Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Padu

7 June 2021 2145
Ikan
Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan untuk ikan

  • 1 ekor ikan siakap- dibersihkan
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Bahan- bahan untuk sos / kuah

  • 3 ulas bawang merah - dicincang halus
  • 4 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 3-5 biji cili padi
  • 1 batang serai - potong serong,nipis
  • 1/2 inci halia - potong halus
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1/2 biji lada benggala/ capsicum - potong dadu
  • 1 potong nenas - potong dadu
  • 1 biji lada merah - potong serong,nipis
  • 4 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3-5 helai daun limau purut
  • Daun bawang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Langkah 1 Collapse

    Penyediaan ikan


    Penyediaan ikan
    • 1. Bersih ikan dan toskan. Anda boleh gunakan ikan seekor terus atau potong kepada beberapa bahagian.
    • 2. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam. Selepas dibiarkan seketika, lumur pula ikan dengan tepung jagung. Anda juga boleh gantikan tepung jagung dengan tepung beras jika mahu ikan lebih berkerak.
    • 3. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng bagi mengelakkan ikan melekat di kuali nanti.
    • 4. Goreng ikan sehingga garing. Bila dah agak perang dan garing, angkat ikan, tos minyak dan ketepikan dahulu sementara anda menyediakan sos 3 rasa pula. 
  • Langkah 2 Collapse

    Penyediaan sos 3 rasa


    • 1. Panaskan minyak untuk menumis. Kemudian tumis bawang merah,bawang putih,halia, cili padi dan serai. Tumis sehingga bawang putih keperangan.
    • 2. Seterusnya masukkan sos cili,sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Jika kuah terlalu pekat , anda boleh masukkan sedikit air.kan sedikit air.
    • 3. Setelah kuah sebati, anda sudah boleh masukkan potongan dadu bawang besar, tomato, capsicum dan nanas. Kacau sehingga sebati dan kuah kelihatan pekat.
    • 4. Tambah garam dan gula mengikut citarasa yang anda mahukan.
  • Langkah 3 Collapse

    Hidangan Siakap 3 Rasa


    • 1. Sediakan satu bekas yang bersesuaian untuk anda menghidangkan Ikan Siakap Tiga Rasa ini. Letakkan ikan yang telah digoreng tadi.
    • 2. Setelah kuah pekat sebati, kuah sudah boleh diangkat dan dituangkan diatas ikan yang digoreng sebelum ini.
    • 3. Hias hidangan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
  • Mari kami kongsikan dengan anda resepi Ikan Siakap 3 Rasa yang padu ini. Lepas ini anda tak perlu lagi ke kedai masakan panas ala thai lagi, masak je sendiri, lagi puas hati.

    Ikan Siakap Masak 3 Rasa ini merupakan menu yang paling popular kalau anda makan di kedai siam. Lebih-lebih lagi bila cukup gandingan dia seperti Kailan Ikan Masin, Telur Dadar dan Tomyam, boleh licin pinggan.

    Selain Siakap 3 Rasa ini, ada banyak lagi idea dan cara masak ikan siakap. Antara resepi lain yang anda boleh cuba ialah Siakap Stim Limau, Siakap Stim Halia dan Ikan Siakap Goreng Sos Thai. Semua tu masakan ala Thai dan jika anda rasa nak masak cara melayu pula, anda boleh cuba resepi Ikan Siakap Masak Kengsom, Siakap masak Kari dan juga Ikan Siakap Bakar Berempah.

    Ikan siakap ni sedap kalau dimasak seekor terus. Rasa isi putihnya yang tebal dan berlemak sangat sedap kalau kena dengan cara masak.

    Untuk memasak ikan siakap tiga rasa ini, bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati. Menggunakan bahan-bahan yang kebiasaanya sentiasa ada didapur,menjadikannya menu yang boleh dicuba bila-bila masa.

    Antara bahan-bahan utama resepi siakap 3 rasa ini ialah serbuk kunyit, tepung jagung dan garam untuk menggoreng ikan.Untuk bahan sos 3 rasa pula,  sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Jangan lupa bahan potong dadu seperti capsicum, tomato, nenas dan bawang besar. Untuk senarai resepi yang lengkap, anda boleh rujuk pada bahagian resepi dibawah.

    Kami bahagikan cara memasak resepi ini kepada 2 bahagian iaitu proses goreng ikan dan cara buat sos 3 rasa.

    Bahagian pertama, sediakan ikan siakap untuk digoreng. Kebiasaanya ikan siakap digoreng seekor terus. Tapi jika anda tiada kuali saiz besar, boleh saja potong ikan siakap kepada beberapa bahagian supaya mudah untuk digoreng.

    Lumurkan ikan siakap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, biar ada rasa masin sedikit. Kemudian lumur pula dengan sedikit tepung jagung supaya ikan siakap anda lebih garing dan rangup pada bahagian luar. Anda boleh gantikan tepung jagung dengan tepung beras jika mahu kulit luar lebih garing dan berkerak. Jangan lumur terlalu banyak tepung, nanti sejuk tepung akan jadi lembik.

    Sebelum menggoreng, pastikan minyak betul-betl panas bagi mengelakkan ikan anda melekat pada kuali, hancur ikan siakap nanti. Goreng sampai masak dan garing.

    Untuk bahagian kedua, anda perlu sediakan sos 3 rasa pula. Tumis bahan seperti bawang merah, bawang putih , halia dan cili padi sampai masak dan perang. Kemudian masukkan sos-sos pula. Setelah sos sebati baru masukkan bahan-bahan potong dadu. Untuk langkah penyediaan yang lengkap, anda boleh ke bahagian cara memasak dibawah.

    Sebelum mula memasak, jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Bolehlah mereka cuba juga nanti. Anda boleh kongsikan di Facebook dan Whatsapp dengan menekan butang share diatas.

    Jom semak bahan-bahan yang anda perlukan.