Resepi Nasi Ayam Yang Mudah Dan Sedap

30 November 2021 1201
Ayam Nasi

Maklumat

Hidangan 4 orang
Masa 1 jam

Bahan-bahan Rebusan Ayam

  • 1 ekor ayam saiz sederhana, potong 8
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 1 inci halia - tumbuk halus
  • 1 kiub pati ayam

Bahan- bahan untuk Perapan Ayam

  • 1-2 sudu besar kicap pekat
  • 1-2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 susu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar madu
  • sedikit gula kabung
  • 1 inci halia - tumbuk halus
  • 2 biji bawang putih - tumbuk halus

Bahan-bahan untuk Nasi Ayam

  • 3 cawan beras biasa
  • air rebusan ayam - sukatan secukupnya untuk memasak nasi
  • 2 sudu besar majerin pelangi ataupun planta
  • 1/2 inci halia - hiris nipis
  • 2 biji bawang putih - tumbuk halus
  • 2 ulas bawang merah - tumbuk halus
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 -4 bunga lawang
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 kiub pati ayam - pilihan
  • sedikit kunyit untuk warna
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan Sup

  • air rebusan ayam
  • 1/2 biji bawang besar - kisar halus
  • 2 biji bawang putih - kisar halus
  • rempah sup bunjut
  • daun sup- hiris dan tabur
  • daun bawang - hiris dan tabur
  • bawang goreng
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan Sos (Sambal Cili)

  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili padi - pilihan (mengikut kepedasan)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Kuah Kicap

  • baki kuah kicap perapan ayam
  • kicap manis
  • air rebusan ayam
  • garam secukup rasa

Bahan Ulam dan Salad

  • Salad Bulat
  • Tomato
  • timun batang
  • Langkah 1 Collapse

    Cara menyediakan ayam untuk Nasi Ayam


    • 1. Langkah pertama, basuh ayam dan potong mengikut potongan yang dikehendaki. Kalau anda nak masak seekor terus pun boleh.
    • 2. Lumurkan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus tadi.
    • 3. Kemudian rebus yam bersama kiub pati ayam . Api jangan terlalu besar ,nanti ayam terlebih masak dan kecut.
    • 4. Setelah ayam hampir masak, anda bolehlah angkat dan seterusnya perap ayam dengan bahan perapan pula. Perap ayam sekurang-kurangnya setengah jam untuk mendapat rasa yang sebati. Anda boleh meneruskan penyediaan bahan seterusnya sementara ayam diperap. Tapi ingat, air rebusan ayam jangan dibuang, ia akan digunakan untuk memasak nasi dan sos nanti.
    • 5. Setelah anda puas hati dengan tempoh perapan, anda sudah boleh mula menggoreng ayam. Tapi ayam tidak terhad kepada menggoreng saja, anda boleh variasikan penyediaan ayam, sama ada nak goreng, bakar atau panggang dalam oven. Pastikan ayam sedikit garing untuk menambahkan lagi keenakanya.
  • Langkah 2 Collapse

    Cara memasak Nasi Ayam yang enak.


    • 1. Basuh beras sehingga bersih, toskan dan ketepikan dahulu.
    • 2. Panas kan majerin/ planta didalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah ,bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis bersama dengan daun pandan, halia sehingga hampir garing dan layu. Anda juga boleh terus menumis di dalam periuk nasi. Terpulang cara mana mengikut keselesaan anda.
    • 3. Kemudian masukkan beras, gaul sehingga sebati. Masak seketika sehingga naik aroma. Jika anda menumis di dalam kuali, pindah kan semua bahan ke dalam periuk nasi.
    • 4. Masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan untuk memasak nasi seperti biasa.
    • 5. Tambah sedikit garam untuk bangkitkan rasa lemak dan sedikit kunyit untuk warna dan aroma.
    • 6. Biarkan nasi masak seperti biasa. Setelah masak, taburkan sedikit bawang goreng. Sementara nasi masak anda boleh ke bahagian seterusnya..
  • Langkah 3 Collapse

    Cara memasak Sup untuk Nasi Ayam


    • 1. Memasak sup untuk nasi ayam ini adalah sangat mudah. Anda hanya perlu mendidihkan air rebusan ayam tadi bersama dengan bawang besar dan rempah sup bunjut.
    • 2. Setelah mendidih, perasakan dengan sedikit garam mengikut citarasa anda. Kemudian taburkan sedikit hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  • Langkah 4 Collapse

    Cara menyediaka Sos ( Sambal Cili ) untuk Nasi Ayam


    • 1. Kisar halus cili merah, cili padi, bawang putih dan halia. Cili padi hanya untuk menambahkan kepedasan, jika anda tidak letak pun tidak mengapa. Cili padi bukan bahan wajib.
    • 2. Kemudian masak bahan yang dikisar tadi bersama sedikit air rebusan ayam untuk bangkitkan aroma. Tambah sedikit cuka untuk rasa masam. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa anda.
  • Langkah 5 Collapse

    Cara menyediakan Kuah Kicap untuk Nasi Ayam


    • 1. Campurkan baki bahan perapan ayam tadi dengan sedikit air rebusan ayam mnegikut kepekatan yang anda mahukan.
    • 2. Tambah sedikit kicap manis dan perasakan dengan garam jika perlu. Masak sehingga mendidih .

Salam sejahtera semua. Edisi kali ini di JBS, kami akan kongsikan dengan anda cara memasak nasi ayam yang sedap dan mudah diikuti oleh semua orang. Nasi ayam amat lazim dengan masyarakat Malaysia kerana ia bukan sahaja hidangan yang hampir lengkap nutrisi nya, malah mudah diterima oleh semua golongan, dari kanak-kanak sehinggalah ke warga emas.

 

Seperti yang akan anda lihat dibawah nanti, Resepi nasi ayam kali ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, yang biasa terdapat di dapur anda semua.

 

Di bawah nanti, kami bahagikan proses menyediakan nasi ayam kali ini kepada beberapa bahagian, supaya mudah bagi anda untuk mencuba sendiri nanti.

 

Bahagian pertama, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara penyediaan ayam untuk nasi ayam ini. Kami nasihatkan anda untuk ikuti betul-betul langkah dalam bahagian ini, kerana ada bahan dalam bahagian ini yang akan digunakan dalam bahagian seterusnya. Ingat, jangan derhaka resepi, tak menjadi nanti.

 

Bahagian kedua pula kami kongsikan cara memasak nasi untuk nasi ayam ini. Nanti anda akan tahu bagaimana cara menyediakan nasi ayam yang x lembik dan enak di makan. 

 

Pada bahagian ke tiga, kami akan tunjukkan cara menyediakan sup untuk nasi ayam ini. Penyediaan sup ini agak mudah kerana ia menggunakan bahan dari bahagian pertama. 

 

Bahagian seterusnya pula ialah penyediaan sos ataupun sambal cili. Anda pasti sedia maklum yang sos untuk nasi ayam berbeza dengan sos untuk hidangan lain. Biasanya sos nasi ayam ni sedikit manis dan kurang pedas, ianya juga agak cair. Salah penyediaan, rosak rasa nasi ayam anda nanti. 

 

Bahagian kelima pula penyediaan kuah kicap. Kuah kicap untuk nasi ayam ni juga menggunakan bahan dari bahagian terdahulu. Jangan risau, proses penyediaannya mudah sahaja. 

 

 Bahagian terakhir ialah bahagian yang paling mudah dan ringkas iaitu penyediaan salad. 

 

Okay sebelum memasak, jom kite cek bahan-bahan yang anda perlukan dahulu.