Ikan Siakap Stim Halia Yang Senang Sekali

4 July 2021 3515
Ikan ikan siakap
Resepi Ikan Siakap Stim Halia
Ikan Siakap Stim Halia

Bahan-bahan untuk ikan

  • 1 ekor ikan siakap- dibersihkan
  • 1 inci halia - hiris nipis
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 sudu sos tiram
  • 5 ulas bawang putih - diketuk

Bahan - Bahan Kuah

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis - diperah dan ambil jusnya
  • 3-4 biji cili padi
  • sedikit air
  • Langkah 1 Collapse

    Penyediaan ikan untuk stim halia


    • 1. Bersihkan ikan dan kelar dikedua-dua bahagian.
    • 2. Lumurkan ikan dengan sos tiram sehingga sekata.
    • 3. Masukkan serai, bawang putih dan sebahagian halia yang dihiris nipis tadi kedalam bahagian perut ikan.
    • 4. Letak ikan didalam bekas yang bersesuaian.
    • 5. Masukkan satu sudu besar sos ikan, perahan air limau nipis, dan taburkan baki hirisan halia tadi di atas ikan.
    • 6. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
    • 7. Kukus selama 20 minit sehingga ikan masak.
    • 8. Siap untuk dihidang.

Anda mencari idea untuk memasak ikan siakap? Jom cuba resepi ikan siakap stim halia yang ingin kami kongsikan ini. Menggunakan bahan-bahan yang mudah dan cara memasaknya juga senang. Tak menyesal kalau anda dah cuba nanti.

Ikan Siakap Steam Halia merupakan salah satu menu yang mendapat permintaan tinggi kalau anda ke kedai masak ala Thai. Sama seperti Siakap 3 rasa dan Siakap Stim Limau, menu ini antara menu wajib yang disediakan dikedai-kedai makan. Sebut pasal siakap stim limau, menu siakap stim halia ini boleh dikatakan kembar dialah.

Tapi anda tak rasa pula nak ke kedai makan kan. Jom lah cuba resepi ini.

Bahan-bahan untuk memasak ikan siakap stim limau ni sangat mudah didapati. Tidak menggunakan banyak bahan dan langkah penyediaannya juga mudah.

Anda boleh semak senarai bahan-bahan dibahgaian resepi dibawah.

Cara memasak ikan siakap stim ni dibahagikan kepada 2 bahagian.

Bahagian pertama ialah proses penyediaan ikan. Basuh bersih ikan dan kelar sedikit. Kemudian masukkan serai pada bahagian dalam dan letakkan didalam bekas yang sedikit dalam. Sediakan periuk pengukus dan kukus ikan selama 20 minit.

Sementara menunggu ikan masak, anda bolehteruskan ke bahagian kedua pula.

Bahagian kedua ialah proses penyediaan kuah. Untuk menyediakan kuah, anda perlu kisar lumat semua bahan kisar. Campurkan sedikit air supaya bahan mudah lumat. Pindahkan bahan kisar kedalam bekas yang bersesuaian seperti mangkuk.

Masak air sehingga mendidih kemudian tuangkan kedalam mangkuk yang berisi bahan kisar tadi. Tuangkan mengikut kuantiti yang diperlukan sehingga menghasilkan kuah yang sedikit pekat. Janganterlalu banyak air nanti kuah anda cair dan tawar.

Untuk langkah penyediaan yang lebih lengkap, anda bolleh rujuk pada bahagian penyediaan dibawah.

Anda juga boleh kongsikan resepi ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda supaya mereka juga boleh mencubanya nanti. Kongsikan di Whatsapp group anda ataupun di Facebook. Bolehlah sama-sama mencubanya nanti.

Jom semak bahan-bahan yang anda perlukan.