Resepi Tomyam Putih Ayam: Hidangan Seisi Keluarga
Kali ini kami ingin kongsikan resepi yang bukan sahaja sedap dan lazat, malah ringkas dan cepat untuk disediakan.
Resepi Tomyam Putih Ayam ini tidak lagi asing bagi kita masyarakat Malaysia. Resepi yang berasal dari negara jiran kita iaitu Thai ini merupakan masakan kegemaran sebilangan besar orang kita.
Berbeza dengan tomyam thai yang lain, masakan ini memiliki kuah yang putih jernih dan rasanya kurang pedas berbanding resepi yang lain. Tetapi kepedasan masakan tomyam ayam putih ini bergantung kepada cili padi yang anda gunakan.
Resepi ini boleh dikategorikan sebagai resepi ayam yang agak popular. Jangan lupa masukkan ke dalam senarai koleksi resepi ayam anda.
Selain dari resepi ini, ada lagi masakan Thai yang digemari ramai seperti siakap tiga rasa, sup ayam thai, siakap steam dan juga kari hijau.
Anda boleh juga mencuba resepi tomyam ayam yang lain seperti resepi tomyam ayam simple, resepi tomyam ayam thai dan juga resepi tomyam ayam santan.
Jom tengok bahan-bahan yang anda perlukan untuk masak tomyam ayam putih ini.
Bahan-bahan Tomyam Putih Ayam
- 1/2 ekor ayam
- 2-3 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 3-5 biji cili padi
- 1 biji bawang besar holland ( hiris separuh bulat)
- 1-2 biji tomato
- lobak merah
- bunga kobis
- 2-4 helai daun limau purut
- 2-3 biji limau nipis ( Ambil perahan airnya)
- cendawan tiram
- kiub pati ayam
- garam
- gula
- Serbuk perasa
-
1 Collapse
Cara masak Tom Yam Putih Ayam Simple
- 1. Sediakan semua bahan yang diperlukan supaya proses memasak anda lancar. Potong ayam dan sayuran kemudian basuh bersih.
- 2. Gunakan periuk yang bersesuaian untuk memasak tomyam putih ini. Masukkan air mengikut kuantiti yang bersesuaian dengan kuantiti ayam yang anda gunakan. Buka api dan panaskan air tadi.
- 3. Sementara menunggu air mendidih, anda boleh masukkan bahan-bahan seperti serai, lengkuas, bawang holland dan bawang putih. Biarkan bahan-bahan tadi sehingga air mendidih.
- 4. Setelah air mendidih, masukkan kuib pati ayam dan juga isi ayam tadi. Renehkan sehingga ayam hampir masak.
- 5. Kemudian masukkan daun limau purut yang telah dibuang uratnya dan juga cili padi. Jika ayam sudah hampir masak, anda sudah boleh masukkan sayur seperti lobak merah, bunga kobis dan juga cendawan.kan kuah mendidih seketika.
- 6. Seterusnya masukkan perahan air limau nipis untuk menambahkan rasa masam yang menyegarkan. Masukkan sedikit soso ikan untuk menambahkan kelazatan rasa tomyam putih.
- 7. Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu. tambah mengikut citarasa yang anda mahukan.
- 8. Jika semua bahan sudah masak, masukkan pula tomato dan juga bawang holland. Akhir sekali masukkan daun ketumbar untuk membangkitkan aroma tomyam putih.
- 9. Tomyam Putih ayam anda sedia untuk dihidang.
Penyediaan Bahan-bahan Tomyam Putih
Sebelum mula memasak, anda perlulah menyediakan semua bahan dahulu bagi memudahkan proses memasak nanti.
Mula-mula sediakan ayam dahulu, potong ayam kepada saiz sederhana kecil. Basuh bersih ayam kemudiah toskan airnya. Ketepikan dahulu sementara menyediakan bahan lain pula.
Ketuk atau tumbuk bahan-bahan seperti lengkuas, bawang putih dan juga serai.
Potong sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kobis dan juga cendawan tiram kepada saiz yang bersesuaian. Cendawan tiram anda boleh carik-carikkan sahaja. Bagi tomato dan juga bawang holland, anda hanya perlu belah empat atau enam, tidak perlu dipotong kecil-kecil.
Buang urat daun limau purut bagi mengelakkan kuah tomyam putih anda rasa pahit. Perah buah limau nipis dan ambil air perahannya.
Tips dan Petua memasak Tom Yam Putih
Pastikan rasa kuah tomyam sudah sempurna sebelum masukkan sayur-sayuran bagi mengelakkan sayur layu dan hilang kesegaran sayur.
Masukkan tomato dan bawang holland bila semua bahan-bahan lain sudah masak kerana tomato dan bawang holland cepat layu dan hancur.
Jangan masak kuah terlalu lama kerana nanti ayam terlalu masak dan hilang kesegaran ayam.
Jika anda tiada limau nipis, anda boleh gantikan dengan jus limau botol ataupun bancuhan air asam jawa.
Khasiat dan Manfaat Bahan dalam Resepi Tomyam Putih
Setiap bahan yang digunakan dalam resepi ini mempunyai khasiat yang tersendiri. Antaranya
- Ayam: Sumber protein yang baik untuk membantu pembinaan tisu dan memperbaiki sel-sel tubuh.
- Serai: Membantu meningkatkan sistem pencernaan dan mempunyai sifat antimikrobial.
- Daun Limau Purut: Mengandungi antioksidan dan anti-radang yang dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
- Halia: Mempunyai sifat anti-radang dan membantu mengurangkan rasa loya serta meredakan ketegangan otot.
- Lengkuas: Membantu memperbaiki pencernaan dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
- Cendawan: Sumber zat besi, vitamin B, dan serat yang baik untuk kesihatan darah dan sistem pencernaan.
- Cili padi: Mengandungi kapsaisin yang dapat membantu meningkatkan metabolisma dan meredakan sakit.
- Air asam jawa: Kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang dapat meningkatkan sistem imun.
Mengapa Anda Perlu Mencuba Resepi Tomyam Putih Ini
- Keunikan citarasa: Tomyam putih menyajikan kombinasi rasa pedas, masam, dan enak yang memukau selera anda. Rasai keharmonian rasa yang unik dalam setiap suapan.
- Mudah dan cepat: Resepi ini mudah diikuti dengan langkah-langkah penyedian yang ringkas, dan anda dapat menyediakannya dalam masa yang singkat.
- Bahan-bahan mudah didapati: Bahan-bahan untuk tomyam putih mudah ditemui di pasaraya atau pasar basah.
- Sesuai untuk seisi keluarga: Hidangan ini sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, dan anda boleh menyesuaikan pedas dan rasa mengikut citarasa setiap individu.
Jom Kongsikan Resepi Ini dengan Rakan dan Keluarga Anda!
Jangan lupa kongsikan artikel resepi tomyam putih ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda di media sosial seperti Facebook, Whatsapp, dan Twitter. Biar mereka juga dapat menikmati hidangan yang lazat ini dan merasai keunikan tomyam putih versi anda. Selamat mencuba dan selamat menikmati tomyam putih yang menyelerakan ini!