Ikan Siakap Masak Kari Resepi Pelbagai Guna

17 August 2021 1000

Resepi Ikan Siakap Masak Kari
Ikan Siakap Masak Kari

Bahan Utama

  • 1 ekor ikan siakap- dibersihkan
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa
  • 2 biji tomato
  • 5 biji bendi
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • garam
  • gula

Bahan - bahan menumis

  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan hiris

  • 3-5 biji cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 Collapse

    Penyediaan ikan


    • 1. Bersihkan ikan siakap dan potong kepada 3-4 bahagian.
    • 2. Larutkan rempah kari dan serbuk cili dengan sedikit air didalam mangkuk kecil. Kacau sehingga menjadi pes yang pekat.
    • 3. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan bahan menumis dan tumis sehingga naik bau. Setelah bahan tumis berbau wangi, masukkan pula bahan-bahan yang dihiris nipis tadi. bahan hiris dan daun kari. Tumis dan kacau sehingga keperangan.
    • 4. Kemudian masukkan pes rempah kari tadi dan masak sehingga pecah minyak. Sentiasa kacau dan jaga api supaya rempah kari tidak hangus. tambahkan sedikit air jika rempah menjadi terlalu pekat.
    • 5. Seterusnya masukkan santan dan air asam jawa. Kacau dan masak sehingga mendidih.
    • 6. Setelah mendidih, masukkan ikan . Tambah garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika sehingga ikan masak.
    • 7. Akhir sekali masukkan tomato dan bendi. Masak sehingga bendi empuk. Sedia untuk dihidang.

Jom kami kongsikan cara masak ikan siakap masak kari pelbagai guna ni. Ikan Siakap masak kari sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas, tapi kalu tak habis boleh dipanaskan dan dimakan pula dengan roti ataupun lempeng.

Kalau anda masak kari ikan siakap untuk makan malam, pagi esok boleh panaskan lagi dan buat je lempeng, boleh sarapan dengan kari nanti. Tak pun beli je roti, dan cicah dengan kari tadi, mudah dan sedap.

Ikan siakap masak kari ini antara resepi ikan siakap yang wajib anda cuba. Antara resepi lain yang boleh anda cuba ialah seperti resepi ikan siakap masak kengsom, ikan siakap masak asam pedas dan siakap goreng sos thai.

Seperti resepi kari yang lain, bahan wajib untuk memasak kari ikan siakap ini mestilah rempah kari dan rempah ratus. Bahan-bahan lain ialah seperti serbuk cili, daun kari, santan dan berbagai lagi. Anda boleh semak pada bahagian resepi untuk senarai bahan yang lengkap.

Cara memasak kari ikan siakap mudah sahaja. Mula-mula anda perlu potong ikan siakap kepada beberapa bahagian. Basuh bersih ikan dan toskan air.

Kemudian tumis bahan-bahan tumis sehingga bau wangi. Seterusnya masukkan bahan-bahan hiris halus pula dan tumis lagi sehingga bahan keperangan dan sedikit garing.

Masukkan pula pes rempah kari iaitu bancuhan rempah kari dan juga serbuk cili dengan sedikit air. Masak sehingga bahan masak dan pecah minyak.

Setelah rempah kari pecah minyak, masukkan air asam jawa dan santan. Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, anda bolehlah masukkan ikan dan biarkan ia mendidih sekali lagi sehingga ikan masak. Untuk langkah memasak yang lebih lengkap, anda boleh rujuk bahagian langkah penyediaan dibawah.

Sebelum anda semak senarai bahan yang diperlukan untuk memasak kari ikan siakap ini, anda bolehlah kongsikan resepi ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda di Facebook ataupun di group Whatsapp. Bolehlah sama-sama cuba nanti. 

Jom semak bahan yang anda perlukan.