3 Resepi Dan Cara Memasak Ayam Masak Halia Yang Boleh Anda Cuba
Anda terasa hendak makan ayam masak halia? Jom kami kongsikan dengan anda 3 resepi dan cara memasak ayam halia. Ya, jangan keliru, memang terdapat pelbagai variasi cara memasak ayam masak halia ni. Yang pasti ,semua resepi yang kami kongsikan dengan anda ini sangat enak dan mudah untuk dicuba.
Kalau nak diikutkan, memang banyak lagi versi Resepi Ayam Masak Halia ni, tetapi 3 resepi ini adalah yang paling popular. Anda bolehlah tambah koleksi resepi ayam anda dengan mencuba salah satu dari resepi ini.
Menjadi kebiasaan tukang masak didapur menghadapi kebuntuan memikirkan menu setiap hari untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Ayam Masak Halia seringkali menjadi pilihan kerana cara penyediaannya yang mudah dan cepat untuk dimasak. 3 resepi ini boleh dikategori sebagai lauk berkuah, walaupun kuantiti kuahnya tidak lah banjir.
Disebabkan bahan utamanya adalah halia, 3 resepi ini berkongsi identiti rasa yang sama walaupun berbeza cara memasak. Rasa masin dan halia mampu membuka selera sesiapa sahaja yang menjamunya.
Jom kami kongsikan dengan ana 3 resepi tersebut.
-
1 Collapse
Resepi Ayam Masak Halia Simple
Resepi Ayam Masak Halia Simple ini seringkali menjadi pilihan utama untuk dijadikan menu masakan. Cara memasaknya yang simple dan senang menjimatkan masa sesiapa yang menyediakannya. Tidak hairanlah jika ia menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa didapur.
Ayam yang digunakan biasanya dari pelbagai bahagian, tidak terhad bahagian isi sahaja. Ayam boleh dipotong kepada bahagian-bahagian kecil. Ayam yang dipotong tadi digaul dengan garam serta kunyit dan digoreng dahulu sehingga hampir masak.
Dapatkan resepi dan cara memasak yang lengkap di pautan Resepi Ayam Masak Halia Simple ini.
-
2 Collapse
Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style
Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style ini sedikit berbeza dengan Ayam Masak Halia Simple. Untuk menyediakan resepi ini, ayam tidakperlu digoreng terlebih dahulu.
Ayam akan dimasak terus bersama bahan-bahan tumis namun rasa halia tetap kekal sebagai identitinya.
Cara memasak ayam masak halia chinese style ini juga sangat mudah untuk dicuba. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan biasanya sentiasa ada didapur-dapur.
Untuk mencuba resepi ini, anda boleh ke pautan Ayam Masak Halia Chinese Style ini bagi mendapatkan resepi dan cara memasak yang lengkap.
-
3 Collapse
Resepi Ayam Masak Halia Kukus
Cara penyediaan Ayam Masak Halia Kukus ini berbeza dengan dua resepi diatas. Tengok pada nama pun anda pasti sudah boleh mengagak cara memasak resepi ini.
Ayam kukus halia ini boleh dikategorikan sebagai masakan yang agak sihat kerana cara penyediaanya tidak seperti resepi lain. Ayam yang dikukus mempunyai khasiat yang tinggi berbanding cara memasak yang lain. Proses pengukusan yang tidak menggunakan minyak membantu anda untuk mengurangkan pengambilan kolestrol dalam badan. Tidak hairanlah mengapa ia dipanggil masakan yang sihat.
Resepi ini biasanya dijadikan menu berpantang dan juga menu diet. Ayam kukus halia ini sering dijamu ketika makan tengahari dan juga makan malam.
Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak ayam kukus halia ini sangat ringkas dan cara memasaknya juga sangat mudah. Namun jangan pandang sebelah mata, walaupun ringkas dan mudah disediakan, rasanya mampu menambat selera sesiapa saja yang menjamunya.
Jom dapatkan resepi dan cara memasak yang lengkap dengan melayari pautan Ayam Masak Kukus Halia ini.