Ikan Siakap Stim LImau Pengikat Selera Anda

19 June 2021 1562

Resepi Ikan Siakap Stim Limau
Ikan Siakap Stim Limau

Bahan-bahan untuk ikan

  • 1 ekor ikan siakap- dibersihkan
  • 1-3 batang serai
  • 1 kiub pati ayam (optional)

Bahan - Bahan Kuah

  • 10 ulas bawang putih
  • 2 biji lada merah
  • Daun ketumbar
  • 5-10 biji cili padi
  • 4 biji limau nipis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 kuib pati ayam
  • 1 mangkuk air
  • gula
  • Langkah 1 Collapse

    Penyediaan ikan


    • 1. Bersihkan ikan siakap dengan hirisan limau nipis bagi menghilangkan hanyir. Kelar sedikit ikaan siakap.
    • 2. Lumurkan ikan dengan sedikit kiub pati ayam.
    • 3. Ketuk serai dan masukkan kedalam bahagian perut ikan.
    • 4. Kukus ikan siakap yang telah dilumurkan tadi selama 15- 20 ninit sehingga ikan masak. Ikan masak sepenuh nya jika isinya mudah tertanggal dari tulang jika di tolak dengan sudu.
  • Langkah 2 Collapse

    Penyediaan Kuah Siakap Stim Limau


    • 1. Untuk penyediaan kuah pula, anda perlu kisar kasar daun ketumbar, 10 biji bawang putih, 2 biji lada besar dan 5 - 8 biji cili padi.
    • 2. Campurkan kedalam mesin pengisar sedikit air, perahan air limau nipis, sos ikan dan kiub pati ayam. Kisar sekali lagi untuk 5 - 10 saat sehingga bahan kisar sebati.
    • 3. Pindahkan bahan kisar kedalam mangkuk atau pun bekas besar.
    • 4. Kemudian panaskan air didalam cerek sehingga mendidih. Anda boleh juga gunakan cerek elektrik.
    • 5. Campurkan air didihan tadi sedikit demi sedikit kedalam bekas bahan kisar sehingga mencapai kepekatan yang di inginkan. Kacau sehingga sebati. Tambah garam dan gula mengikut citarasa anda.
  • Langkah 3 Collapse

    Hidangan Siakap Stim Halia


    • 1. Pindahkan ikan yang dikukus tadi kedalam bekas yang bersesuaian.
    • 2. Tuang dan siram kuah keatas ikan. Sedia untuk dihidang.

Tengah cari idea untuk masak apa untuk keluarga anda? Jom cuba resepi Ikan Siakap Stim Limau ni. Jangan risau, cara masak resepi ini tidaklah payah seperti yang anda sangkakan. Sekali cuba, pasti anda nak masak lagi kerasa cara memasaknya yag mudah dan ringkas.

Ikan Siakap Masak Stim Limau ini merupakan antara menu popular kalau anda makan dikedai masakan panas ala thai.Resepi ini sebaris dengan menu kedai siam yang lain seperti Siakap 3 Rasa dan Siakap Goreng Sos Thai.

Resepi ini merupakan salah satu dari Idea Masakan Ikan Siakap yang wajib anda cuba. Terdapat pelbagai versi Siakap Stim Limau ni dan resepi ini antara yang paling digemari ramai.

Bahan-bahan untuk memasak ikan siakap steam limau ni sangat mudah didapati. Antaranya ialah, serai, limau nipis dan lada merah. Untuk senarai lengkap resepi, anda boleh semak dibawah.

Cara memasak ikan siakap stim ini pun sangat mudah. kami bahagikan kepada 2 bahagian.

Bahagian pertama ialah proses penyediaan ikan siakap. Basuh bersih ikan siakap. Anda boleh gunakan limau nipis untuk membuang hanyir ikan. Selain itu, membasuh sengan tepung gandum juga mampu menghilangkan hanyir. Kelar sedikit bahagian luar ikan dan lumurkan dengan kiubpati ayam. Masukkan serai yang telah diketuk kedalam bahagian perut ikan dan letakkan di dalam bekas yang bersesuaiaan untuk proses mengukus.

Letakkan bekas yang berisi ikan tadi dibahagian atas periuk pengukus dan kukus ikan selama 20 minit. Sementara menunggu ikan masak, anda boleh siapkan bahagian kedua pula.

Bahagian kedua ialah proses penyediaan kuah untuk siakap stim ini. Penyediaan kuah ini juga sangat mudah. Anda perlu kisar bahan-bahan yang perlu dikisar dan pindahkan kedalam mangkuk atau bekas yang bersesuaian. Kemudian panaskan air sehingga mendidih dan campurkan kedalam bekas yang berisi bahan kisar tadi. Campurkan sehingga mencapai kepekatan yang anda inginkan. Jangan terlalu cair.

Untuk langkah yang lebih terperinci, anda boleh ke bahagian cara memasak dibawah.

Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda di media sosial seperti Facebook ataupun Whatsapp. Nanti bolehlah mereka masak untuk anda juga.

Jom semak bahan-bahan yang anda perlukan.