Ikan Siakap Goreng Sos Thai Pembuka Selera
Bahan-bahan goreng ikan
- 1 ekor ikan siakap- dibersihkan
- sedikit tepung jagung
- garam
- lada sulah
- 1 biji telur
Bahan - bahan Kisar
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan-bahan sos
- 1 biji bawang holland - potong dadu
- 1/2 biji lobak - potong bulat
- 1/2 biji lada benggala - potong dadu
- 5 biji cili padi - potong halus
- 1 batang serai - hiris nipis
- 2 sudu sos cili thai
- 1 biji limau kasturi
- garam
- gula
- sedikit air putih
-
1 Collapse
Penyediaan ikan goreng.
- 1. Bersihkan ikan siakap dan kelar kedua-dua bahagian.Pecahkan telur di dalam pinggan dan kacau sehingga rata. Di dalam bekas yang lain, campurkan tepung jagung, sedikit garam dan lada sulah.
- 2. Lumurkan ikan dengan telur sehingga sekata ke semua bahagian. Kemudian, peratakan ikan dengan tepung jagung tadi.
- 3. Goreng ikan di dalam minyak yang panas sehingga masak dan garing.Angkat dan ketepikan.
-
2 Collapse
Penyediaan Sos Ikan Siakap Goreng Thai
- 1. Tumis bahan kisar menggunakan sebahagian daripada minyak goreng ikan tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
- 2. Kemudian masukkan bawang holland, lobak, lada benggala cili padi dan serai. Masak sehingga layu.
- 3. Masukkan sos cili thai dan air perahan limau kasturi. Perasakan dengan gram dan gula mengikut citarasa.
-
3 Collapse
Hidangan Ikan Siakap Goreng Sos Thai
- 1. Tuangkan bahan sos tadi katas ikan siakap di dalam bekas yang bersesuaian.
- 2. Sedia untuk dihidang.
Pernahkah anda mencuba resepi ikan siakap Goreng Sos Thai? Jika belum, jom kami kongsikan resepi yang sedap dan mudah ini.
Resepi Ikan Siakap Goreng Sos thai ini berasal dari negara jiran kita iaitu, Thailand. Pelbagai jenis masakan thai begitu popular di negara kita kerana indentiti rasa masakan thai ini sangat menepati citarasa masyarakat kita.
Resepi Ikan Siakap Goreng Sos Thai ini merupakan salah satu dari koleksi idea masakan ikan siakap yang wajib anda cuba. Antara resepi lain yang boleh anda cuba ialah resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa, Ikan Siakap Stim Limau dan juga ikan Siakap Masak Kengsom.
Hidangan ikan siakap goreng sos thai ini biasanya dijadikan sebagai lauk makan tengahari dan juga makan malam. Ianya sangat sedap dinikmati bersama nasi putih panas-panas.
Bahan-bahan untuk masak ikan siakap goreng sos thai ini ialah seperti serbuk kunyit, tepung jagung, garam dan telur. Untuk senarai bahan yang lengkap, anda boleh rujuk bahagian resepi dibawah.
Cara memasak ikan siakap goreng sos thai ini mudah sahaja. Mula-mula anda perlu sediakan ikan untuk digoreng. Basuh bersih ikan dan kelar sedikit pada bahagian luar. Biasanya untuk resepi siakap goreng sos thai ini, ikan digoreng seekor terus.
Lumurkan ikan dengan kunyit dan biarkan seketika, kemudian pecahkan telur didalam bekas lain, dan lumurkan keatas ikan. Sediakan pula tepung jagung didalam bekas yang berasingan. Balik-balikkan ikan siakap yang dilumur telur tadi di atas tepung jagung. anda boleh gantikan tepung jagung dengan tepung beras. Tujuan penggunaan tepung jagung atau tepung beras ini supaya ikan lebih garing dan rangup nanti.
Kemudian sediakan pula bahan-bahan untuk sos . Untuk langkah peneyediaan yang lebih lengkap, anda boleh rujuk pada bahagian bawah.
Anda juga boleh kongsikan resepi ini dengan rakan-rakan dan juga keluarga anda di Facbook ataupun group Whatsapp anda.
Jom semak bahan-bahan yang anda perlukan.