ayam Santan
  7. Resepi Rendang Ayam

    Sebut saja pasal rendang ayam, anda pasti terbayang menu hidangan hari raya. Resepi ini sangat sinonim dengan hari raya dan biasanya dijamu bersama dengan lemang dan ketupat.

    Rendang Ayam ini biasanya dimasak dalam tempoh yang lama bagi mendapatkan rasa yang betul-betul enak.

    Kuah rendang ayam sangat pekat dan tidak begitu ketara kadar kuahnya. Gunakan santan segar jika anda mahu dapatkan rasa rendang yang lebih sedap.

    Resepi Rendang Ayam
    Rendang Ayam

Resepi Ayam Berkuah Tanpa Santan

Senarai resepi berkuah santan pun sudah panjang, pening juga nanti kalau nak pilih resepi mana nak masak.

Tapi kalau anda tidak rasa nak makan kuah yang berlemak ,atau pun kat dapur anda sudah kehabisan ,anda boleh tengok senarai resepi ayam berkuah tanpa santan pula.

Kalau kuah santan sedikit terhad pilihannya, jom cuba resepi kuah tanpa santan.

Pelbagai variasi kuah anda boleh cuba. Semuanya sedap-sedap belaka.

  1. Resepi Sup ayam

    Resepi Sup Ayam manakah yang menjadi kegemaran anda? Terdapat pelbagai versi sup ayam yang boleh anda cuba.

    Antara yang paling popular ialah Sup Ayam Kaw dan juga Sup Ayam Thai. Kedua-dua resepi ini mempunyai kenikan rasa yang tersendiri.

    Cubalah kedua-dua resepi ini, anda pasti tak menyesal.

    Koleksi Sup Ayam
  2. Resepi Tom Yam Ayam 

    Siapa je yang tak menggemari tom yam ayam kan. Resepi yang berasal dari negara jiran kita iaitu thailand ini sangat digemari kerasa mempunyai rasa yang enak.

    Tom Yam ayam sangat popular jika anda makan dikedai masakan panas dan juga kedai masakan Thai. Tom Yam pun ada pelbagai jenis, ada tomyam yang biasa kita makan dan ada juga tomyam putih.

    Jika anda nak cuba, boleh mulakan dengan resepi tomyam ayam simple ataupun  resepi tomyam putih. Kalau nak lagi sedap, anda boleh cuba resepi Tomyam Ayam Thai ataupun resepi Tomyam Santan untuk rasa yang lebih berlemak.

    Koleksi resepi Tomyam Ayam
    Resepi Tomyam
  3. Resepi singgang ayam

    Singgang Ayam adalah resepi tradisional yang popular terutamanya di Kelantan.  Resepi ini mempunyai gabungan rasa masam, masin dan manis yang sangat sedap.

    Rupa dan cara masak singgang ayam ini hampir menyerupai dengan sup ayam. Mempunyai kuah yang cair dan jernih dengan rasa yang unik.

    Anda harus mencuba resepi ini kerana ia mudah disediakan, memberikan citarasa yang memukau, dan pasti memuaskan selera anda. Jom nikmati kelazatan Singgang Ayam yang membangkit selera!

    Resepi Singgang Ayam
    Singgang Ayam

    Sekali sekala anda boleh tukar selera dengan mencuba resepi Singgang Ayam ni.

  4. Resipi Ayam Masak Halia

    Antara resepi yang digemari ramai, Ayam masak Halia ini merupakan resepi yang selamat untuk dihidang kerana mudah diterima ramai.

    Cara masak ayam halia sangat senang untuk dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati.

    Terdapat pelbagai variasi ayam masak halia. Antara yang paling popular ialah Resipi Ayam Masak Halia Simple, Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style dan Resepi Ayam Halia Kukus.

    Sangat sedap dimakan bersama nasi putih.

    Resipi Ayam Masak Halia
    Koleksi Ayam Halia
  5. Resepi Ayam Masak Black Pepper

    Cara masak ayam black pepper ataupun ayam masak lada hitam ni lebih kurang sama dengan ayam masak halia.

    Ayam masak black pepper ni ada rasa pedas-pedas sikit. Namun rasa pedas itulah yang membuatkan ianya sangat sedap dan lazat. Kuahnya sedikit pekat

    Resepi ini mudah dan senang untuk disediakan dan tempoh penyediaannya juga tidak lama.

    Resepi Ayam Black Pepper
    Ayam Masak Black Pepper
  6. Resepi Ayam Masak Merah

    Resepi kegemaran sekeluarga ini pilihan paling tepat jika anda kekeringan idea.

    Antara resepi yang mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun senang untuk didapati.

    Resepi ini kadang-kadang tidaklah begitu banyak kuahnya. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. lagi sedap jika digandingkan dengan  sambal belacan.

    Ada banyak versi ayam masak merah ni, anda boleh cuba 3 resepi yang paling popular ni, Ayam Masak Merah Berkuah, Ayam Masak Merah simple dan Ayam Masak Merah ala kenduri.

    Koleksi Ayam Masak Merah
    Ayam Masak Merah
  7. Resepi Ayam Masak Bali

    Ayam Masak Bali ni seperti gabungan antara ayam masak merah dan juga ayam masak kicap. Cuma ayam masak bali menggunkan serai dan daun kari yang banyak.

    Rasanya pula sangat sedap dan mampu memikat selera anda jika anda mencubanya buat pertama kali.

    Cara masak ayam masak bali ni juga lebih kurang sama dengan ayam masak merah.

    Bahan-bahan yang digunakan sedikit banyak tapi jangan risau, bahannya mudah saja untuk didapati. Temph penyediaan juga tidak terlalu lama.

    Resepi Ayam Masak Bali
    Ayam Masak Bali
  8. Resepi Ayam Masak Kicap

    Sama seperti Ayam Masak Merah, Ayam Kicap ini menjadi pilihan utama ibu-ibu didapur jiga buntu nak masak apa.

    Resepi yang selamat untuk dihidang kerana anak-anak menggemari rasanya yang lemak manis.

    Tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan dan juga terdapat pelbagai versi.

    Antara yang popular ialah Resipi Ayam Masak Kicap Simple, Ayam Masak Kicap berkuah, dan Ayam Masak Kicap pedas.

    Anda mesti cuba semua versi.

    Koleksi Ayam Masak Kicap
    Koleksi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Tanpa Kuah

Kita tinggalkan dulu resepi yang berkuah ,jom kita tengok resepi ayam tanpa kuah pula.

Ayam tanpa kuah lagi banyak pilihannya. Resepi ayam tanpa kuah ni boleh dibahagikan kepada beberapa kategori pula.

Jom kita ke kategori yang pertama.

Koleksi Resepi Ayam Goreng

Ayam goreng sahaja pun dah macam-macam jenis yang ada. Asyik masak ayam goreng lumur kunyit je, jom variasikan lagi  resepi ayam goreng anda.

  1. Resepi Ayam Goreng Kunyit ala Kedai Thai

    Yang ni pun antara menu yang popular kalau makan dekat kedai masakan thai. Masakannya simple saja tapi cukup untuk melengkapkan rasa hidangan.

    Bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Tapi, walaupun ringkas, bahannya sudah cukup protein dan sayur, jadi tak perlulah anda masak banyak lauk.

    Tempoh penyediaanya juga sekejap saja. Bagi anda yang selalu tidak cukup masa untuk berada didapur, resepi ini adalah pilihan yang tepat.

    Ayam Goreng Kunyit
    Ayam Goreng Kunyit
  2. Resepi Ayam Goreng Mamak

    Bayangkanlah nikmatnya ayam goreng Mamak yang garing di luar, tapi dalamnya lembut dan penuh dengan jus. Ayam ini tak macam ayam goreng biasa, sebab rempah-rempah pilihannya yang buat rasa dia jadi sangat istimewa.

    Bila makan dengan Nasi Kandar atau Nasi Beriani, memang terasa keenakan rasanya. Tambah pula dengan Kuah kari, kobis goreng, dan sambal, pasti memikat selera anda yang menggemari masakan mamak.

    Nak cuba keunikan ayam goreng Mamak ni? Jom cuba resepi ayam goreng Mamak yang sebenar di pautan ini.

    Ayam Goreng mamak
  3. Resepi Ayam Goreng Berempah

    Ayam goreng berempah, salah satu kegemaran rakyat Malaysia, memikat dengan rempah ratus yang harum dan kaya dengan rasa. Ayam yang diperap dengan kunyit, serai, bawang putih, dan halia, kemudian digoreng sampai keperangan, menghasilkan kulit yang garing di luar sambil menjaga kelembutan isi yang berjus di dalam. Gabungan rasa pedas, manis, dan masin ini mencerminkan keunikan masakan Malaysia.

    Dengan warna keemasan yang menyelerakan dan tekstur yang sempurna antara garing dan lembut, hidangan ini bukan hanya nikmat untuk dimakan tapi juga meriah untuk disajikan. Untuk merasai keaslian ayam goreng berempah Malaysia, cubalah masak sendiri di rumah. Ikuti resepi mudah ini dan pikat selera keluarga anda dengan rasanya yang enak. Jom cuba resepi ini di pautan Ayam Goreng Berempah ini!

    Ayam Goreng Berempah
    Ayam Goreng Berempah
  4. Resepi Ayam Goreng ala Kfc

    Ayam goreng ala KFC ni, memang pilihan tepat untuk hidangan keluarga, terutamanya kalau ada anak-anak. Nak buat sendiri dekat rumah pun senang je, tak perlu rempah ratus yang susah nak cari. Dengan kulit yang rangup di luar, lembut dan juicy di dalam, teknik memasak simple ni buat semua orang boleh jadi chef!

    Resepi ni senang nak ikut, tak perlu banyak bahan atau langkah yang rumit. Sama ada untuk dinner hari biasa atau nak buat something special hujung minggu, ayam goreng versi homemade ni confirm jadi rebutan.

    Nak buat keluarga terutama budak-budak seronok, jom try resepi ayam goreng ala KFC ni. Klik sini untuk resepi yang straightforward dan start masak. Siap-siap je dengar gelak tawa puas hati seisi rumah bila makan sama-sama. Ayuh, kita buat kenangan makan yang best bersama!

    Ayam Goreng ala KFC
    Ayam Goreng KFC Homemade
  5. Resepi Ayam Goreng Madu

    Kalau anda teringin nak cuba something yang crispy-crunchy diluar tapi juicy di dalam, dengan tambahan manisan yang tak terkata, Ayam Goreng Madu ni jawapan dia. Bayangkan, ayam yang sudah digoreng garing sampai keemasan, lepas tu dilumur dengan sos madu yang manis. Dari gigitan pertama je, confirm anda akan terpikat.

    Bila dah start makan, anda akan rasa macam ada pesta dalam mulut sendiri. Ayamnya yang lembut dan juicy, bersama sos madu yang manis dan melekat tu, membuat setiap gigitan jadi sesuatu yang sangat memuaskan. Plus, dengan sedikit glaze madu di atas, memang nampak menggiurkan!

    Sangat sesuai untuk dinikmati sebagai lauk pauk bersama nasi panas, atau sebagai snack lewat petang. Ayam Goreng Madu ini memang tak mengecewakan. Jangan lupa, kalau nak merasai keajaiban rasa yang akan buat korang rindu, klik je dan terus cuba di pautan Ayam Goreng Madu. 

    Ayam Goreng Madu
    Ayam Goreng Madu
  6. Resepi Ayam Goreng Mat Rock

    Siapa yang pernah makan ayam goreng Mat Rock tahu lah macam mana rasanya.

    Digandingkan pula dengan sambal nya yang pedas,boleh menambah nasi.

    Ayam goreng mat rock ni hampir nak sama cara masaknya dengan ayam goreng kunyit ala thai. Cuma ada bahan yang sedikit lain yang membezakan dua resepi ini.

    Mudah untuk disediakan dan menepati citarasa ,anda mesti cuba.

    Ayam Goreng ala Mat Rock
    Ayam Goreng ala Mat Rock
  7. Resepi Ayam Goreng Pedas Korea

    Apa saja yang berkaitan dengan Korea ni mesti mendapat sambutan . Berhantu sungguh.

    Sama dengan Ayam Goreng Pedas Korea ni. Rasa ayam yang rangup dimakan dengan sos nya yang sedap, menepati selera ramai orang.

    Cara masaknya senang saja,nanti boleh anda cuba sendiri di rumah.

  8. Resepi Ayam Goreng RM1

    Ayam goreng seringgit yang biasa dijual ditepi jalan tu sangat sedap dijadikan kudapan.

    Rasanya yang rangup dan dipotong kecil-kecil mudah untuk dimakan. Tapi tak semua tempat ada jual ayam goreng seringgit ni.

    Anda boleh cuba sendiri resepi ini, mana tahu sedap, nanti boleh jual.

  9. Resepi Ayam Goreng Bawang Putih

    Kalau anda nak makan ayam goreng tapi mahukan kelainan sedikit, anda boleh cuba resepi ayam goreng bawang putih ni.

    Beza bahan sikit je, tapi rasanya jauh lebih sedap. Sekali cuba mesti nak masak selalu. Bahan-bahan yang digunakan mudah saja nak dapat. Cara masaknya pun senang .

  10. Resepi Ayam Goreng Cili Kering

    Antara salah satu resepi ringkas tapi sedap.

    Ayam goreng cili kering ni asalnya dari masakan cina. Tapi hari ini sudah banyak yang diolah mengikut citarasa setempat.

    Cara masak yang mudah tanpa mengabaikan rasa asli nya, pilihan yang tepat untuk anda yang inginkan kelainan.

Koleksi Resepi Ayam Tumis / Sambal ayam

Ayam tumis ataupun ayam sambal ni pun banyak jenis juga. Cara masak ayam tumis biasanya simple sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Jom tengok resepi ayam tumis apa yang anda boleh cuba.

  1. Resepi Ayam Tumis Serai

    Sesuai untuk dihidang sebagai lauk makan tengahari ataupun makan malam. Ayam tumis serai ni sedap kalu dimasak pedas-pedas dan dimakan dengan nasi putih.

    Cara masak ayam tumis serai ni pun senang dan tidak memerlukan masa yang lama.

  2. Resepi Ayam Tumis Lada Kering

    Ayam tumis lada kering ni pun salah satu resepi yang mudah. Senang untuk disediakan dan sesuai untuk anda yang tidak da banyak masa untuk masak.

    Rasanya yang sedap sesuai untuk dijadikan lauk makan tengahari ataupun makan malam.

  3. Resepi Ayam Tumis Lombok

    Resepi ini sesuai dicuba jika anda ingin sesuatu yang baru. Ayam tumis lombok ni senang untuk disediakan. 

    Rasa ayam tumis lombok ini agak pedas kerana ia menggunakan cili padi sebagai bahan-bahannya. Ayam boleh digoreng dahulu sebelum ditumis ataupun ditumis terus bersama.

  4. Resepi Sambal Tumis Ayam

    Bagi penggemar sambal tumis, resepi sambal tumis ayam ni wajib anda cuba. Sambal tumis ayam sedap dimakan bersama nasi putih, nasi minyak dan juga nasi lemak.

    Kalau kena cara masak, rasa isi ayam akan lebih berjus dan rasanya sedap sekali. Bahan yang digunkan pun mudah untuk didapati. 

  5. Resepi Ayam Tumis Thai

    Masakan thai sinonim dengan rasa pedas, masam dan manis. Ayam tumis thai ni pun salah satu daripadanya.

    Ayam tumis thai ini mempunyai rasa yang unik dan mampu memikat selera anda. Sedap dimakan dengan nasi putih. Cara masak yang senang untuk dicuba.

Koleksi Resepi Ayam Bakar

Jika anda seorang penggemar ayam bakar, anda mesti tahu kesemua jenis ayam bakar dan bahan perapannya.

Ya, ayam bakar bukan ada satu jenis je, dan rasa setiap jenisnya pula mempunyai keunikan yang tersendiri. 

Jom tengok resepi mana yang anda boleh cuba untuk acara bbq anda nanti.

  1. Resepi Ayam bakar Madu

    Kalau anda biasa ke pasar malam, mesti ada gerai yang jual ayam bakar madu ni. Ayam bakar merah berkilat ni mempunyai ramai peminatnya. 

    Biasanya diratah begitu saja. Anda boleh cuba sendiri resepi ayam bakar madu ni, pasti boleh lawan gerai pasar malam tu.

  2. Resepi Ayam Bakar simple

    Ayam bakar simple ni mudah untuk disediakan. Penyediaan bahan perapanya yang senang untuk dibuat dan bahanya juga tidak susah,menjadikan nya resepi yang selamat untuk anda cuba.

    Walaupun simple, rasanya tidak mengecewakan. Cuba sekali baru anda tahu.

  3. Resepi Ayam Bakar Berempah

    Rasa ayam bakar berempah pula lebih menusuk. Gabungan pelbagai rempah untuk menyediakan perapanya menjadikan rasa ayam yang sangat lazat.

    Sama seperti ayam bakar lain, ayam perlu diperap terlebih dahulu sebelum dibakar.

  4. Resepi ayam bakar BBQ

    Resepi ni pun sesuai untuk anda jadikan sebagai menu acara barbeque dengan keluarga atau rakan-rakan.

    Makan pula ayam bakar dengan sos bbq ataupun sos black pepper, mesti teringat-ingat nanti.

Koleksi Resepi Ayam Panggang 

Apa beza ayam panggang dengan ayam bakar? Kalau dulu-dulu, panggang dan bakar ni sama je sebenarnya. Bakar atau panggang daging di atas bara api. Tapi zaman moden ni, panggang merujuk kepada memasak ayam atau daging didalam ketuhar atau oven.

Jadi anda dah tahu apa bezanya kan?

Jom tengok resepi-resepi ayam panggang pula.

  1. Resepi Ayam Panggang Simple

    Nama pun simple, cara masak dan menyediakan resepi ayam panggang ini senang sahaja.

    Tapi rasanya sangat sedap, sesuai dicuba jika anda teringin nak makan ayam panggang simple-simple.

    Menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.

  2. Resepi Ayam Panggang Black Pepper

    Anda dah cuba Ayam Panggang Black Pepper? Sedap kan rasanya. Isi ayam putih berjus digabung dengan rasa black pepper yang sedap, sangat sempurna gabungannya.

    Nak masak ayam panggang black pepper ni mudah saja. Bahan-bahan yang digunakan pun bhan yang biasa ada dekat dapur. Tinggal nak perap je.

  3. Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rodgers

    Rasa ayam panggang Kenny Rodgers memang tak dinafikan sedapnya. Rasa ayam berjus dan sinya yang lembut sangat enak untuk dinikmati.

    Tapi harganya boleh tahan juga. Kalau nak rasa sekali sekala bolehlah. Kalau teringin makan selalu boleh kering poket. 

    Kalau dah memang mengidam sangat, apa kata panggang sendiri je. Rasanya lebih kurang dengan rasa asli Kenny Rogers jika anda ikut resepi yang betul.

Koleksi Resepi Ayam kukus

Ayam kukus tidak sepopular ikan kukus, maksud kami, ikan steam halia ataupun limau, bukannya ikan kukus untuk goreng tu.

Yang biasa kita dengar, ikan siakap stim halia dan ikan siakap stim limau.

Walaupun tidak berapa popular, ayam kukus ni pun terdapat pelbagai variasi juga.

Kalau nak tahu macam mana rasanya, anda boleh cuba resepi ayam kukus dibawah.

  1. Resepi Ayam Kukus Halia

    Anda boleh cuba resepi ni kalau anak-anak anda jenis makan ayam je. Paling kurang, tak lah makan ayam goreng je.

    Rasa ayam kukus halia ni sedap, isinya lembut dan berjus. Rasa kuahnya manis-manis pasti memikat selera anda.

    Cara masak pun senang, kukus je, pastu tunggu masak.

  2. Resepi Ayam Kukus Halia ala Chinese

    Resepi ni pun lebih kurang sama dengan resepi kukus halia yang lain, cuma yang ni chinese style. 

    Anda boleh cuba resepi ni sebab rasanya sedap menepati citarasa dan cara penyediaannya mudah saja.

  3. Resepi Ayam Kukus Thai

    Masakan biasanya tak mengecewakan. Rasanya mudah untuk diterima oleh kita rakyat Malaysia.

    Rasa ayam kukus thai ni megekalkan identiti masakan thai. Dengan rasa pedas, masam dan manis pasti mampu menambat selera anda.

  4. Resepi Ayam Kukus Black Pepper

    Kalau ayam bakar blackpepper atau ayam masak black pepper sudah biasa sangat anda rasa kan. Jom cuba Ayam Kukus Black Pepper pula.

    Kalau dah namanya black pepper, jarang tak sedap. Cara masaknya pun senang. Bahan-bahan yang digunakan tak susah mana nak dapat. Anda mesti cuba.

Kalau semua kategori resepi ayam diatas lebih kepada cara dan kaedah memasak, kategori yang seterusnya kami bahagikan mengikut kriteria lain pula.

Antara kriteria untuk kategori seterusnya adalah seperti resepi untuk majlis tertentu ,resepi mengikut jenis diet dan macam-macam lagi.

Jom kita tengok satu-satu.

Resepi Ayam untuk Majlis Keraian

Resepi ayam mengikut majlis yang tertentu merupakan kategori yang agak besar.

Budaya kita rakyat Malaysia suka bergaul dan hidup bermasyarakat. Kita gemar meraikan sesuatu peristiwa. Tidak hairanlah kalau ada sesuatu yang penting akan berlaku, mesti ada majlis nanti.

Dan majlis keraian memang tidak boleh lari dari makan-makan. Dari makan yang ringan-ringan boleh sampai jadi pesta makan-makan pula.

Kalau anda mencari idea menu untuk majlis keraian anda, kami sediakan senarai makanan berasaskan ayam mengikut jenis majlis. Anda boleh semak dibawah.

  1. Majlis Kenduri Kahwin.
  2. Majlis Kesyukuran
  3. Majlis Aqiqah
  4. Majlis Hari Jadi
  5. Majlis Naik Rumah Baru
  6. Majlis Sembahyang Hajat
  7. Jamuan Tempat Kerja
  8. Jamuan Akhir Tahun Sekolah
  9. Majlis Perpisahan
  10. Hari Keluarga
  11. Jamuan Potluck
  12. Majlis Rumah Terbuka Hari Raya
  13. Majlis Tahlil

Kami telah kumpulkan beberapa resepi yang bersesuaian mengikut tema majlis anda nanti.

Koleksi resepi Ayam untuk Majlis Keraian

  1. Resepi Rendang Ayam

    Rendang ayam biasanya dihidangkan untuk majlis Rumah Terbuka Hari Raya. Rendang ayam sedap dimakan bersama dengan lemang dan ketupat.

    Selain itu, rendang ayam sering digandingkan dengan pulut kuning untuk majlis tertentu.

    Rasa rendang ayam seakan-akan kari tetepi mempunyai kuah yang lebih pekat. Rendang ayam agak unik kerana dimasak bersama daun kunyit yang telah dihiris halus.

  2. Resepi Soto Ayam

    Soto ayam merupakan masakan yang berasal dari indonesia. Soto ayam dimakan bersama dengan bihun ataupun nasi himpit. Rasa soto ayam lebih kurang sama dengan mihun sup, tapi lebih berempah.

    Soto ayam sangat sedap untuk dinikmati kerana bahan-bahannya lengkap dengan sumber protein dan juga sayur.

    Antara majlis yang anda boleh hidangkan soto ayam ialah majlis hari raya, jamuan tempat kerja, majlis naik rumah dan majlis perpisahan.

  3. Resepi Nasi Ayam

    Nasi Ayam merupakan satu hidangan yang agak berat. Biasanya dijadikan menu utama untuk sesuatu majlis.

    Tapi jika anda hidangkan nasi Ayam, anda sudah tak perlu nak pening memikirkan lauk-lauk lain. Nasi ayam sudah lengkap dengan lauk-lauknya.

    Anda boleh jamu nasi Ayam untuk majlis seperti Majlis Perpisahan, Majlis Naik Rumah Baru dan juga majlis Hari Jadi.

  4. Resepi Satay Ayam

    Satay ayam ni ramai yang suka. Kalau dihidang dalam kuantiti yang terhad, memang kena catu la jawabnya. 

    Satay ayam sangat sedap dimakan dengan kuah kacang. Biasanya dimakan begitu saja. 

    Kalau majlis hari raya, satay ayam mesti ada. Tapi kalau anda nak buat acara bbq bersama keluarga atau rakan-rakan, bolehlah bakar-bakar satay sekali, tak payah nak tempah dah.

  5. Resepi Mi Kari

    Mi Kari pun sesuai untuk dijadikan hidangan utama bagi majlis keraian. Hidangan ini tidaklah terlalu berat.

    Mee Kari sangat sedap kalau cara masak yang betul dan cukup bahannya.

    Sesuai dihidang untuk majlis jamuan ditempat kerja ataupun jamuan akhir tahun sekolah.

    Cara buat mee kari tidaklah begitu susah. Yang penting kuah mee kari menepati citarasa.

  6. Resepi Nasi Tomato

    Anda jangan tertukar Nasi Tomato dengan nasi minyak. Lauk Ayam Masak Merahnya mungkin lebih kurang sama tapi cara masak nasi sedikit berbeza.

    Nasi Tomato sedap dimakan dengan acar timun. Cara masak Nasi tomato adalah dengan menyediakan bahannya dahulu sebelum ditanak bersama.

    Anda boleh hidang nasi tomato untuk majlis pelbagai jenis majlis seperti majlis hari raya, kenduri kahwin dan juga majlis jamuan sekolah.

  7. Resepi Nasi Beriani

    Bukan selalu boleh makan nasi beriani. Kalau ada majlis keraian baru boleh jumpa. Sama seperti nasi minyak dan nasi tomato, nasi beriani biasanya dihidang bersama ayam masak merah.

    Selain itu, lauk lain yang biasa dipadankan dengan nasi beriani ialah kari kambing, kari ayam dan juga daging.

    Biasanya Nasi beriani dijadikan menu untuk Majlis Kenduri Kahwin, Rumah terbuka hari raya, majlis aqiqah dan juga majlis tahlil.

    Kalau anda sedang bersemangat untuk masak-masak, bolehlah cuba resepi nasi beriani.

  8. Roti Jala Kari Ayam

    Roti Jala Kari Ayam sesuai dijadikan sebagai hidangan sampingan untuk majlis keraian. Biasanya selepas makan hidangan utama yang berat, tetamu boleh mencuba roti jala pula.

    Sangat popular untuk dihidangkan dimajlis-majlis seperti majlis hari raya, majlis hari jadi, jamuan akhir tahun dan dijadikan menu potluck.

    Cara buat roti jala pun senang sahaja. Ada dua bahagian iaitu penyediaan roti jala dan penuediaan kari ayam.

  9. Resepi Pulut Kuning Kari Ayam

    Untuk majlis seperti tahlih, sembahyang hajat dan juga khatam Al-quran, Pulut Kuning Kari Ayam biasanya dijadikan hidangan utama. 

    Kunci keenakan hidangan ini terletak pada rasa keri ayam nya. Tapi cara masak pulut kuning pun tidak boleh diabaikan. Pulut kuning mestilah cukup rasa masin dan lemaknya.

    Penyediaan pulut kuning mestilah mengikut cara yang betul untuk mengelakkan pulut terlalu lembik.  Selain kari ayam, pulut kuning juga boleh dinikmati bersama rendang ayam.

  10. Resepi Ayam Merah kenduri

    Ada pelbagai menu nasi set yang dipadankan bersama dengan Ayam Masak merah. Contohnya Nasi Minyak, Nasi Beriani dan juga Nasi Tomato.

    Ayam Masak Merah pun ada berbagai versi. Ayam masak merah versi kenduri antara yang paling popular. 

    Cara masak ayam masak merah mudah sahaja. Ayam biasanya digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama dengan kuah merah.

    Anda boleh jadikan ayam masak merah sebagai menu untuk majlis seperti kenduri kahwin, rumah terbuka hari raya dan majlis naik rumah baru.

  11. Resepi Nasi Minyak Ayam Gulai

    Nasi minyak antara menu yang paling popular dijadikan hidangan utama untuk sebarang majlis. Set nasinya sudah lengkap dengan lauk, kuah dan sayur.

    Nasi Minyak biasanya dipadankan dengan kari daging, ayam masak merah dan juga acar timun.

    Kalau sebelah pantai timur, gulai ayam sangat popular untuk dipadankan dengan nasi minyak. 

    Cara masak gulai ayam sedikit berbeza dengan kari ayam. Nak tahu apa yang berbeza, anda boleh ke pautan resepi Ayam Gulai ini.

  12. Resepi Ayam Masak Kurma

    Selain dari Ayam Masak Merah dan juga Kari Ayam, anda juga boleh padankan Nasi Minyak dengan  Ayam Masak Kurma.

    Cara buat Ayam Masak Kurma ni lebih kurang sama dengan Kari Ayam. Resepi ini menggunakan rempahnya yang tersendiri.

    Rasanya kaya dengan rempah ratus yang enak. Sesuai dihidangkan untuk majlis tahlil, majlis kesyukuran dan juga majlis naik rumah baru.

  13. Resepi Nasi Beriani Ayam Goreng

    Selain dari dipadankan dengan kari, anda juga boleh hidangkan nasi beriani bersama ayam goreng.

    Anda boleh pilih sama ada nak padankan dengan ayam goreng berempah ataupun dengan ayam goreng mamak. Dua-dua pun sedap.

    Tapi yang paling popular ialah ayam goreng berempah. Kalau dah masak ayam goreng, mestilah dipadankan sekali dengan dalca dan acar timun.

Masakan Ayam Mengikut Kaum, Budaya dan Negara

Malaysia sangat terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum. Tiap-tiap kaum kaya dengan adat dan budaya masing-masing. 

Ini membuatkan masyarakat Malaysia sangat unik di mata dunia.

Kalau adat dan budaya pun sudah pelbagai, inikan pula jenis makanan. Malaysia boleh dilabelkan sebagai syurga makanan.

Di bahagian ini kami kumpulkan pelbagai jenis masakan berasaskan ayam mengikut kaum dan budaya.

Tapi kami tidak berhenti disitu saja, sebagai bonus untuk anda, kamu berusaha mengumpulkan berbagai jenis menu mengikut budaya dan negara yang popular bagi masyarakat Malaysia.

Jom tengok senarai yang kami sediakan untuk anda.

Resepi Ayam Masakan Cina

  1. Resepi Nasi Ayam Hainan

    Nasi Ayam Hainan berbeza dengan nasi ayam yang biasa dijual dikedai. Ayam nasi ayam hainan ini direbus dan dihidangkan terus tanpa perlu digoreng.

    Ayam biasanya direbus seekor tanpa perlu dipotong. Ayam direbus bersama dengan bahan-bahan rebusan selama 30 minit.

    Setelah masak, barulah ayam akan dipotong kepada beberapa bahagian. 

    Rasa nasi ayam hainan ini sangat sedap dan sesuai untuk seisi keluarga.

  2. Resepi Ayam Lemon

    Ayam lemon ni boleh dikategorikan sebagai hidangan yang ringkas. Cara masaknya sangat senang an cepat.

    Sesuai bagi anda yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa didapur.

    Ayam perlu digoreng tepung terlebih dahulu untuk dapatkan rasa yang rangup. Rasanya masam dan manis, sesuai jika anda inginkan kelainan.

  3. Resepi Char Siew Ayam

    Char Siew Ayam ialah ayam panggang bbq madu chinese style.

    Rasa ayam Char Siew ni mempunyai keunikannya yang tersendiri, boleh dimakan bersama nasi, mee ataupun dimakan begitu saja.

    Cara masak Char Siew Ayam sama seperti ayam panggang yang lain. Bezanya pada penyediaan bahan perapan.

  4. Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style

    Ayam masak halia ala cina ni berbeza sedikit dengan ayam masak halia yang biasa kita makan. Ayam nya tidak perlu digoreng terlebih dahulu.

    Rasa ayam masak halia Chinese Style ini sangat sedap dan anak-anak pun pasti suka.

    Cara masaknya mudah sahaja dan bahan-bahan yang digunakan juga ringkas.

  5. Resepi Kuih Chang Berinti Ayam

    Kuih Chang merupakan makanan tradisional masyarakat cina. Kuih chang juga dikenali sebagai ketupat cina.

    Ada pelbagai versi inti kuih chang antaranya inti ayam.

    Cara buat kuih chang tidaklah susah mana. Tapi bahan-bahannya sedikit berbeza dengan resepi asli kerana telah diganti dengan bahan-bahan yang halal.

  6. Resepi Ayam Kicap Mushroom

    Ayam masak kicap mushroom ataupun masak kicap cendawan salah satu resepi yang anda mesti cuba.

    Rasa ayam kicap yang digandingkan bersama dengan cendawan pasti menepati citarasa anda.

    Cara masaknya pun mudah sahaja. Ayam dipotong kecil-kecil dan dimasak bersama cendawan shitake. 

  7. Resepi Sizzling Yee Mee

    Bagi anda yang biasa makan di foodcourt dan juga peminat makanan hotplate, anda pasti pernah rasa Sizzling Yee Mee.

    Sizzling Yee Mee merupakan mee yang dimasak dengan kuah yang pekat, cukup lengkap dengan rasa masin dan pedas.

    Biasanya dimasak didalam plate yang tebal, tapi jika anda ingin mencuba sendiri dirumah, anda boleh gunakan kuali nonstick dan dimasak dengan api yang besar.

  8. Resepi Pulut Ayam

    Lor Mai Kai atau pulut ayam cina ni merupakan makanan yang biasa dihidang bersama dimsum dan pau.

    Penggemar dimsum pasti suka pulut ayam ni.

    Cara buat pulut ayam cina ni mempunyai beberapa langkah. Kalau anda ikut betul-betul, pasti menjadi, berbaloi-baloi.

  9. Resepi Ayam Kung Pao

    Masakan cina ini sesuai sekali dengan citarasa masyarakat malaysia. Mempunyai rasa sedikit pedas dan juga lemak-lemak manis.

    Ayam Kung Pao ini merupakan ayam yang digoreng bersama dengan kacang atau lebih tepat lagi kacang gajus. Rasanya sangat sedap, anda mesti cuba.

    Cara masaknya sangat mudah, dan jika anda ada lebihan kacang gajus dirumah, bolehlah cuba resepi ini.

Resepi Ayam Masakan India

  1. Resepi Ayam Varuval

    Ayam Varuval ataupun ayam masak garing ala India ni merupakan ayam yang dimasak dengan cili dan sedikit rempah ratus.

    Masakan India memang sinonim dengan rempah ratus. Rasa Ayam varuval jelas mempunyai identiti masakan India.

    Cara masak ayam varuval mudah sahaja. Bahan-bahan yang digunakan banyak terdiri daripada rempah-ratus.

    Jika anda peminat masakan India ataupun ingin mencuba sesuatu yang baru, bolehlah cuba resepi ini.

  2. Resepi Ayam Mughlai

    Ayam mughlai ini seakan-akan kari ataupun ayam masak kurma. Ayam perlu diperap terlebih dahulu dengan bahan-bahan perapan.

    Bahan utama untuk masak ayam Mughlai ini sudah pasti rempah ratus. Resepi ini juga menggunakan yogurt sebagai bahan masakan.

  3. Resepi Nasi Biryani

    Resepi ini memang tidak asing lagi bagi kita masyarakat Malaysia. Nasi beriani yang asalnya merupakan masakan India ini digemari oleh sebahagian besar rakyat kita.

    Nasi beriani dihidang bersam kari ayam ataupun ayam goreng berempah.

    Anda boleh masak nasi beriani jika tidak tahu nak masak lauk apa. Mungkin anda boleh rancang untuk masak pada hari minggu.

  4. Resepi Ayam Vindaloo

    Satu lagi masakan ayam yang kaya dengan rempah ratus.

    Untuk sediakan resepi ini, ayam perlu diperap dulu dengan bahan-bahan perapannya.

    Cara masak ayam ini mudah sahaja. Anda boleh cuba resepi ini juga sukakan raa rempah ratus.

  5. Resepi Ayam Vanggey

    Ayam vanggey lebih kurang ayam masak merah, tetapi lebih berempah.

    Cara masak pun lebih kurang sama. Ayam perlu digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama dengan rempah ratus.

Resepi Ayam Masakan Indonesia

  1. Resepi Soto Ayam

    Resepi yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia. Rasa soto ayam seakan-akan sup. Biasanya ada mihun soto ataupun mee soto. 

    Dimakan bersama ayam yang dicarik-carik, bergedil, kacang goreng dan mcam-macam lagi.

    Anda boleh jumpa menu soto di jamuan hari raya ataupun majlis keraian kecil-kecilan.

  2. Resepi Nasi Ayam Penyet

    Nasi Ayam Penyet sangat kena dengan selera masyarakat Malaysia. Hidangannya simple sahaja. Nasi putih berlaukkan ayam goreng, sup dan sayur beserta dengan tempe.

    Sangat sedap jika dijadikan hidangan makan tengahari. Makan panas-panas pasti menambah.

  3. Resepi Mie Ayam

    Jika anda penggemar mee, boleh cuba resepi mie Ayam ini. Mie ayam ialah mie yang dimakan bersama dengan ayam yang dimasak dengan kicap, sayur celur dan sup bawang putih.

    Rasanya seakan-akan mee wantan ataupun mee kicap. Mee yang digunakan ialah mie gandum, mee telur ataupun kolo mee.

  4. Resepi Opor Ayam

    Pernah makan opor ayam? Atau anda kenal tak "Opor" ni apa?

    Opor ialah masakan yang dimasak dengan santan bersama dengan rempah ratus. Ada pelbagai versi opor ayam, ada opor ayam yang dipanggang, ada ayam yang direbus.

    Opor ayam popular dijadikan hidangan hari Raya.

  5. Resepi Sate Minang/ Sate padang

    Sate Minang ataupun sate padang biasanya menggunkan daging sapi ataupun daging lembu. Tapi ada juga yang menjadikan ayam sebagai bahan utama.

    Beza sate minang dengan sate yang popular di Malaysia ialah jenis kuahnya. Kuah satey minang warna kekuningan dan pekat seperi bubur.

    Sekali-sekala anda boleh cuba resepi ini.

Resepi Ayam Masakan Thailand

Uniknya masakan thailand ni, rasanya menepati citarasa dan selera masyarakat Malaysia. Identiti masakan Thailand tidak lari dari rasa masam, pedas, manis dan masin.

Tapi tidak semua masakan Thailand rasanya masam dan pedas. 

Jom kita tengok masakan apakah yang menjadi pilihan kita di Malaysia.

  1. Resepi Paprik Ayam ala Thai

    Resepi ini antara yang paling popular bila makan di kedai siam. Rasanya lebih kurang sama dengan tomyam tapi tidak berkuah.

    Sedap dihidang bersama dengan telur dadar, sambal belacan dan dimakan dengan nasi putih panas-panas.

    Cara masak paprik ayam ni mudah sahaja. bahan-bahan yang digunakan pun senang.

  2. Resepi Sup Ayam Thai

     Sup Ayam Thai sedikit berbeza dengan versi sup ayam yang biasa kita masak. 

    Rasa sup ayam thai ada rasa masam dan pedas, sesuai dengan identiti masakan thai.

    Bahan yang digunakan untuk masak sup ini agak ringkas. Namun rasanya sangat sedap.

  3. Resepi Ayam Pandan

    Ayam pandan thai ini ialah ayam yang diperap dengan bahan perapan tersendiri, dibalut dengan daun pandan dan digoreng.

    Rasanya sedap sekali. Kalau anda makan di kedai siam, anda boleh cuba order menu ayam pandan ni.

    Nak buat sendiri pun boleh, cara buatnya senang sahaja dan mudah untuk dibuat bagi anda yang pertama kali ingin cuba.

  4. Resepi Nasi Khao Mok

    Pernah makan nasi khao Mok? Nasi Khao Mok ni lebih kurang sama dengan nasi beriani, tapi versi thailand.

    Ada nasi khao mok yang dimasak bersama dengan ayam dan ada juga dimkan dengan ayam goreng berempah.

    Nasinya bewarna kekuningan dan dimasak dengan bahan-bahan yang tersendiri. Nasi Khao mok juga dipadankan bersama dengan sos thainyang sedap tu.

  5. Resepi Tom Yam Ayam Thai

    Kalau makan di kedai masakan ala thai, tak sah la kalau tak pesan tom yam ayam Thai. Rasanya sangat berbeza dengan tomyam versi malaysia.

    Rasa tomyam ayam thai ni lebih masam dan pedas. Sangat sedap dimakan dengan nasi putih. Bertambah sedap jika digandingkan bersama telur dadar dan kailan ikan masin.

    Cara masak tomyam ayam ni lebih kurang sama je dengan tomyam ayam yang biasa anda buat. Bezanya pada bahan-bahan utama yang digunakan.

    Nanti anda boleh cuba sendiri.

  6. Resepi Kari Hijau Thai

    Namanya mungkin kari, tapi rasnya tidak sama dengan kari yang kita makan hari-hari tu.

    Kari hijau thai dikenali dengan warnanya yang hijau berbeza dengan warna kari biasa iaitu merah.

    Bahan utamanya yang terdiri dari cili hijau dan daun ketumbar yang menjadikan warna dan rasanya agak lain dari kari biasa.

    Rasa kari hijau kurang pedas berbanding kari biasa. Cara masak nya sama saja. Cuma bahanya berbeza.

  7. Resepi Ayam Halia Thai

    Resepi ayam halia thai ni sedap dan mudah untuk disediakan. Rasanya yang masin dan manis pasti membuka selera anda.

    Anak-anak sangat suka resepi ayam halia thai ni, jarang ada yang menolak. 

    Cara masak ayam halia thai mudah sahaja. Bahan-bahan nya hanya menggunakan bahan yang sentiasa ada didapur.

  8. Resepi Phad Phet Ayam

    Bagi penggemar masakan thai asli pasti pernah merasa phad pehet ayam ni. Menu Phad phet ni jarang disediakan dikedai biasa kecuali kedai masakan thai asli.

    Dari segi luaran, ayam phad phet ni nampak lebih kurang macam rendang ayam. Tapi rasanya sedikit berbeza kerasa identiti rasa ori thai iaitu masam, manis dan pedas dikekalkan.

    Secara tepatnya, ayam phad pehet ialah sejenis hidangan ayam masak pedas.

    Cara penyediaannya tidak begitu rumit dan boleh dicuba. Menu ini sedap dimakan dengan nasi putih dan juga telur dadar.

  9. Resepi Ayam Serai Thai

    Ayam serai thai ialah masakan kategori tumis atau sambal kerana kuahnya tidaklah begitu banyak.

    Rasanya sedap dan sesuai untuk hidangan makan tengahari. Dimasak menggunkan serai dan juga daun limau purut.

    Cara masak sama macam anda masak ayam masak merah ataupun ayam kicap. Ayam digorng kunyit dahulu.

  10. Resepi Tom Yam Putih ala Thai

    Tom yam putih ala thai mempunyai rasa lebih kurang sama dengan tom yam merah biasa tu.

    Tapi rasa pedasnya agak kurang dan warnanya putih seakan-akan sup. Anda boleh masak resepi tomyam putih ini tanpa menggunakan perencahnya. Semuanya anda boleh buat sendiri.

    Tomyam ini sangat sedap dimakan dengan nasi putih bersama dengan sambal belacan dan juga ayam goreng kunyit.

  11. Resepi Pad Kra Pao

    Pad Kra Pao amat popular bagi penggemar masakan thai. Ia dikategorikan sebagai street food yang digemari ramai.

    Cara masak resepi ini mudah sahaja, tapi jika anda tinggal satu bahan utamanya, rasanya pasti berbeza dan kurang enak. Bahan utama tersebut ialah daun selasih.

    Ayam yang dicincang halus digoreng dengan daun selasih beserta bahan-bahan lain pasti memikat selera anda.

  12. Resepi Ayam Mangga

    Ayam mangga ialah ayam yang digoreng rangup kemudian dimasak bersama dengan buah mangga.

    Rasanya sedap dan agak unik kerana rasa masam-masam mangga bila dimakan dengan ayam.

    Cara masaknya pun mudah sahaja serta menggunakan bahan-bahan yang sedikit sahaja.

  13. Resepi Khao Tom

    Khao Tom atau dalam bahasa malaysianya ialah bubur ayam.

    Sekali-sekala anda mesti cuba resepi bubur ayam thai ini. Semestinya mengekalkan rasa asli masakan thai iaitu masam, masin dan pedas.

    Khao tom ini biasanya dijadikan sarapan pagi ataupun makanan lewat malam.

Resepi Ayam Masakan Korea

Kalau sebut je pasal Korea, mesti viral semuanya. Dari drama korea, K-Pop, tempat melancong sehinggalah teknologi terkini. Semanya popular.

Tidak ketinggalan juga masakan korea. Kerana ramainya peminat drama korea, masakan mereka pun mendapat tempiasnya.

Pelbagai jenis masakan korea yang menjadi kegemaran rakyat malaysia.

Jom kita tengok masakan korea yang berasaskan ayam yang paling digemari peminat di malaysia.

  1. Resepi Ayam Goreng Pedas Korea

    Ayam Goreng Pedas Korea ini antara masakan korea yang mudah untuk disediakan.

    Ayam digoreng rangup kemudian disalut dengan sosnya yang khas. Anda boleh buat sendiri sosnya ataupun beli sahaja yang sudah siap.

    Sedap dimakan begitu saja.

  2. Resepi Jjampong

    Jjampong merupakan sejenis mee sup versi korea. 

    Biasanya dimasak bersama dengan seafood seperti udang dan sotong, ada juga dimasak menggunakan isi ayam.

    Antara masakan korea yang popular dimalaysia.

  3. Resepi Crunchy Fried Chicken

    Crunchy fried chicken versi korea ini merupakan ayam goreng rangup. 

    Anda boleh cuba variasikan resepi ayam goreng anda dengan mencuba resepi ini.

    Bahan-bahan yang digunakan agak mudah untuk didapati.

Resepi Ayam Masakan Western

Masakan barat ataupun Western ini sudah lama menjadi kegemaran masyarakat malaysia.

Menu masakan western ini sudah tidak asing lagi di kedai-kedai di Malaysia.

Jom kita tengok resepi ayam versi barat yang popular.

  1. Resepi Chicken Chop

    Chicken Chop antara masakan western yang paling digemari. Biasanya dijadikan pengganti jika anda tak rasa nak makan nasi.

    Chicken chop sering dipadankan dengan sos black pepper dan juga coleslaw.

    Menggunakan ayam bahagian isi ataupun bahagian ayam yang telah dibuang tulang.

    Terdapat pelbagai versi Chicken Chop, ada yang digoreng dan ada juga yang dibakar.

  2. Resepi Ayam Panggang Ketuhar

    Ayam panggang ketuhar atau oven ni biasanya dimasak seekor terus.

    Ayam diperap terlebih dahulu dengan bahan perapan selama beberapa jam bagi mendapatkan rasa yang enak.

    Sedap dimakan dengan nasi putih atau pun dimakan dengan sos black pepper.

  3. Resepi Chicken Roulade creamy

    Resepi ini merupakan resepi ayam sumbat dengan sayur bayam ataupun sayur kegemaran anda.

    Isi ayam diketuk terlebih dahulu bagi memudahkan proses gulungan. Kemudian isi diletakkan ditengah, digulung dan diikat.

    Anda boleh goreng, bakar dengan oven ataupun masak menggunkan airfryer.

  4. Resepi Ayam Stew Tomato Sayuran

    Stew Ayam merupakan sejenis masakan ayam berkuah. Stew Ayam biasanya dimakan dengan roti, dijadikan lauk nasi dan juga dimakan begitu sahaja.

    Cara masak stew ayam mudah saja. Bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati.

    Rasanya sangat sedap dan tidak berlemak.

  5. Resepi Spaghetti Carbonara

    Satu lagi masakan western yang digemari ramai. Spaghetti carbonara boleh dijadikan pengganti nasi untuk makan tengahari atau makan malam.

    Sos carbonara menggunakan isi ayam yang dicincang halus. Anda bole gunakan sos yang telah siap seperti yang dijual di kedai-kedai.

    Cara menyediakan Spaghetti carbonara sangat mudah dan cepat.

  6. Resepi Ayam Grill Mushroom Sos

    Ayam grill dengan sos mushroom ataupun cendawan sangat enak dinikmati sebagai hidangan hujung minggu.

    Cara penyediaan ayam grill ini lebih kurang sama dengan chicken chop. Ayam dihidang bersama dengan kentang goreng dan juga salad.

    Sos cendawan yang menjadikan rasa ayam grill ini sangat lazat untuk dinikmati.

Resepi Masakan Ayam Sebagai Lauk Utama

Terdapat banyak pilihan masakan dimana ayam menjadi lauk utama. Biasanya jenis hidangan set seperti nasi atau mee.

Hidangan masakan set ini sering menjadi pilihan kerana anda tidak perlu lagi pening untuk memilih kombinasi lauk.

Jika anda ada ayam untuk dijadikan lauk, jom tengok idea masakan apakah yang boleh anda masak.

  1. Resepi Nasi Ayam

    Nasi ayam sudah tidak asing lagi bagi kita masyarakat malaysia. Hidangan yang lengkap dengan protein iaitu ayam dan juga sayuran ataupun salad.

    Dihidangkan bersama sup yang ringkas, nasi ayam sangat sesuai dijadikan menu makan tengahari.

    Terdapat beberapa variasi nasi ayam. Nasi ayam yang biasa anda makan dan juga nasi ayam hainan adalah antara yang paling popular.

    Cara menyediakan nasi ayam mudah sahaja. Resepi ini adalah pilihan yang tepat jika anda tiada idea untuk masak apa.

  2. Resepi Nasi Minyak

    Nasi Minyak sesuai dijadikan menu hidangan jika anda nak berlaukkan ayam.

    Untuk nasi minyak, lauk ayam yang biasa dihidangkan ialah ayam goreng, kari ayam atau pun ayam kerutuk. Jika belah-belah pantai timur, nasi ayam dipadankan dengan gulai ayam.

    Nasi minyak sering dijadikan hidangan sarapan pagi, menu utama majlis keraian dan juga kenduri.

    Selain daripada ayam, nasi minyak juga boleh dihidang dengan kari daging dan juga kambing.

  3. Resepi Nasi Beriani

    Sama seperti nasi minyak, nasi beriani juga mempunyai beberapa jenis lauk ayam.

    Anda boleh padankan nasi beriani dengan ayam goreng dan juga ayam merah.

    Kebiasaannya ayam dimasak bersama dengan nasi.

    Cara masak nasi beriani tidak lah begitu rumit.

    Jika anda ikut langkah yang betul, anda mampu hasilkan nasi beriani yang setaraf dengan kedai.

  4. Resepi Nasi Hujan Panas

    Ramai orang sering keliru dengan nasi hujan panas dan juga nasi minyak. Cara masak dan padanan lauk hampir sama antara kedua jenis hidangan ini.

    Nasi hujan panas biasanya dipadankan dengan lauk ayam gulai dan acar timun.

    Sering dijadikan menu sarapan pagi dan juga majlis keraian.

    Anda mesti cuba resepi nasi hujan panas ini kerana cara menyediakannya senang dan mudah untuk diikuti.

  5. Resepi Nasi tomato

    Satu lagi resepi nasi yang lebih kurang sama dengan nasi minyak. Nasi tomato mempunyai rasa nya yang tersendiri. 

    Sering dipadangkan dengan ayam masak tomato ataupun ayam masak merah.

    Kalau untuk majlis kenduri dan juga majlis keraian, nasi tomato serin menjadi pilihan kerana pemilah lauk yang senang.

  6. Resepi Nasi Lemak Ayam

    Nasi lemak ayam sama saja dengan nasi lemak yang lain, bezanya cuma pada lauk ayam.

    Lauk ayam ataupun sambal ayam yang dipadankan dengan nasi lemak ini dimasak dengan tumis seakan-akan ayam masak merah.

    Rasanya sangat sedap dan membangkitkan lagi rasa nasi lemak ayang enak itu.

  7. Resepi Nasi Kerabu Ayam Bakar

    Dengar nama pun dah mampu buat kecur air liur.

    Nasi kerabu yang dipadankan dengan ayam bakar merupakan gandingan yang sempurna.

    Kalau Nasi kerabu yang lengkap dengan semua bahan-bahan nya seperti kuah tumis, sayur-sayur dan sambal ikan dipadankan pula dengan ayam bakar yang menyelerakan, ia mampu menghsilkan satu kombinasi yang sangat lazat.

  8. Resepi Nasi Kak Wok

    Nasi Kak Wok ini satu pilihan yang tepat jika anda ketandusan iea untuk masak makan tengahari.

    Merupakan hidangan yang hampir sempurna kerana kombinasi lauknya sangat enak dan menepati suasana makan tengahari.

    Gandingan ayam goreng kunyit dengan kuah gulai seakan-akan dalca, dimakan pula bersama dengan sambal belacan dan juga timun batang, mampu membuatkan anda menambah-nambah makan nanti.

    Cara masak nya pun tidaklah susah mana. Idea makan tengahari yang paling tepat.

  9. Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah

    Rahsia keenakan nasi kukus terletak pada rasa ayam berempahnya. 

    Jika ayam diperap sempurna dengan bahan-bahan yang lengkap, rasa ayam akan lebih enak.

    Nasi ayam kukus berkuahkan kari yang pekat dan sedap.

    Anda boleh cuba resepi nasi kukus ini kerana cara masaknya mudah sahaja.

  10. Resepi Nasi Kuning

    Nasi Kuning popular dinegeri terengganu dan juga sabah. Versi nasi kuning kedua-dua negeri ini sedikit berbeza.

    kalau diterengganu, nasi kuning biasanya dihidangkan bersama dengan lauk gulai ikan tongkol.

    Namun begitu, nasi kunyit juga boleh dipadankan dengan lauk ayam masak merah.

    Rasanya sedap dan enak. cara masaknya pun senang.

  11. Resepi Nasi Kunyit

    Satu lagi resepi yang popular dinegeri terengganu dan juga kelantan iaitu nasi kunyit.

    Walaupun namanya nasi kunyit, tapi resepi ini dibuat dengan beras pulut dan atau lebih tepat lagi pulut kuning.

    Gandingan lauknya yang membezakan nama pulut kuning dengan nasi kunyit.

    Nasi kunyit biasanya dpadankan dengan lauk ayam gulai ataupun daging gulai.

    Boleh juga dimakan bersama dengan rendang ayam.

  12. Resepi Nasi Ayam Geprek

    Nasi Ayam geprek ni sangat sedap dimakan jika cuaca panas.

    Tak tahulah kenapa tapi jika menu ini dihidang panas-panas sebagai hidangan makan tengahari, dipadankan pula dengan air sirap ataupun teh o ais, memang sempurna lah rasnya.

    Anda boleh cuba buat sendiri resepi ini kerana cara masaknya mudah sahaja.

    Sup dan juga sambalnya juga mesti dibuat mengikut cara yang betul jika anda ingin dapatkan rasa ayam geprek yang asli.

  13. Resepi Nasi Ayam Kicap

    Penyediaan nasi ayam kicap ini sama seperti nasi ayam geprek.

    Ayam digoreng terlebih dahulu sebelum disadur dengan kuah kicap yang sedap.

    Kalau makan tengahari bermenukan nasi ayam kicap ni, boleh menambah-nambah nasinya.

    Cara penyediaan yang ringkas namun menghasilkan rasa yang sangat enak.

  14. Resepi Nasi Ayam 3 Budak Gemuk

    Nasi Ayam Kicap 3 Budak gemuk ini sebenarnya lebih kurang sama dengan nasi ayam kicap.

    Ayam digoreng dengan saiz sederhana kecil kemudian dimasak dengan kuah kicap.

    Juga dimakan bersama dengan sambal gesek dan juga sayur salad seperti timun ataupun kobis.

Resepi Masakan Ayam Sebagai Bahan Sampingan

Jom tengok resepi apakah yang anda boleh masak menggunakan ayam sebagai bahan sampingan.

Kadangkala ayam yang ada dalam peti anda tidak cukup untuk anda gunakan untuk masak sebagai hidangan utama.

Jadi anda boleh gunakan ayam yang sedikit itu sebgai pelengkap resepi masakan yang lain.

Ada pelbagai jenis masakan yang menggunakan ayam sebagai bahan tambahan.

Mari kami kongsikan dengan anda resepi apa yang anda boleh cuba.

  1. Nasi Air

    Jika anda ada ayam bahagian isi, anda boleh cuba masak nasi air.

    Ayam yang digunakan untuk nasi air ini biasanya bahagian isi yang direbus kemudian dicarik-carik.

    Hidangan nasi air dengan isi ayam ini sangat sedap untuk dinikmati.

  2. Mee Sup

    Mee Sup sangat sedap dinikmati pada waktu petang dan juga ketika cuaca sejuk atau hujan.

    Anda boleh gunakan bahagian mana-mana ayam untuk masak resepi ini. Ayam dipotong kepada bahagian kecil kecil sbelum dimasak sup.

    Cara masak mee sup ini mudah sahaja, dan bahan-bahan juga mudah untuk didapati.

  3. Mihun Sup

    Sama seperti mee sup, resepi mihun sup juga boleh menggunakan ayam sebagai bahan sampingan.

    Ayam yang dipotong kecil dijadikan pelengkap dan membangkitkan rasa sup.

    Selain itu, anda juga boleh gantikan ayam dengan daging.

  4. Resepi Mee Kari

    Rasanya tak lengkap mee kari jika tidak dimasak bersama dengan isi ayam. 

    Rasa isi ayam yang dimasak kari mempunyai rasa manis-manis dan menjadikan rasa mee kari lebih enak.

    Antara bahan lain yang digunakan sebgai lauk mee kari adalah seperti kerang, udang dan juga bebola ikan.

  5. Resepi Sayur Goreng

    Sayur goreng yang menggunakan ayam sebagai bahan tambahan sangat sesuai untuk anda yang inginkan lauk yang ringkas dan cepat.

    Isi ayam yang dipotong kecil kemudian digoreng bersama dengan sayur memberi protein tambahan untuk hidangan anda.

    Sesuai untuk anda yang tidak mempunyai banyak masa didapur.

  6. Resepi Spaghetti

    Jika anda ingin masak spaghetti bolognese ataupun carbonara, anda boleh gunakan isi ayam yang dicincang sebagai pelengkap masakan.

    Biasanya bahagian ayam yang digunakan ialah bahagian isi kerana ia mudah untuk dicincang halus.

  7. Resepi Nasi Goreng

    Isi ayam amat sinonim sebgai bahan sampingan dalam pelbagai jenis resepi nasi goreng.

    Jika dikedai masakan panas, isi ayam yang digunakan biasanya direbus terlebih dahulu sebelum dimasak bersama nasi goreng.

    Pelbagai jenis resepi nasi goreng yang anda boleh cuba jika anda ingin menggunakan ayam sebagai bahan tambahan.

Resepi Ayam Untuk Berbuka

Antara banyak-banyak lauk yang menjadi pilihan untuk berbuka, lauk ayam adalah antara yang paling popular.

Terdapat pelbagai jenis lauk ayam yang menjadi pilihan. 

Jom kami kongsikan dengan anda resepi ayam yang boleh anda jadikan menu bebrbuka puasa anda.

  1. Resepi Ayam Bakar

    Ayam bakar adalah menu wajib menjadi hidangan berbuka pada bulan puasa. Bau dan rasa ayam bakar sangat memikat selera anda yang berpuasa.

    Tambahan pula, terdapat pelbagai jenis resepi ayam bakar yang boleh anda cuba.

    Rahsia utama keenakan ayam bakar terletak pada bahan perapannya. Untuk mendapatkan rasa ayam yang lagi sedap, anda perlu perap ayam dalam tempoh yang lama.

    Ayam bakar juga boleh dinikmati dengan sos-sos nya yang tersendiri. Anda boleh cuba buat sendiri sos untuk ayam bakar. 

  2. Resepi Ayam Masak Merah

    Ayam masak merah juga sedap untuk dijadikan menu berbuka puasa.

    Anda boleh menikmati ayam masak merah bukan sahaja dengan nasi putih, malah dengan pelbagai jenis masakan lain seperti nasi minyak, nasi tomato dan juga nasi hujan panas.

  3. Resepi Ayam Masak Halia

    Ayam masak halia sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana ia bukan sahaja sedap, tapi mudah dan cepat untuk disediakan.

    Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan juadah berbuka puasa, anda boleh cuba resepi ayam masak halia ini.

  4. Resepi Ayam Masak Kicap

    Sama seperti ayam masak halia, anda boleh cuba masaka resepiayam masak kicap ini kerana ia mudah dan ringkas. 

    Rasanya pula sedap dan anak-anak kecil pasti suka.

    Terdapat beberapa jenis ayam masak kicap, anda boleh cuba yang mana satu yang anda suka.

  5. Resepi Ayam Bakar Percik

    Menu ayam bakar percik tidak pernah mengecewakan. Rasa ayam bakar yang dinikmati bersama kuah percik pasti mengikat selera berpuasa anda.

    Cara masak ayam percik ini mudah saja kalau anda ikut langkah yang betul.

    Kuah percik pula terdapat pelbagai versi. Antara yang paling popular ialah kuah percik putih versi kelantan.

  6. Resepi Ayam Golek

    Kalau bulan puasa, ayam golek banyak dijual ditepi-tepi jalan. Kalau lambat beli atau tempah, memang tak sempat lah nak merasa untuk berbuka kerana yam golek ini laku keras.

    Anda boleh cuba sendiri resepi ayam golek ini. Lagi senang jika anda mask menggunakan ketuhar yang boleh panggang ayam seekor.

    Selain bahan perapan, sos ayam golek pun menjadi kunci keenakan ayam golek. Ikut cara penyediaan yang betul, ayam golek anda akan setanding dengan gerai-gerai tepi jalan tu.

  7. Resepi Ayam Goreng Kunyit

    Resepi ringkas dan cepat ini sesuai untuk dijadikan lauk berbuka.

    Cara penyediaanya yang mudah dan cepat boleh menjimatkan masa anda didapur, lebih-lebih lagi jka anda kesuntukan masa.

    Lengkap dengan sayur dan protein dari ayam, rasanya juga sedap.

  8. Resepi Tom Yam Ayam

    Berbuka dengan menu yang enak dan lazat memberikan satu kepuasan bagi anda yang berpuasa.

    Tom Yam ayam merupakan resepi yang mesti anda cuba dibulan puasa. Sedap jika digandingkan dengan sayur kailan ikan masin dan juga ayam goreng kunyit.

    Cara menyediakan tomyam ayam tidaklah begitu rumit jika anda ikut langkah-langkah yang betul.

  9. Resepi Sup Ayam Thai

    Sup Ayam thai berbeza rasanya dengan sup ayam biasa.

    Rasa masam, masin dan pedas menjadikan sup ayam thai ini sangat sedap dan unik.

    Bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati, dan cara menyediakannya juga mudah untuk anda ikuti.

    Anda boleh padankan menu sup ayam thai ini dengan telur dadar dan juga sayur kangkung belacan.

  10. Resepi Paprik Ayam

    Paprik ayam mempunyai rasa pedas-pedas seakan tomyam.

    Paprik ayam lengkap dengan sayur dan juga protein, jadi anda tidak perlu lagi fikirkan menu sayur yang lain.

    Sedap dimakan dengan nasi putih.

  11. Resepi Gulai Ayam

    Gulai ayam popular dinegeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan.

    Gulai ayam berbeza sedikit cara penyediaannya dengan kari ayam.

    Anda boleh padankan gulai ayam dengan nasi putih ataupun nasi minyak untuk dijadikan menu berbuka.

  12. Resepi Kari Ayam

    Kari ayam pun sedap untuk dijadikan menu berbuka.

    Padankan kari ayam anda dengan sayur kobis goreng kunyit ala mamak, pasti berselera anda berbuka nanti.

  13. Resepi Ayam Goreng Berempah

    Ayam goreng berempah yang rangup dan juga isi dalamnya yang berjus pasti sedap untuk dijadikan lauk berbuka.

    Antara masakan yang sesuai untuk digandingkan dengan ayam goreng berempah ialah nasi kukus, nasi minyak dan nasi beriani.

    Untuk mendapatkan rasa ayam goreng berempah yang lazat, bahan perapannya mestilah megikut resepi yang betul.

  14. Resepi ayam Lada Hitam

    Cara masak ayam lada hitam lebih kurang sama dengan ayam masak kicap ataupun ayam masak halia.

    Ayam yang digunakan dipotong kepada bahagian kecil-kecil.

    Anda boleh goreng dahulu ayam sebelum dimasak lada hitam. Tapi jika anda ingin masak terus pun tak mengapa.

    Boleh jug dikategorikan sebagai hidangan yang ringkas dan pantas.

  15. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

    Bagi penggemar masak lemak cili api, anda boleh cuba resepi ayam masak lemak cili api ini untuk berbuka puasa.

    Rasa ayam yang berlemak pasti memberikan kepuasan ketika anda berbuka.

    Ayam masak lemak cili api ni pun ada berbagai versi, versi asli mestilah masak lemak negeri sembilan manakala versi lain sudah diolah mengikut selera setempat.

Resepi Ayam Untuk Bersahur

Berbeza dengan lauk berbuka, lauk yang dijadikan menu berbuka biasanya resepi ringkas dan mudah untuk disediakan.

Lauk bersahur biasanya tidaklah begitu berat kerana kita kurang berselera ketika bersahur.

Jom kami kongsikan resepi yang sesuai untuk anda jadikan menu bersahur.

  1. Resepi Ayam Goreng Kunyit

    Pilihan yang tepat jika anda ingin masak ayam goreng kunyit sebagai menu bersahur.

    Lengkap dengan sayur dan juga sumber protein, rasanya juga sedap.

    Antara sayur yang anda boleh gunakan ialah lobak merah, kacang panjang ataupun kacang buncis, jagung muda, bunga kobis ataupun brokoli.

  2. Resepi Ayam Masak Lada Hitam

    Resepi yang sedap dan mudah ini sesuai untuk anda jadikan menu bersahur.

    Nanti hidangan nasi putih anda tidaklah kering kerana resepi ini sedikit berkuah.

    Cara masaknya pun mudah dan senang untuk diikuti.

  3. Resepi Ayam Celup Tepung

    Resepi ini sesuai jika anda ataupun anak-anak kecil tidak begitu berselera ketika bersahur.

    Ayam celup tepung mudah untuk disediakan dan mampu membuka selera anda ketika bersahur.

    Jika hidangan bersahur teralu kering, anda boleh sediakan bersama dengan sup sayur atau pun padankan dengan kicap je.

  4. Resepi Ayam Goreng Cili Benggala

    Resepi ayam goreng cili benggala ini mampu memberikan sedikit kelainan ketika anda bersahur.

    Resepi ini tidaklah begitu kering dan mempunyai rasa yang unik yang pastinya membuka selera anda untuk bersahur.

    Slah satu resepi yang ringkas dan mudah untuk disediakan sebagai menu bersahur.

  5. Resepi Nasi Goreng Cina

    Jika anda tak tahu nak masak lauk apa untuk bersahur, masak saja nasi goreng cina. Mudah dan cepat.

    Anda boleh gunakan isi ayam yang dipotong kecil sebagai sumber protein.

    Boleh juga dipadankan dengan ayam goreng celup tepung.

  6. Resepi Nasi Goreng Ayam

    Tak payah pening lagi nak masak apa, menu nasi goreng ayam untuk bersahur adalah satu pilihan yang tepat.

    Senang untuk disediakan dan lengkap dengan sumber nutrisi. 

  7. Ayam Goreng Cili Masala

    Sekali-sekala anda boleh gantikan menu ayam goreng biasa dengan resepi ayam goreng cili masala ini.

    Pastinya ia memberi sedikit kelainan ketika anda bersahur.

    Resepi yang mudah dan ringkas mempunyai rasa yang sedap.

  8. Resepi Ayam Goreng Bawang Putih

    Pernah tak anda masak ayam goreng bawang putih?

    Rasanya sangat sedap dan merupakan pilihan yang tepat jika dijadikan menu bersahur.

    Semestinya mudah untuk disediakan.

  9. Resepi Ayam Masam Manis

    Makan nasi putih dengan ayam masam manis ketika bersahur pasti menambah selera anda.

    Ayam masam manis mudah untuk disediakan. Cara menyediakannya juga ringkas.

  10. Resepi Ayam Goreng Lemon

    Ayam goreng lemon ini merupakan masakan ala cina.

    Ayam digoreng tepung terlebih dahulu sebelum dimasak kuah lemon.

    Rasanya masam-masam memberikan sedikit kelainan ketika anda bersahur. Pasti segar mata anda semasa bersahur.

  11. Resepi Ayam Masak Halia

    Menu yang paling selamat untuk dihidang sebagai menu bersahur.

    Anak-anak pasti suka dan bersemangat untuk bersahur.

    Mudah dan ringkas, sesuai dijadikan menu bersahur.

Resepi Masakan Ayam Ringkas

Semua orang sukakan masakan ayam yang ringkas.

Gaya hidup sekarang kadang kala membataskan masa untuk anda berada didapur.

Jadi pilihan menu yang ringkas dan cepat untuk disediakan menjadi keutamaan.

Mari kami kongsikan menu yang anda boleh cuba.

  1. Resepi Ayam Goreng Kunyit

    Anda wajib tahu masak resepi ini. Ayam goreng kunyit ni bukan sahaja senang untuk dimasak, malah lengap dengan sayur dan juga sumber protein.

    Cara masaknya memang senang dan ringkas. Sangat sesuai jika anda mempunyai masa yang terhad untuk berada di dapur.

    Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak. Sayur-sayurnya pula terpulang kepada anda untuk gunakan sayur apa.

  2. Resepi Ayam Goreng Popcorn

    Ayam goreng popcorn bukan sahaja ringkas untuk disediakan, rasanya juga sangat sedap.

    Anak-anak kecil pasti suka. Anda pun senang hati kalau anak-anak tidak menolak hidangan yang anda masak.

    Ayam yang digunakan untuk masak resepi ini dipotong kepada bahagian bahagian-bahagian kecil.

    Kemudian ayam digaul dengan bahan-bahan celup tepung sebelum digoreng.

  3. Resepi Sup Ayam

    Jika anda nak masak ayam berkuah yang ringkas, sup ayam adalah pilihan yang tepat.

    Cara masak sup ayam mudah sahaja, anda hanya perlu campak-campak bahan je, lepastu tunggu masak.

    Sambil tunggu ayam masak, bolehlah anda buat kerja lain dulu kerana sup ayam tidak perlu di kacau seperti masak kari.

  4. Ayam Goreng Lada Hitam

    Resepi ini boleh juga dikategorikan sebagai lauk ayam berkuah.

    Rasanya sedap dan ada rasa sedikit pedas lada hitam.

    Anda boleh goreng ayam terlebih dahulu ataupun dimasak terus dengan kuah lada hitam.

    Kuah Ayam masak lada hitam ini sedikit pekat. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

  5. Resepi Ayam Masak Halia

    Anak-anak pasti suka kalau masak ayam masak halia ni. Rasa ayam halia ini mudah diterima oleh kebanyakan orang.

    Cara masak ayam masak halia ini mudah dan ringkas. Ayam digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama kuah halia.

    Terdapat juga versi ayam dimasak terus dengan kuah tanpa perlu digoreng.

  6. Resepi Ayam Madu BBQ

    Ayam madu BBQ perlu diperap terlebih dahulu selama beberapa jam sebelum dibakar didalam ketuhar.

    Cara buat bahan perapan ayam madu ini mudah untuk anda cuba. Seeloknya anda perap ayam satu malam sebelum ayam dibakar.

    Nanti anda hanya perlu set kan suhu dan masa pembakaran oven, kemudian tunggu saja ayam masak. Ringkas dan sedap hasilnya.

  7. Resepi Ayam Goreng Mamak

    Bagi anda yang gemar dengan ayam goreng mamak, anda boleh cuba resepi ini.

    Ayam perlu diperap terlebih dahulu sebelum digoreng.

    Jika anda bercadang untuk jadikan ayam goreng mamak ini sebagai hidangan makan tengahari, anda boleh perap pada waktu pagi.

    Bila hampir masa makan tengahari, tinggal untuk goreng sahaja. Mudah dan ringkas.

Resepi Ayam untuk Diet

Bagi anda yang sedang mencari resepi untuk diet, anda boleh cuba koleksi resepi ayam ini.

Untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan, anda perlu konsisten dengan usaha diet anda.

Perancangan diet anda akan lebih berkesan jika anda memiliki koleksi resepi diet yang sesuai.

Jom masukkan resepi ayam ini didalam pelan diet anda.

  1. Resepi Ayam Kukus Halia

    Untuk anda yang sedang berdiet, anda boleh cuba resepi ini.

    Ayam ini kukus halia merupakan satu hidangan yang sihat kerana ayam tidak perlu digoreng dan tidak menggunakan minyak untuk dimasak.

    Walaupun dikukus, rasa ayam kukus halia ini sangat sedap untuk dinikmati. 

    Anda pun seronok untuk berdiet bila makanan sedap dan sihat.

  2. Resepi Kerabu Ayam Tomato

    Sangat sesuai dengan pelan diet anda. Semua bahan-bahan untuk sediakan kerabu ayam tomato ini hanya perlu direbus sahaja. 

    Tiada penggunaan minyak dan pastinya satu hidangan yang sihat.

    Ayam dan bahan-bahan dipotong kecil sebelum direbus. Kemudian digaul bersama dengan perahan air limau kasturi.

    Satu menu diet yang sedap.

  3. Resepi Sup Ayam

    Resepi sup ayam untuk diet ini sudah dioalah supaya menepati pantang larang diet anda.

    Menu sup ayam ini mudah untuk disediakan dan juga merupakan hidangan yang sihat.

    Selain dari mudah untuk disediakan, resepi ini mempunyai nutrisi yang tinggi.

  4. Resepi Ayam Panggang Rempah Kari

    Anda boleh cuba resepi ayam panggang rempah kari ini jika anda sudah bosan dengan menu diet yang lain.

    Semestinya ayam diperap dengan bahan-bahan yang bersesuaian dengan pelan diet anda.

    Anda boleh bakar ayam didlam ketuhar ataupun dimasak menggunkan airfryer.

  5. Resepi Ayam Kukus Pandan Berkunyit

    Satu lagi resepi ayam kukus. Kali ini ayam dikukus dengan daun pandan dan kunyit.

    Ayam yang dikukus sangat berkhasiat kerana sumber nutrisinya tidak hilang berbanding dengan ayam yang digoreng.

  6. Resepi Tomyam Putih Thailand

    Jika anda sedang berdiet tetapi tiba-tiba mengidam untuk makan tomyam, anda boleh cuba resepi tomyam putih thailand ini.

    Mempunyai rasa yang hampir sama dengan tomyam merah, menu ini sesuai dengan pelan diet anda.

    Anda boleh menikmati masakan thai tanpa perlu melanggar pantang larang diet anda.

  7. Resepi Tauhu Sumbat Ayam

    Anda boleh cuba resepi tauhu sumbat versi sihat ini untuk menu diet anda.

    Bahan-bahan yang digunakan merupakan olahan bagi menghasilkan tauhu sumbat yang sihat.

  8. Resepi Sayur Peas Kukus bersama Ayam

    Resepi ini merupakan resepi ayam yang dikukus bersama sayur-sayuran.

    Antara sayur yang biasa digunakan adalah kacang peas. 

    Ayam yang digunakan telah dipotong kecil-kecil. 

    Resepi yang sangat sesuai untuk anda sedang berdiet.

  9. Resepi Perapan ayam untuk Diet

    Terdapat pelbagai jenis perapan ayam untuk diet. Anda boleh sediakan semua jenis perapan ayam dan disimpan didalam peti. 

    Nanti senang bila anda nak masak, hanya perlu bakar didalam oven ataupun dimasak dalam airfryer.

    Perapan mixherb, berempah dan juga cili kering adalah antara koleksi perapan ayam diet yang boleh anda cuba.

Resepi Masakan Ayam Untuk Ibu Berpantang

Ibu-ibu yang baru bersalin memerlukan sumber makanan yang berkhasiat bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan mengembalikan tenaga.

Namun begitu pemilihan makanan bagi ibu bersalin dan berpantang perlulah dititik beratkan.

Situasi ini memberi cabaran bagi ibu berpantang kerana perlu memilih makanan yang kena dengan selera disamping tidak melanggar pantang.

Terdapat pelbagai jenis masakan yang sesuai untuk ibu berpantang dan ada diantaranya mudah untuk disediakan.

Kami ingin kongsikan resepi ibu berpantang bagi makanan yang berasaskan ayam. Bolehlah ibu-ibu variasikan pilihan menu berpantang nanti.

  1. Resepi Ayam Bakar Berpantang

    Ayam bakar amat sesuai untuk ibu berpantang. Bukan saja khasiatnya tinggi, cara masaknya pun mudah dan senang.

    Sebelum dibakar, ayam perlu diperap dahulu. Bahan-bahan yang digunakan untuk memerap ayam bersesuaian dengan ubu yang berpantang.

    Biasanya ayam diperap dalam tempoh beberapa jam sebelum dibakar. 

  2. Resepi Ayam Panggang Halia

    Ayam panggang halia juga perlu diperap terlebih dahulu. Ayam diperap dengan bahan perapan dan juga halia. 

    Halia baik untuk ibu yang berpantang kerana ia boleh membantu mengeluarkan angin dari badan.

    Cara menyediakan bahan perapan juga mudah dan bahan-bahannya juga mudah untuk didapati.

  3. Resepi Ayam kukus Halia

    Ayam kukus halia merupakan resepi yang sihat dan sangat bersesuaian untuk ibu yang berpantang.

    Isi ayam yang dikukus sangat sedap dan lembut. Bahan yang digunakan untuk kukus ayam juga tidak banyak.

  4. Resepi Sup Ayam

    Sup ayam sesuai untuk ibu yang berpantang kerana khasiatnya yang tinggi dan mampu mempercepatkan proses penyembuhan.

    Cara masak sup ayam untuk ibu yang berpantang mudah sahaja. Resepi sup ayam ini sudah diolah supaya bersesuaian dengan pemakanan ibu yang berpantang.

  5. Resepi Ayam Masak Halia

    Pelbagai resepi berpantang boleh dimasak berasaskan halia. Ini kerana halia banik untuk ibu yang berpantang.

    Selain dari panggang dan juga kukus, ayam masak halia pun sesuai untuk ibu berpantang. Ayam masak halia sedikit berkuah dan dimakan dengan nasi putih.

  6. Resepi Ayam Goreng Lada Hitam

    Ayam goreng lada hitam sangat sedap dan juga sesuai untuk ibu berpantang.

    Resepi ini mampu membuka selera ibu yang baru bersalin selain mempunyai khasiat yang tinggi.

  7. Resepi Ayam Goreng Kunyit

    Resepi ayam goreng kunyit untuk ibu berpantang mudag untuk dicuba.

    Bahan-bahan yang digunakan ringkas sahaja begitu juga dengan cara memasaknya.

    Kalau malas nak masak menu berpantang yang rumit, ayam goreng kunyit adalah pilihan yang tepat.

  8. Resepi Bubur Ayam

    Sekali-sekala ibu yang sedang berpantang akan rasa bosan makan nasi putih dengan lauk.

    Bubur ayam sangat sesuai untuk dijadikan pengganti nasi.

    Cara masak bubur ayam senang untuk dicuba dan hasilnya pasti tidak mengecewakan.

  9. Ayam Masak Kicap Berempah

    Resepi berkuah ini anda boleh jadikan sebagai menu berpantang.

    Rasanya sedap dan kena dengan selera. 

    Cara masak ayam masak kicap berempah ini lebih kurang sama dengan ayam kicap yang biasa.

  10. Resepi Ayam Goreng Berempah

    Bukan saja ibu berpantang yang suka dengan resepi ini, malah menjadi kegemaran kebanyakan orang.

    Ayam goreng berempah bagi ibu berpantang ini tinggi khasiatnya. Isi ayam yang putih berjus memberikan sumber protein yang di[erlukan oleh ibu berpantang.

    Ayam perlu diperap dahulu dengan bahan perapan untuk tempoh lebih kurang sejam.

    Bila nak makan, goreng ayam dengan minyak yang banyak supaya ayam masak sekata.

Resepi Masakan Ayam untuk Kanak-kanak

Ayam dengan kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan. Jarang ada yang menolak bila dihidangkan dengan menu ayam.

Yang banyak terjadi anak-anak tak nak makan nasi bila tiada ayam, pening kepala bila difikirkan.

Walaupun begitu, tidak semua jenis hidangan ayam digemari oleh kanak-kanak. Lebih-lebih lagi jika anda hidangkan menu ayam yang pedas.

Disini kami ingin kongsikan senarai masakan yang berasaskan ayam yang mesra dengan kanak-kanak.

  1. Resepi Ayam goreng Hitam Manis

    Ayam goreng hitam manis ini lebih kurang sama dengan ayam masak kicap.

    Kanak-kanak menggemari resepi ini kerana rasa kuahnya yang sedap dipadankan pula dengan ayam yang enak.

    Untuk masak ayam goreng hitam manis ini, ayam perlulah digoreng terlebih dahulu.

    Kemudian ayam dimasak bersama dengan bahan-bahan lain sehingga masak.

    Resepi ini boleh dikatakan agak mudah untuk dicuba.

  2. Resepi Ayam Madu

    Kalau dihidangkan ayam madu ini kepada kanak-kanak, memang tak cukup tangan la mereka nak pegang.

    Rasa ayam yang berjus, disalut pula dengan madu, menjadikan ia gabungan yang sempurna untuk kanak-kanak.

    Ayam madu biasanya dimakan begitu saja. Anda boleh masaknya didalam oven ataupun menggunkan airfryer.

  3. Resepi Ayam Panggang

    Ayam panggang kalau kena rasa bahan perapannya dengan selera kanak-kanak, memang mereka tidak tolak.

    Rasa ayam panggang yang garing dibakar dengan isi ayam putih berjus sangat sedap untuk dinikmati.

    Rahsia keenakan ayam panggang terletak pada bahan-behan yang digunakan untuk memerap ayam. 

  4. Resepi Ayam Masak Tomato

    Jangan tertukar ayam masak merah dengan ayam masak tomato.

    Cara masak kedua-dua resepi ini lebih kurang sama, yang membezakannya adalah bahan utama yang digunakan.

    Rasa ayam masak tomato ini sedikit masam dan ada rasa manis. Rasa ini mudah untuk diterima kanak-kanak.

    Ayam masak merah yang biasa pula ada rasa pedas-pedas sedikit kerana ia menggunakan cili kisar.

  5. Resepi Parmesan-crusted Chicken

    Bagi anak anda yang selalu memilih makanan, anda boleh mencuba resepi parmesan crusted chicken ini, ataupun ayam goreng rangup dengan keju parmesan.

    Ia adalah ayam bahagian isi atau dada yang dipotong kepada kepingan, kemudian digaul dengan keju parmesan dan beberapa bahan lain, seterusnya digoreng sehingga garing.

    Anak- anak pasti tidak menolak jika anda masak resepi ini untuk mereka.

  6. Resepi Popcorn Ayam

    Popcorn ayam adalah ayam yang dipotong kecil-kecil, biasanya bahagian isi, kemudian dicelup dengan celup tepung dan digoreng sehingga rangup.

    Merupakan pilihan yang selamat jika anda tiada idea nak amsak apa untuk anak-anak kecil.

    Hidangan yang digemari bukan saja oleh kanak-kanak, orang dewasa pun jarang yang menolak.

  7. Resepi Chicken Finger

    Bagi anda yang gemar membuat dan mencuba resepi homemade, resepi chicken finger ini wajib anda cuba.

    Chicken finger versi homemade boleh dikategorikan sebagai resepi sihat dan amat sesuai untuk anak-anak.

    Ada beberapa versi chicken finger ini. Anda boleh pilih resepi yang sesuai dengan anda.

  8. Resepi Ayam Buttermilk

    Ayam buttermilk ialah ayam goreng yang digaul dengan kuah buttermilk. 

    Ayam dipotong kecil kemudian digoreng celup tepung.

    Anda boleh masak ayam dengan kuah buttermilk terus ataupun kuah buttermilk dituang setelah ayam goreng masak.

    Anak-anak gemar resepi ini kerana ayamnya sedap dan rangup dan kuahnya yang lemak berkrim.

  9. Resepi Ayam goreng ala KFC

    Menu yang paling digemari anak-anak pastinya ayam goreng KFC.

    Tapi tidak semua orang berkesempatan untuk mengunjungi KFC.

    Anda boleh cuba resepi ayam goreng ala KFC ini untuk memenuhi keinginan anak-anaik anda.

Resepi Berasaskan Ayam untuk Bayi

Bila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, pasti anda teruja. 

Bayi anda tidak perlu lag bergantung sepenuhnya kepada susu untuk proses tumbesaran.

Tapi memilih makanan yang bersesuaian dengan bayi anda boleh jadi satu cabaran juga.

Bayi tidak boleh makan sebarangan makanan lagi dengan umur mereka yang masih kecil, tambahan perut mereka belum berkembang sepenuhnya.

Anda tidak perlu risau kerana zaman sekarang sudah tidak susah untuk mencari resepi makan bayi untuk dijadikan rujukan.

Kami ingin kongsikan dengan anda koleksi makanan bayi berasakan ayam yang anda boleh cuba.

  1. Resepi Bubur Ayam Sayur Campur

    Bubur sesuai untuk bayi kerana teksturnya yang lembut dan kurang pejal.

    Ia memudahkan proses makan dan penghadaman bayi.

    Bubur ayam sayur campur baik untuk bayi kerana lengkap dengan protein dan zat-zat lain.

  2. Resepi Bubur Nasi Sup Ayam

    Selain bubur ayam, anda boleh masak bubur nasi kosong dan dipadankan dengan sup ayam.

    Sup ayam mestilah menggunakan bahan-bahan yang yang bersesuaian untuk bayi.

    Khasiat sup ayam sangat baik untuk imuniti bayi.

  3. Resepi Nasi Ayam Untuk Bayi

    Nasi ayam versi untuk bayi pun ada.

    Anda boleh cuba resepi ini kerana ia mudah dan bayi anda pun pasti tak menolak.

    cara penyediaannya bukan sahaja mudah dan ringkas malah sangat sihat untuk bayi anda.

  4. Resepi Mee Sup Ayam

    Bagi mevariasikan lagi menu makanan bayi, anda boleh cuba resepi mee sup ayam pula.

    Mee yang digunakan biasanya mee khas yang diperbuat untuk bayi.

    Cara masak mee sup ayam ni senang sahaja dan menggunkan bahan-bahan yang biasa kita masak sup.

  5. Resepi jejari Ayam kentang

    Bagi bayi yang sudah pandai menggengam, jejari ayam kentang sangat sesuai untuk mereka.

    Selain khasiat da nutrisi jejari ayam, ia juga dapat membantu perkembangan motor bayi anda melalui genggaman.

    Proses penyediaan jejari ayam kentang ini  senang untuk anda cuba.

  6. Resepi Mee Bolognese

    Bukan saja anda, bayi pun boleh menikmati masakan western ni.

    Anda boleh cuba ssediakan mee bolognese pula untuk sikecil anda.

    Cara penyediaan yang mudah dan senang serta selamat untuk bayi anda.

  7. Resepi Nasi Jagung Ayam Grill

    Jika anda berikan nasi jagung untuk bayi anda , pasti berselera dia makan.

    Nasi jagung sesuai untuk bayi anda kerana rasa jagung digemari oleh anak kecil.

    Dipadankan pula dengan ayam grill yang sihat, sangat sesuai untuk bayi.

  8. Resepi Mee Tomato

    Jika anak anda suka makan mee, anda boleh cuba resepi mee tomato ini.

    Mudah untuk disediakan dan bahan-bahannya juga mudah untuk didapati.

  9. Resepi Bubur Labu Ayam

    Bubur labu ayam ini boleh dikatakan menu wajib bagi bayi.

    Bubur yang dimasak dengan labu dan ayam memberikan sumber nutrisi kepada bayi anda.

    Rasa manis labu membantu bayi anda makan dengan lebih berselera, anda pun puas hati.

Resepi Masakan Tengahari Berasaskan Ayam

Terdapat pelbagai jenis masakan tengahari yang sedap-sedap.

Lebih-lebih lagi menu masakan yang berasaskan ayam.

Jom tengok senarai masakan tengahari berasaskan ayam yang kami kongsikan ini.

  1. Resepi Ayam Masak Merah

    Ayam masak merah memang popular dijadikan lauk hidangan tenghari.

    Rasa ayam merah yang sedap memang kena dengan selera.

    Terdapat beberapa versi ayam merah. Ada yang pedas dan ada juga yang masam manis.

  2. Resepi Ayam Masak Kicap

    Ayam masak kicap juga sedap untuk dijadikan hidangan makan tengahari.

    Bertambah sedap jika dimakan dengan nasi putih panas-panas.

    Ada ayam masak kicap berkuah sikit dan ada juga versi berkuah banyak.

    Cara masak ayam kicap senang untuk anda cuba.

  3. Resepi Ayam Goreng Kunyit

    Ayam goreng kunyit merupakan hidangan ayam tanpa kuah.

    Anda boleh padankan ayam goreng kunyit dengan masakan berkuah lain seperti sup, tomyam ataupun singgang.

    Ayam goreng kunyit lengkap dengan protein dan sayur. Jadi anda tak perlu pening nak masak banyak lauk untuk makan tengahari.

  4. Resepi Ayam Masak Lemak Cili api

    Bagi penggemar masakan lemak cili api, anda boleh cuba resepi ayam masak lemak cili api ini.

    Rasanya sangat enak dan sedap untuk dijadikan menu makanan tengahari.

    Ada beberapa versi masak lemak cili api bergantung kepada selera setempat.

  5. Resepi Sup Ayam Thai

    Sup sedap dinikmati ketika cuaca sejuk seperti musim hujan.

    Dan menu sup ayam thai adalah pilihan tepat untuk dinikmati ketika makan tengahari pada musim hujan.

    Rasa sup ayam yang masam dan pedas sangat enak sekali.

  6. Resepi Kari Ayam

    Kari ayam sesuai untuk dijadikan menu makan tengahari.

    Menu ini sering dipadankan dengan acar timun, kobis goreng kunyit ataupun ikan kering.

    Ada beberapa jenis kari ayam yang anda boleh cuba seperti kari ayam santan ataupun tanpa santan.

  7. Resepi Ayam Masak Halia

    Ayam masak halia digemari oleh ramai orang lebih-lebih lagi kanak-kanak.

    Jika menu ini dihidang sebagai lauk makan tenghari, pasti menambah anak-anak anda makan.

    Cara masak ayam masak halia ini senang dan ringkas.

  8. Resepi Tom Yam Ayam

    Tomyam ayam sangat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.

    Padankan pula dengan telur dadar dan juga sayur seperti kailan ikan masin ataupun kangkung goreng belacan. Memang kena dengan selera lah.

    Jangan lupa pula dengan sambal belacan.

    Anda boleh cuba masak tomyam  ayam biasa ataupun tomyam ayam thai kerana cara masak lebih kurang sama.

  9. Resepi Ayam Masak Kurma

    Cara masak ayam masak kurma lebih kurang sama dengan kari ayam.

    Merupakan sejenis lauk berkuah yanag berasaskan santan dan rempah ratus.

    Biasanya dipadankan dengan nasi minyak. Makan dengan nasi putih pun sedap.

  10. Resepi Ayam Kerutuk

    Satu lagi menu ayam kategori berempah.

    Ayam kerutuk popular dinegeri pantai timur lebih-lebih lagi negeri Kelantan.

    Padankan menu masakan tengahari ini dengan acar timun dan juga sambal belacan, menambah nasi nanti.

  11. Resepi Ayam Masak Bali

    Bagi penggemar ayam masak merah, anda boleh cuba ayam masak bali ini sebagai hidangan makan tengahari.

    Ini kerana penampilannya lebih kurang sama. Cuma ayam masak bali rasanya lebih berempah.

    Cara masaknya juga lebih kurang sama. Jika anda mahukan kelainan, anda boleh cuba resepi ini.

  12. Resepi Ayam Kam Heong

    Ayam Kam Heaong ialah sejenis masakan cina.

    Ia seakan-akan ayam masak kicap.

    Cara masaknya senang dan ringkas, tapi rasanya sangat sedap.

    Sesuai untuk dijadikan menu hidangan makan tengahari.

  13. Resepi Asam Pedas Ayam

    Penggemar asam pedas pasti suka resepi ini.

    Asam pedas ayam sangat sedap jika betul cara masak dan bahan-bahannya.

  14. Resepi Ayam Goreng Berempah

    Rasa ayam goreng yang rangup dan juga isi ayam putih berjus, pasti menambat selera siapa sahaja.

    Kelazatan ayam goreng berempah terletak pada bahan perapannya.

    Cara buat bahan perapannya mudah untuk anda cuba.

    Ayam goreng berempah boleh dipadankan dengan sambal belacan dan juga hidangan berkuah seperti kari dan juga sup.

  15. Resepi Ayam Goreng Mamak

    Sama seperti ayam goreng berempah, ayam goreng mamak ini juga ramai penggemarnya.

    Dimakan panas-panas bersama dengan nasi dan dipadankan pula dengan kari, menjadikan ia satu gabungan hidangan makan tengahri yang lengkap.

    Ayam perlu diperap terlebih dahulu selama beberapa jam bagi mendapatkan rasa yang betul-betul sedap.

  16. Resepi Paprik Ayam

    Paprik ayam pun sedap untuk dijadikan lauk makan tengahari.

    Sejenis masakan yang ringkas namun lengkap dengan protein dan sayur-sayuran.

    Rasanya seakan-akan tomyam tapi versi tidak berkuah.

  17. Resepi Ayam Black Pepper

    Ayam black pepper juga sedap untuk dinikmati sebagai hidangan makan tenghari.

    Cara penyediaannya yang mudah dan cepat sesuai untuk dijadikan pilihan bagi anda yang tidak mempunyai banyak masa didapur.

    Rasanya yang sedap dan ada rasa sedikit pedas-pedas lada hitam pasti mengikat selera anda.

  18. Resepi Ayam Kukus Halia Chinese Style

    Ayam kukus halia chinese style ni mudah untuk dimasak dan sesuai untuk dijadikan hidangan makan tengahari.

    Isi ayam yang dikukus sangat sedap, ditambah pula dengan rasa kuah halia yang manis-manis, enak untuk dinikmati.

    Ayam yang dikukus dipotong saiz besar dahulu kemudian ketika hendak dihidang baru dipotong kecil-kecil.

  19. Resepi Ayam Masak Thai

    Ayam masak Thai ialah sejenis ayam yang dimasak tumis dengan serai, daun limau purut dan beberapa bawang lain.

    Menu ini sedap untuk dinikmati sebagai hidangan makan tenghari.

    Cara memasak lebih kurang sama dengan ayam masak merah, yang berbeza cuma bahan-bahan.

  20. Resepi Ayam Phat Phet

    Satu lagi resepi masakan thai yang sedap untuk dijadikan hidangan makan tengahari.

    Sekali pandang, ayam phat phet ini nampak lebih kurang sama dengan rendang ayam.

    Namun rasanya berbeza. Makanan asli thai ini mempunyai rasa masam manis dan ada rasa serai.

    Sedap jika dipadankan dengan telur dadar.

  21. Resepi Ayam Buttermilk

    Ayam buttermilk pun sesuai untuk dijadikan lauk makan tengahari.

    Bagi anda yang gemar makan masakan ala western, anda boleh cuba resepi ini.

    Mudah saja cara nak masaknya. Ayam perlu digoreng terlebih dahulu, kemudian dimasak pula dengan buttermilk.

  22. Resepi Gulai Ayam

    Bagi negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan, lauk ayam gulai sudah menjadi kebiasaan untuk dihidang sebagai lauk makan tengahari.

    Gulai ayam sangat sedap jika dipadankan dengan acar timun, kobis goreng kunyit ataupun tresek. Ada pula sambal belacan, memang menambah la makan.

    Cara masak gulai ayam lebih kurang sama dengan kari ayam. 

  23. Resepi Ayam Goreng Madu

    Selain dimakan begitu saja, ayam goreng madu juga sedap dijadikan lauk makan tengahari.

    Ayam goreng madu perlu diperap dahulu sebelum digoreng. Cara buat bahan perapan ayam madu ni senang untuk dicuba.

    Ayam yang digunakan biasanya dipotong kepada bahagian kecil.

  24. Resepi Ayam Popcorn

    Kalau anda ada anak kecil, menu ayam popcorn ini sesuai untuk dihidang.

    Bukan saja kanaj-kanak, orang dewasa pun menggemari masakan ini kerana rasanya yang sedap dan rangup.

    Ayam dipotong kepada bahagian kecil sebelum digaul dengan tepung, kemudian digoreng rangup.

  25. Resepi Ayam Goreng Korea

    Ayam goreng pedas korea adalah antara masakan korea yang semakin popular di negara kita.

    Semenjak drama korea dan juga muzik K-Pop menjadi kegemaran sebahagian rakyat Malaysia, budaya mereka sedikit sebanyak meresap masuk bersama. 

    Antara yang tidak ketinggalan ialah masakan mereka.

    Ayam goreng korea ini biasanya dimakan begitu sahaja bersama sosnya.

    Tapi ayam goreng korea ini boleh saja dimakan bersama nasi dan rasanya juga sedap.

  26. Resepi Ayam Sweet Sour

    Ayam Sweet Sour sedap untuk dihidang sebagai makanan tengahari.

    Rasanya yang masam dan manis enak dimakan bersama nasi putih.

    Anak-anak pun suka jika dimasak tidak pedas.

    Ayam dipotong kecil-kecil kemudian dicelup tepung sebelum digoreng.

    Kemudian barulah dimasak dengan kuah sweet sour. Cara masak yang senang dan ringkas.