Resepi Tomyam Ayam Santan, Lemak Berkrim

12 May 2023 759
Resepi Ayam
Resepi Tomyam Ayam Santan

Sekali-sekala bolehlah anda cuba masak tomyam ayam santan pula.

Tomyam ayam santan sedikit berlemak dan berkrim dan rasanya juga sedap.

Merupakan masakan thai yang popular dinegara kita.

Tomyam ayam santan sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Sangat sedap jika dipadankan dengan kailan ikan masin dan juga telur dadar. 

Anda juga boleh gandingkan dengan sambal belacan ala kedai siam.

Cara masak tomyam ayam santan ini mudah dan cepat.

Anda boleh tengok cara masak tomyam ayam santan dibawah.

Bahan-bahan Tomyam Ayam Santan

  • 1/2 ekor ayam
  • 2-3 sudu besar pes tomyam
  • 2-3 batang serai (diketuk)
  • 2-3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1-2 akar ketumbar
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 3-5 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (ambil perahan airnya)
  • 100ml-200ml santan
  • lobak merah
  • bunga kobis
  • 1-2 biji tomato ( dipotong 4)
  • 1 biji bawang besar (potong kasar)
  • gula
  • garam
  • 1 Collapse

    Cara Masak Tomyam Ayam santan


    • 1. Potong ayam kepada bahagian sederhana kecil. Basuh bersih kemudian toskan airnya sehingga kering.
    • 2. Panaskan sedikit minyak didalam periuk yang bersesuaian untuk masak tomyam. Gunakan sedikit minyak sahaja untuk menumis pes tomyam.
    • 3. Masukkan pes tomyam dan tumis sekejap sehingga hampir kering.
    • 4. Kemudian anda boleh masukkan bawang putih, lengkuas, akar ketumbar dan juga juga serai. Masak sekejap biar semua bahan meresap sekata.
    • 5. Seterusnya masukkan santan dan sedikit air. Masak sehingga mendidih. Air tidak perlu terlalu banyak nanti kuah tomyam anda terlalu cair. Masukkan juga daun limau purut.
    • 6. Setelah mendidih, perasakan dengan sedikit garam dan gula. Masukkan perahan air limau nipis mengikut rasa masam yang anda inginkan.Jika sudah dapat rasa yang anda inginkan, anda bolehlah masukkan ayam. Masak sehingga isi ayam masak dan putih.
    • 7. Sementara ayam masak, anda boleh masukkan terus lobak merah dan juga bunga kobis.
    • 8. Sekiranya ayam, lobak merah dan juga bunga kobis sudah masak, anda bolehlah masukkan tomato dan juga bawang besar. Masak sekejap sampai tomato hampir layu.
    • 9. Tomyam Ayam santan anda sudah sedia untuk diangkat. Selamat menjamu selera.

Langkah pertama sebelum anda mula memasak ialah proses penyediaan bahan-bahan.

Ayam boleh dipotong kepada bahagian kecil mengikut saiz kegemaran anda.

Bawang putih, serai dan juga lengkuas perlu diketuk atau ditumbuk.

Sayur seperti lobak dan bunga kobis dipotong kecil-kecil seperti yang biasa dimasukkan didalam tomyam.

Tomato dan juga bawang besar dibelah empat atau enam.

Anda boleh tengok cara masak tomyam ayam santan dibawah.

jangan lupa kongsikan resepi ini dengan kelarga dan juga rakan-rakan anda di Facebook dan juga group Whatsapp, mesti mereka ingin mencuba hasil air tangan anda.