4 Resepi Perapan Ayam Bakar Yang Lazat (nombor 4 Resepi Untuk Semua)

16 December 2022 625

4 resepi Ayam Bakar yang lazat
4 Resepi Ayam Bakar

Ayam bakar adalah makanan kegemaran ramai terutama bagi peminat acara BBQ. Ia adalah pilihan yang sihat dan kaya protein yang boleh digandingkan dengan pelbagai jenis hidangan lain dan sos untuk menghasilkan hidangan yang lazat dan mengenyangkan.

Terdapat pelbagai jenis resepi untuk membakar ayam, daripada resepi jenis perapan dan sapuan kepada rempah ratus dan sos.

Rahsia utama kelazatan ayam bakar tentulah bermula dari ayam itu sendiri, pastikan anda mendapatkan ayam yang segar untuk dibakar. Pilih isi dada ayam yang bersaiz sekata dan tidak terlalu tebal, kerana ia akan masak lebih sekata bila dibakar. Jika isi ayam sangat besar, anda boleh menumbuk atau mengetuk isi ayam tersebut sehingga ketebalan yang sama supaya ia masak dengan sekata.

Semasa membakar ayam, penjagaan api adalah sangat penting. Api yang sesuai membantu anda membakar ayam yang sempurna, garing terbakar pada bahagian luar dan lazat berjus dibahagian dalam. Satu lagi rahsia kelazatan ayam bakar ialah mengelakkan ayam terlalu masak. Ayam yang terlalu masak akan menjadi lebih kering dan rasanya kurang enak. Terus keluarkan ayam dari api jika ayam sudah masak.

Terdapat pelbagai cara untuk menikmati ayam bakar. Ia biasanya dihidangkan bersama sos seperti Sos Barbeque (BBQ), Sos Thai dan juga Sos Pencicah. Selain itu, ayam bakar seringkali dinikmati bersama hidangan lain seperti Nasi Kerabu Ayam Bakar, Nasi Goreng Ayam Bakar dan pelbagai lagi.

Jom kami kongsikan dengan anda 4 resepi ayam bakar yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

  • 1 Collapse

    Resepi Ayam Bakar Barbeque (BBQ)


    Ayam Bakar Barbeque adalah antara resepi ayam bakar yang paling popular. Resepi ini sering menjadi pilihan utama untuk dijadikan menu majlis berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan. 

    Sambil membakar ayam bolehlah bersembang dan bercerita bersama rakan atau pun ahli keluarga. Makin erat hubungan silaturrahim nanti, ditambah pula dengan rasa ayam yang lazat.

    Cara menyediakan ayam bakar bbq ini sangat mudah. Kunci utama keenakannya adalah bahan-bahan yang digunakan sebagai perapan. Sila ke pautan Ayam Bakar Barbeque(BBQ) untuk senarai bahan-bahan dan juga langkah-langkah penyediaan.

  • 2 Collapse

    Resepi Ayam Bakar Berempah


    Resepi kedua pula ialah Ayam Bakar Berempah. Seperti Ayam Bakar Barbeque(BBQ), ayam bakar berempah juga sesuai untuk dijadikan menu acara santai keluarga ataupun rakan-rakan. 

    Rasa unik perapan ayam bakar ini mampu mengikat sesiapa sahaja yang mencubanya. Untuk mendapatkan rasa yang enak, ayam perlu diperap untuk tempoh masa 12 hingga 36 jam. Rasa ayam berjus dan garing diluar ini lebih lengkap jika dinikmati bersama bahan pencicah seperti Sos BBQ, Sos Thai dan juga Sos pencicah.

    Dapatkan senarai lengkap bahan-bahan dan cara memasak di pautan Ayam Bakar Berempah ini.

  • 3 Collapse

    Resepi Ayam Bakar Madu


    Sebut saja Ayam Bakar Madu mesti anda terbayang ayam bakar pasar malam, tak pun ayam bakar bazar Ramadan. Mana tidaknya, Ayam Bakar Madu sangat sinonim dengan pasar malam dimana anda terpaksa beratur semata-mata untuk menikmati ayam bakar yang enak itu.

    Tidak seperti dua resepi diatas, Ayam Bakar Madu ini biasanya dimakan begitu saja tanpa sos. Kadangkala ia digandingkan dengan Nasi Kerabu Ayam Bakar. Saiz ayam bakar madu juga agak kecil berbanding ayam bakar yang lain.

    Kanak-kanak sangat menggemari ayam bakar madu ini. Rasa manisnya yang unik membuatkan anda tidak puas menikmatinya.

    Jom cuba resepi ini dipautan Ayam Bakar Madu.

  • 4 Collapse

    Resepi Ayam Bakar Simple


    Resepi ini amat sesuai untuk dicuba oleh semua orang. Resepinya yang ringkas dan langkah penyediaan yang senang amat sesuai untuk anda yang rasa nak makan ayam bakar tetapi ingin bersantai saja. Mereka yang berdiet juga boleh mencuba resepi ini kerana ayam bakar simple ini boleh dikategorikan antara menu ayam yang sihat.

    Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah didapat. Walaupun cara penyediaan yang ringkas, namun rasanya mampu mengikat selera anda.

    Anda boleh mencuba resepi ini di pautan Ayam Bakar Simple.