Ayam Masak Lemak Cili Api, Cukup Bahan, Comfirm Terangkat

29 November 2022 825
Resepi Ayam
ayam masak lemak cili api
Ayam masak lemak cili api

Bahan Utama

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 batang serai ( diketuk)
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 mangkuk besar santan
  • garam
  • gula

Bahan-bahan Tumbuk halus

  • 10-15 biji cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 - 2 biji bawang merah
  • 1 Collapse

    Cara memasak Ayam Masak Cili Api


    • 1. Potong ayam sederhana kecil mengikut kegemaran anda. Basuh, bilas dan sejat ayam sehingga air kering.
    • 2. Masukkan ayam kedalam periuk ataupun kuali dalam dan panaskan ayam tanpa minyak sehingga air ayam kering.
    • 3. Setelah ayam hampir kering, masukkan bahan-bahan tumbuk halus tadi iaitu, cili padi, kunyit hidup dan bawang merah.
    • 4. Kacau ayam dan bahan-bahan tumbuk tadi sehingga sebati. Pastikan bahan-bahan tumbuk sekata dan meresap ke dalam ayam dan kacau sehingga masak.
    • 5. Setelah bahan-bahan tumbuk hampir masak, anda bolehlah memasukkan santan dan serai yang diketuk. Kacau sehingga santan mendidih. Pasti kan anda sentiasa kacau bagi mengelakkan santan berketul-ketul.
    • 6. Bila santan hampir masak, anda boleh masukkan asam keping dan daun kunyit. Kacau lagi sehingga daging ayam empuk dan naik bau daun kunyit tadi.
    • 7. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda. Sekiranya anda sudah berpuas hati, masakan sudah boleh diangkat dan dihidang. Selamat menjamu selara!

Edisi kali ini kami ingin kongsikan dengan anda resepi yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia iaitu Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api. kalau kena cara memasak , comfirm terangkat ni.

Anda bolehlah tambah satu lagi koleksi resepi ayam anda dengan mencuba resepi ini. resepi ini boleh dikategorikan sebagai resepi ayam berkuah. Ayam masak lemak cili api ini menggunakan santan sebagai bahan utama kuah, tidak hairanlah nama nya "lemak" cili api.

Resepi ini begitu popular dalam kalangan rakyat malaysia amnya. Tetapi resepi ini begitu sinonim dengan Negeri Sembilan sehinggakan ada versi resepi ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan. Apa yang membezakan versi Negeri Sembilan dengan versi lain ye?

Sebenarnya cara memasak ayam masak lemak ini tidaklah rumit seperti namanya. Eh, rumit ke nama ayam masak lemak cili api ni? Cara memasak resepi ini sangatlah mudah dan senang untuk dicuba bagi yang pertama kali ingin memasak.

Bahan-bahan untuk memasak ayam masak lemak cili api ini juga tidak lah sukar untuk didapati. Hanya menggunakan bahan-bahan asas yang sentiasa ada di dapur-dapur rumah setiap rakyat malaysia, menjadikan ia menu yang wajib dicuba.

Masa memasak juga tidaklah terlalu lama, sesuai jika dijadikan pilihan bagi ibu-bapa yang sentiasa sibuk tetapi terpaksa juga memasak. Proses memasak yang mudah menyebabkan ia tidak menggunakan masa yang lama untuk disediakan.

Antara bahan utama yang digunakan ialah cili padi dan kunyit. Tiada dua bahan ni, hilanglah identiti masak lemak cili api nanti. Ayam biasanya dipotong mengikut potongan sederhana kecil, supaya senang untuk dimasak dan tidak mengambil masa yang lama untuk ayam empuk.

Kami bahagikan cara memasak resepi ini kepada 1 bahagian sahaja. Sudah kami katakan tadi proses memasak simple sahaja. Ayam yang dipotong dan dibasuh bersih perlulah dimasak didalam periuk tanpa minyak sehingga kering air ayam. Seterusnya ayam akan dimasak bersama bahan yang ditumbuk nanti sehingga rasa dan warna ayam sebati dengan bahan.

Untuk lebih terperinci, kami sediakan langkah-langkah memasak seperti dibawah.

Sebelum itu, jom kita semak bahan-bahan yang anda perlukan untuk masak ayam lemak cili api ini.