Resepi Kerutuk Ayam Cara Kelantan

8 May 2023 723
Resepi Ayam
Resepi kerutuk Ayam Kelantan

Bahan-bahan Kerutuk Ayam

  • 1/2 ekor ayam
  • 2-3 sudu besar rempah kerutuk
  • Rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, w biji buah pelaga, 4 kuntum bunga lawang, 4 kuntum binga cengkih)
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 1 batang serai diketuk
  • 1-2 keping asam gelugur
  • 200-400 ml santan
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1/2 keping nissang/ gula melaka
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan - bahan Kisar

  • 3-5 biji bawang merah
  • 2-4 ulas bawang putih
  • 1-2 cm halia
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 Collapse

    Cara Masak Kerutuk Ayam


    • 1. Potong ayam kepada saiz sederhana kecil. Basuh ayam dan toskan airnya biar kering.
    • 2. Kisar bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih dan juga halia. Bagi bahan seperti biji ketumbar, jintan manis dan jintah putih perlulah disangai terlebih dahulu sebelum dikisar halus.
    • 3. Anda boleh bancuh rempah kerutuk dengan sedikit air sehingga menjadi seperti pes.
    • 4. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bahan yang telah dikisar halus tadi bersama dengan rempah 4 sekawan. Tumis sehingga bahan menjadi kekuningan dan naik bau wangi.
    • 5. Setelah bahan tumis sedikit kering, anda boleh masukkan bancuhan rempah kerutuk tadi. Masukkan sekali cili kisar, dan juga serai. masak sehingga pecah minyak.
    • 6. Setelah pecah minyak, masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut dan kering air.
    • 7. Kemudian masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Setelah santan mendidih, anda boleh masukkan asam keping, kerisik dan juga nisan ataupun gula melaka.
    • 8. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda. Tambahkan sedikit serbuk perasa kegemaran anda jika anda mahu.
    • 9. Biarkan ia medidih dengan api yang kecil selama 20-30 minit. Kerutuk ayam anda siap untuk dihidang.

Kali ini kami ingin kongsikan resepi Kerutuk Ayam.

Kerutuk ayam ni popular dinegeri pantai timur lebih-lebih lagi negeri Kelantan.

Masakan kelantan ni unik sehinggakan terdapat masakan yang hanya boleh dijumpai dikelantan sahaja.

Selain itu pelbagai jenis masakan yang biasa kita makan ada versi Kelantan yang tersendiri.

Ayam kerutuk ialah sejenis masakan berkuah santan. Cara masak kerutuk ayam lebih kurang sama dengan masak kari.

Untuk masak kerutuk, anda perlu gunakan rempah khas untuk kerutuk. Tapi jangan risau, rempah kerutuk ini mudah untuk didapati di mana-mana kedai.

Ayam masak kerutuk ini biasanya dimakan bersama dengan nasi minyak ataupun nasi putih. Ia juga sesuai dipadan kan dengan acar timun dan juga sambal belacan.

Seperti resepi kari ayam, kerutuk ayam ni senang untuk anda cuba.

Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak ayam masak kerutuk ini tidaklah banyak.

Antara bahan-bahan utama ialah rempah kerutuk, cili kisar, rempah empat beradik , halia dan serai. Anda boleh semak kesemua bahan yang digunakan di senarai bahan-bahan.

Untuk mendapatkan rasa kerutuk asli kelantan, anda bolehlah beli rempah kerutuk dari kelantan secara talian. Namun begitu, anda boleh juga gunakan rempah kerutuk jenama-jenma lain, rasanya tidak jauh beza.

Untuk masak ayam kerutuk, ayam yang anda ingin gunakan perlulah dipotong kepada saiz sederhana ataupun saiz biasa.

Sebelum memasak, anda bolehlah bancuh dahulu rempah kerutuk dengan sedikit air sehingga menjadi bentuk pes. Ini bagi memudahkan proses menumis rempah nanti.

Kemudian anda perlu kisar halus bawang merah, bawang putih dan juga halia. Bagi bahan seperti biji ketumbar, jintan manis dan juga jintan putih perlulah disangai terlebih dahulu bagi mendapatkan rasa kerutuk yang lebih enak. Anda boleh kisar bahan sangai dengan bahan-bahan kisar tadi.

Serai pula perlu diketuk dahulu sebelum digunakan.

Setelah semua bahan siap disediakan, anda sudah boleh mula memasak.

Langkah pertama anda perlu tumis bahan kisar dengan rempah empat beradik iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna kekuningan.

Kemudian masukkan pes rempah kerutuk yang anda bancuh tadi. Masukkan sekali cili kisar dan juga serai.

Tumis sekali lagi sehinggga masak dan pecah minyak. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut dan kering air.

Seterusnya anda boleh masukkan santan. Masukkan santan ikut kepekatan yang anda inginkan. Masak sehingga kuah mendidih dan juga terbit minyak.

Setelah mendidih, masukkan kerisik, asam keping dan juga nisan( gula melaka). Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Jika anda suka, anda boleh masukkan serbuk perasa kegemaran anda.

Setelah masak, anda boleh hidangkan kerutuk ayam anda.

Jangan lupa kongsikan resepi ayam masak kerutuk ini dengan keluarga dan juga rakan-rakan anda di Facebook dan juga group Whatsapp.

Anda boleh semak senarai penuh bahan-bahan dibawah ini.