Resepi Rendang Ayam Sedap Dan Senang
Bahan-bahan Rendang Ayam Sedap
- 1 ekor ayam
- 1 kilo santan
- 1-2 senduk cili kisar
- 2-3 sudu besar kerisik
- 1-2 helai daun kunyit
- 2-5 helai daun limau purut
- 2-3 keping asam gelugur
- garam
- gula
Bahan-bahan Kisar
- 1-2 biji bawang besar
- 6-8 ulas bawang putih
- 2 inci kunyit hidup
- 2-3 inci halia
- 2-3 inci lengkuas
- 3-4 batang serai
-
1 Collapse
Cara Masak Rendang Ayam Sedap
- 1. Potong ayam kepada bahagian kecil jika ayam belum dipotong. Basuh bersih, bilas dan toskan air ayam hingga kering.
- 2. Kisar halus bahan-bahan yang peru dikisar. Masukkan sedikit air bagi memudahkan bahan dikisar lumat.
- 3. Kemudian anda boleh panaskan minyak didalam kuali untuk menumis bahan kisar. Kuantiti minyak mengikut jumlah bahan kisar.
- 4. Tumis bahan kisar dan juga cili kisar sehingga masak dan pecah minyak. Api jangan terlalu besar bagi mengelakkkan bahan tumis cepat hangus. Bahan tumis akan bertukar warna sedikit gelap jika sudah hampir masak.
- 5. Setelah bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut dan air ayam kering.
- 6. Seterusnya masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan pecah minyak. Masak dengan menggunakan api sederhana sahaja.
- 7. Setelah pekat bahan-bahan tadi, anda boleh masukkan kerisik dan juga asam keping. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
- 8. Jika rasa rendang ayam anda sudah sempurna, bolehlah masukkan hirisan daun kunyit dan juga daun limau purut. Gaul sehingga aroma daun kunyit sekata dengan kuah rendang.
- 9. Rendang ayam anda sudah sidap untuk diangkat. Selamat menjamu selera.
Bila raya dah nak dekat, rendang ayam mesti menjadi pilihan utama untuk dijadikan juadah hari raya.
Jadi sudahkah anda bersedia nak masak rendang ayam?
Jangan risau, jika anda tak pernah masak rendang ayam, anda boleh ikut resepi yang ingin kongsikan ini, kerana cara masak rendang ayam mudah sahaja sebenarnya.
Rendang ayam ni antara menu wajib yang dihidangkan di pagi raya.
Kalau anda rasa dah tak sempat nak tempah, boleh masak sendiri je.
Rendang dikatakan berasal dari masyarakat minangkabau dan popular dalam masyarakat melayu Malaysia dan juga Indonesia.
Selain daripada dijadikan judah hari raya, rendang juga sering menjadi pilihan untuk majlis-majlis keraiaan seperti majlis kesyukuran,jamuan disekolah atau pejabat , majlis khatam Al-Quran dan pelbagai lagi.
Rendang ayam biasanya padankan dengan pelbagai juadah lain seperti lemang, ketupat, pulut kuning dan juga nasi himpit.
Rendang merupakan antara hidangan ayam berkuah santan, namun kuahnya tidaklah begitu ketara. Sekali-sekala bolehlah anda cuba masak sendiri resepi rendang ayam ni, mudah saja caranya.
Jangan lupa masukkan resepi ini dalam koleksi resepi ayam anda.
Kadang-kadang orang keliru antara rendang dengan kari kerana penampilan rendang dan kari lebih kurang sama. Bezanya mungkin kari ayam lebih berkuah berbanding rendang dimana kuahnya lebih pekat.
Rasa rendang lebih beraroma kerana menggunakan bahan seperti daun kunyit dan juga daun limau purut.
Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak rendang ayam ialah santan, kerisik, cili kisar, asam keping dan juga beberapa jenis bahan yang dikisar halus. Untuk senarai lengkap bahan-bahan, anda boleh semak di bahagian resepi.
Sebelum mula memasak, antara bahan yang perlu anda sediakan ialah ayam.
Potong ayam kepada bahagian kecil engikut saiz kegemaran anda. Kemudian basuh bersih dan bilas ayam. Toskan ayam biar kering airnya. Ketepikan dahulu.
Kemudian sediakan bahan yang perlu dikisar pula. Potong kecil-kecil supaya mudah proses untuk mengisar. Jangan lupa masukkan sedikit air supaya bahan-bahan mudah lumat.
Sekiranya semua bahan sudah disediakan, anda sudah boleh mula memasak. Anda boleh semak cara-cara memasak rendang ayam di bawah.
Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan juga rakan-rakan anda di Facebook dan juga group Whatsapp.