Resepi Ayam Black Pepper: Pedas, Mengikat Selera & Mudah Disediakan!
Tengah cari idea nak masak apa ke tu? Ayam masak Black Pepper ni pun sedap juga kalau anda nak cuba.
Resepi ini sangat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan makan tengahari ataupun makan malam.
Ayam Masak Black Pepper merupakan masakan ayam yang digoreng tumis dengan sos tiram, kicap dan lada hitam. Bagi penggemar masakan yang pedas, resepi ini pasti memikat selera anda.
Resepi ini merupakan salah satu dari koleksi resepi ayam yang mesti anda cuba. Ia adalah masakan ayam berkuah yang sedap untuk dinikmati.
Jom tengok bahan-bahan apa yang anda perlukan untuk masak resepi ini.
Bahan-bahan untuk Ayam Masak Black Pepper
- 1/2 ekor ayam
- 3-5 biji bawang merah , hiris nipis atau tumbuk
- 2-4 ulas bawang putih, hiris nipis atau tumbuk
- 1 biji bawang besar holland, hiris
- 1-2 batang cili merah,potong serong
- 1/2 inci halia, hiris nipis atau tumbuk
- 1 sudu kecil lada hitam( guna yang serbuk, kalau yang biji tumbuk halus)
- 1-2 sudu besar sos tiram
- 2-4 sudu besar kicap lemak manis
- tepung jagung ( untuk dibuat bancuhan)
- garam
- gula
- serbuk perasa
Bahan-bahan Perap
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap lemak manis
- 1 sudu kecil lada hitam/ 1 sudu besar sos lada hitam
-
1 Collapse
Cara Masak Resipi Ayam Black Pepper
- 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk masak ayam black pepper. Potong ayam kepada bahagian kecil mengikut saiz kegemaran anda. Basuh bersih kemudian bilas dan toskan airnya.
- 2. Masukkan kesemua bahan untuk perapan iaitu sos tiram, kicap lemak manis dan juga lada hitam ke dalam satu bekas. Gunakan bekas yang bersesuaian untuk memerap ayam. Masukkan ayam kemudian gaul sehingga sebati ayam dan bahan-bahan tadi. Perap selama 30 minit atau lebih.
- 3. Setelah ayam siap diperap, anda boleh goreng atau panggang ayam tadi. Goreng sehingga ayam betul-betul masak.
- 4. Seterusnya anda boleh sediakan kuah nya pula. Panaskan minyak dalam kuali untuk menumis. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan juga lada hitam. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
- 5. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis dan kacau sehingga sebati. Sekiranya bahan tumis agak kering, anda boleh masukkan sedikit air.
- 6. Masukkan pula air bancuhan tepung jagung. Air bancuhan tepung jagung digunakan bertujuan untuk memekatkan sedikit kuah, barulah enak rasa ayam black pepper anda.
- 7. Perasakan engan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda jika perlu. Rasa masin dan manis dari sos tiram dan juga kicap sudah memadai sebenarnya.
- 8. Jika rasa kuah sudah sempurna, anda sudah boleh masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul dan kacau ayam sehingga sebati dengan kuah. Masukkan juga cili merah dan juga bawang holland.
- 9. Setelah semuanya sebati dan sekata, masakan sudah boleh diangkat. Ayam Masak Black Pepper anda sedia untuk dihidang.
Tips dan petua menyediakan Ayam Black Pepper
Berikut adalah beberapa tips dan petua yang boleh anda ikut untuk menyediakan dan memasak Resepi Ayam Black Pepper:
-
Potong Ayam Seragam: Pastikan anda memotong ayam sama saiz dan seragam supaya ayam masak dengan sekata sos lada hitam mudah meresap ke dalam isi ayam.
-
Perap Ayam: Untuk mendapatkan ayam yang mempunyai rasa sos lada hitam yang enak, anda disarankan untuk perap dahulu ayam paling kurang 30minit. Ia penting bagi memastikan rasa dan aroma lada hitam meresap sepenuhnya ke dalam isi ayam.
-
Tumis Bawang: Tumis bawang dengan sempurna iaitu tumis menggunkan api sederhana bagi mengelakkan bawang hangus. Tumis sehingga bawang berbau wangi dan bewarna kekuningan.
-
Kepekatan Kuah: Untuk mendapatkan kuah yang sedikit pekat, gunakan air bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang anda mahukan. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air untuk seimbangkan balik.
-
Goreng Ayam Dengan Sempurna: Pastikan ayam digoreng sempurna menggunakan minyak yang banyak. Jangan gunakan api besar dan jangan goreng terlalu lama, nanti ayam keras dan terlalu masak.
-
Hidangan: Sajikan hidangan Ayam Black Pepper panas-panas bersama dengan nasi putih. Masakan yang telah sejuk kurang enak untuk dimakan.
Khasiat bahan dalam masakan Ayam Black Pepper
Setiap bahan yang digunakan dalam masakan ini ada khasiat dan manfaatnya yang tersendiri. Jom tengok apakah khasiatnya;
-
Ayam: Daging ayam adalah sumber protein yang baik untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Ia juga mengandungi zat besi, vitamin B, dan selenium yang penting untuk kesihatan anda.
-
Lada Hitam: Lada hitam memberikan rasa unik dan kepedasan dalam masakan Ayam Black Pepper. Lada hitam juga dipercayai mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang memberikan manfaat kesihatan.
-
Bawang Besar: Bawang besar mengandungi vitamin C, serat, dan antioksidan yang baik untuk sistem imun, penghadaman, dan kesihatan jantung. Ia juga memberikan aroma dan rasa yang sedap pada hidangan.
-
Bawang Putih: Bawang putih mempunyai sifat antimikrobial dan anti-radang yang membantu melawan jangkitan dan menjaga sistem imun badan anda. Ia juga memberikan rasa dan aroma yang enak.
-
Serai: Serai memiliki aroma yang harum dan rasa yang segar. Ia juga mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang baik untuk kesihatan serta menyumbang kepada cita rasa unik dalam hidangan ini.
Disamping dapat menikmati hidangan yang enak, dalam waktu yang sama anda dapat menjaga kesihatan anda kerana bahan yang digumakan banyak manfaatnya.
Pilihan dan variasi bahan-bahan
Anda boleh variasikan lagi bahan yang digunakan untuk memasak hidangan ini. Gunakan panduan ini jika anda ketiadaan bahan yang hendak digunakan.
-
Ayam: Selain dari ayam, anda boleh gunakan bahan berprotein lain seperti daging dan juga sotong. Anda juga boleh cuba resepi Daging Black Pepper ataupun Sotong Black Pepper.
-
Lada Hitam: Anda boleh gunakan sama ada sos lada hitam, serbuk lada hitam ataupun lada hitam biji. Jika gunakan lada hitam biji, tumbuk halus dahulu sebelum digunakan untuk memasak.
-
Bawang Besar: Jika anda tidak suka bawang besar atau tidak mempunyai stok, anda boleh menggantikan dengan bawang merah atau bawang Holland mengikut citarasa anda.
-
Kicap: Jika anda tidak mempunyai kicap lemak manis, anda boleh menggunakan kicap pekat dan tambahkan sedikit air dan gula ke dalam masakan untuk seimbangkan rasa dan tekstur.
Gunakan bahan apa yang ada didapur anda. Jadilah kreatif dan jangan biarkan kesulitan menghalang anda menghasilkan hidangan yang enak.
Sebab Mengapa Anda Perlu Cuba Resepi Ayam Back Pepper ini!
Mari kami terangkan kenapa anda perlu cuba Resepi Ayam Black Pepper:
-
Rasa yang Memukau:Ayam Black Pepper mempunyai rasa yang enak . Rasa lada hitam memberikan kepedasan yang menyegarkan, manakala bawang merah dan bawang putih memberikan aroma dan cita rasa yang sedap. Setiap suapan akan memberikan pengalaman rasa yang memuaskan.
-
Mudah dan Cepat Disediakan: Resepi Ayam Black Pepper sangat mudah dan cepat disediakan. Cara masak yang ringkas dan senang untuk dicuba. Pilihan yang tepat jika anda hanya ada masa yang singkat untuk ke dapur.
-
Kombinasi Mudah: Resepi Ayam Black Pepper boleh disajikan bersama pelbagai hidangan lain. Anda boleh padankan Ayam Black Pepper dengan sayur goreng, ikan goreng, ulam-ulaman ataupun salad.
- Bahan Ringkas: Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak resepi ini ringkas sahaja dan mudah didapati. Hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada didapur rumah anda. Sedia untuk dimasak bilas-bila sahaja.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Resepi Ayam Black Pepper yang lazat ini. Cara penyediaan yang mudah dan ringkas, bahan-bahan yang mudah untuk didapati serta rasa yang sangat enak, apa lagi yang anda mahukan!
Alternatif Ayam Black Pepper
Jika anda masih berkira-kira nak masak hidangan apa selain dari resepi ini, disini kami kongsikan senarai resepi setaraf cara masak dan teksturnya yang boleh anda cuba:
-
Ayam Masak Kicap: Resipi ini menggunakan kicap sebagai bahan utama untuk memberikan rasa yang lemak dan manis. bahan-bahan yang digunkan mempunyai banyak persamaan dengan resepi ayam black pepper.
-
Ayam Masak Merah: Dalam hidangan ini, ayam dimasak dengan sos cili dan juga cili kisar, sebab itulah dipanggil ayam masak merah. Bahan-bahan seperti cili kisar, tomato, bawang besar, bawang putih dan lain-lain menghasilkan rasa yang sangat enak dan pasti memikat selera anda.
-
Ayam Masak Halia: Bahan-bahan yang digunakan tidak banyak beza dengan resepi ayam lack pepper. Rasa yang sedap dan digemari semua peringkat umur.
Itulah beberapa resipi yang setaraf atau alternatif kepada Resepi Ayam Black Pepper. Pelabagaikan idea masakan anda.
Kongsi Kegembiraan!
Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan keluarga dan juga rakan-rakan anda di Facebook dan juga Whatsapp group. Pasti mereka tak sabar untuk mencuba juga!