Idea Masakan Ikan Siakap Yang Senang Dan Wajib Dicuba
Hantaran kali ini kami ingin kongsikan dengan anda idea memasak ikan siakap putih, ataupun juga dikenali sebagai ikan kakap bagi sesetengah kawasan.
Ikan siakap amat popular untuk dijadikan hidangan utama bagi jamuan makan keluarga. Ikan siakap juga begitu kaya dengan khasiat seperti Omega 3, Protein dan juga Vitamin B1 & 6. Jadi pilihan anda untuk menjadikan ikan siakap sebagai menu utama masakan adalah tepat sakali.
Terdapat pelbagai resepi ikan siakap yang popular di Malaysia. Antara yang menjadi pilihan utama ialah Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa dan juga Resepi Ikan Siakap Masak Stim Limau atau Halia.
Ikan siakap merupakan sejenis ikan yang besar saiznya. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan hidangan kerana saiz seekor ikan siakap cukup untuk satu hidangan kumpulan yang kecil.
Tanpa membuang masa, jom kita lihat apakah idea-idea memasak ikan sikap yang menjadi pilihan anda.
-
1 Collapse
Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Resepi ini semestinya tidak asing bagi masyarakat Malaysia. Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa ini sering kali menjadi pilihan utama restoran dan kedai makan terkemuka. Mana tidak nya, ia merupakan menu yang mendapat permintaan tinggi orang ramai. Hidangan yang agak ringkas tetapi menyelerakan .
Jika di kedai-kedai makan, resepi ini sering kali disediakan sebagai satu set bersama hidangan lain. Antara menu lain yang sering dipadan kan bersama ialah Sayur Kailan Ikan Masin, Tomyam Campur ala thai dan Telur Dadar.
Ikan Siakap Masak 3 Rasa ini boleh dikategorikan sebagai lauk yang berkuah walaupun kuahnya tidaklah begitu banyak. Rasanya masam-masam manis menepati citarasa rakyat Malaysia.
Cara memasak siakap 3 rasa ini tidaklah begitu rumit. Jika dikedai makan, ikan siakap biasanya digoreng seekor terus. Tetapi jika anda ingin mencubanya dirumah, anda boleh potong ikan kepada beberapa bahagian. Ikan siakap perlu digoreng garing untuk menambahkan lagi keenakan resepi ini.
Penyediaan kuahnya juga agak senang. Bahan-bahan utama akan ditumis dahulu sebelum dimasak dengan bahan-bahan lain. Untuk langkah-langkah penyediaan yang lengkap, anda bolehlah ke pautan Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa ini.
-
2 Collapse
Ikan Siakap Masak Stim Limau
Resepi Ikan Siakap Masak Stim Limau ini tidak kurang juga hebat nya. Popularitinya sama seperti Ikan Siakap Masak 3 Rasa, menjadi pilihan utama direstoran dan kedai terkemuka.
Walaubagaimanapun, Ikan Siakap Masak Stim Limau ini berbeza cara memasak dengan Siakap 3 Rasa. Seperti namanya, Ikan Siakap akan dikukus untuk mendapatkan rasa isinya yang asli.
Cara penyediaan Ikan Siakap Stim Limau ini amat mudah sekali. Ikan siakap perlu dikukus bersama bahan-bahannya sehingga masak. Bahan yang cukup menjadi kunci utama bagi rasa ikan yang enak.
Untuk resepi dan cara memasak, anda boleh ke pautan Ikan Siakap Masak Stim Limau ini.
-
3 Collapse
Ikan Siakap Masak Stim Halia
Ya, anda tidak tersalah baca dan ini juga bukan kesilapan ejaan. Resepi Ikan Siakap Masak Stim Halia sedikit berbeza dengan Ikan Siakap Masak Stim Limau.
Perbezaannya juga juga jelas iaitu halia dan limau bagi bahan utama. Sama seperti kembarnya, menu ini juga seringkali menjadi pilihan utama pelanggan kedai makan masakan ala thai.
Rasanya yang unik memikat selera orang ramai. Seperti siakap stim limau, cara penyediaannya juga begitu mudah.
Ikan siakap biasanya dikukus bersama bahan-bahan kukusan bagi menghasilkan rasa yang unik dan enak. Untuk resepi dan cara memasak yang lengkap, sila ke pautan Ikan Siakap Masak Stim Halia ini.
-
4 Collapse
Ikan Siakap Masak Kengsom
Resepi Ikan Siakap Masak Kengsom sedikit berbeza dengan resepi-resepi ikan siakap lain. Ini kerana resepi ini tergolong dalam koleksi lauk yang berkuah. Ya , ikan siakap kengsom ini adalah masakan berkuah seperti masak asam pedas ataupun singgang pedas.
Ikan Siakap Masak Kengsom ini berasal dari negara jiran kita iaitu Thailand. Umum mengetahui bahawa masakan yang berasal dari Thailand amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang masam-masam manis menepati citarasa orang kita.
Untuk memasak resepi ini, ikan siakap biasanya dipotong kepada beberapa bahagian. Nanas biasanya digunakan sebagai bahan utama untuk membangkitkan rasa masam.
Resepi ini juga menggunakan sayur kangkung sebagai pelengkap resepi. Jadi hindangan ini boleh dikatakan lengkap dengan sayur dan protein.
Untuk mendapatkan cara memasak yang lebih lengkap, sila ke pautan Ikan Siakap Masak Kengsom ini.
-
5 Collapse
Ikan Siakap Masak Kari
Kalau resepi-resepi ikan siakap yang lain kebanyakannya berasal dari Thailand, resepi ikan siakap ini sedikit berbeza. Ikan Siakap Masak Kari boleh dikatakan berasal dari masyarakat Melayu walaupun "kari" itu sendiri berasal dari India kerana ia telah diolah untuk menepati citarasa orang kita.
Resepi Kari ikan agak popular bagi masyarakat kita yang begitu suka masakan yang berlemak dan pedas ini. Kari ikan biasanya dimakan bersama nasi putih panas-panas. Namun begitu, ikari ikan juga boleh dimakan bersama roti dan juga lempeng. Bagi anda yang tidak mempunyai kelapangan untuk memasak selalu, resepi ini sesuai untuk dijadikan pilihan.
Berbeza dengan masakan Thailand yang menggemari rasa pedas dan masam, resepi ini sedikit berlemak kerana ia menggunakan santan dan rempah ratus. Namun terdapat juga versi kari ikan tanpa santan.
Cara memasak kari ikan ini tidaklah begitu rumit. Jika menggunakan ikan siakap, ikan biasanya dipotong terlebih dahulu kepada beberapa bahagian kecil. Kemudian bahan-bahan lain akan ditumis dahulu sehingga garing dan pecah minyak.
Untuk resepi dan cara memasak yang lengkap, anda boleh ke pautan Resepi Ikan Siakap Masak Kari ini.
-
6 Collapse
Ikan Siakap Bakar Berempah
Kalau anda sudah bosan memasak menggunakan minyak, kuali dan juga periuk, resepi Ikan Siakap Bakar Berempah ini wajib anda cuba.
Ikan bakar boleh dikatakan resepi yang baik untuk kesihatan kerana ia tidak menggunakan minyak, seterusnya anda boleh mengelakkan pertambahan kolestrol dalam darah anda.
Cara menyediakan ikan bakar sangatlah mudah, sediakan ikan dan bakar. Namun untuk mendapatkan rasa ikan bakar yang enak, bahan perapan atau rempah nya menjadi kunci utama.
Kami ingin kongsikan dengan anda resepi Ikan Siakap Bakar Berempah yang mudah untuk dicuba.Walaupun mudah, rasanya nanti sanat sedap dan unik.
-
7 Collapse
Ikan Siakap Masak Asam Pedas
Ikan masak asam pedas tidak kurang popularnya di Malaysia. Terdapat pelbagai versi masakan asam pedas namun yang paling popular adalah ikan masak asam pedas melaka.
Jika anda ke Melaka, dan anda seorang penggemar asam pedas, adalah menjadi satu kewajipan untuk anda mencuba asam pedas di kedai-kedai terkemuka di Melaka.
Tetapi kami bukannya ingin membincangkan tentang lawatan ke Melaka. Kami ingin kongsikan dengan anda resepi Ikan Siakap Masak Asam Pedas yang sedap ini. Jadi anda tidak perlu lagi menunggu untuk ke Melaka untuk merasa masakan asam pedas, masak je sendiri.
Cara memasak Ikan Siakap Masak Asam pedas ini tidak lah begitu rumit dan tidaklah begitu mudah. Ikan siakap biasanya dipotong kepada beberapa bahagian terlebih dahulu. Kemudian ikan dimasak bersama bahan-bahan utama yang lain.
Untuk mendapatkan cara memasak yang lengkap, anda boleh ke pautan Ikan Siakap Masak Asam Pedas ini.
-
8 Collapse
Ikan Siakap Goreng Sos Thai
Kali ini kita kembali semula ke Thailand. Maksud kami resepi kali ini juga berasal dari Thailand, iaitu Ikan siakap Goreng Sos Thai.
Bagi anda yang baru pertama kali mendengar resepi ini, wajib bagi anda untuk mencuba, kerana rasa ikan goreng sos thai ini sangatlah enak. Sangat sesuai dijadikan juadah makan tengahari dan juga makan malam.
Rasa ikan Siakap Sos Thai ini seperti masakan Thai yang lain yang begitu menepati citarasa orang kita. Jika anda nak tahu bagaimana rasanya, anda boleh cuba masak sendiri, jangan risau, cara penyediaannya sangat mudah.
Cara penyedianya juga sangat mudah dan berbaloi bagi anda untuk mencubanya.
Ikan siakap terlebih dahulu digoreng kunyit. Kemudian anda boleh menyediakan sos thai nya pula, sila ke pautan Ikan Siakap Goreng Sos Thai ini untuk resepi yang lengkap.