Resipi Ayam Masak Kicap Simple, Bujang Dan Baru Berkahwin Mesti Cuba!
Bahan-bahan utama Ayam masak kicap
- 1/2 ekor ayam
- serbuk kunyit secukupnya
- garam
- 1 biji bawang besar ( dihiris)
- 3-5 biji bawang merah ( dihiris/mayang atau ditumbuk)
- 2-3 ulas bawang putih ( dihiris/mayang atau ditumbuk)
- 1/2 inci halia ( dihiris/mayang atau ditumbuk)
- 2-3 sudu besar sos tiram
- kicap lemak manis
- air secukup nya
- minyak masak
-
1 Collapse
Penyediaan Ayam Goreng
- 1. Potong ayam mengikut potongan sederhana ataupun mengikut citarasa anda. Basuh dan sejat ayam sehingga kering air basuhan tadi.
- 2. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Garam tidak perlu terlalu banyak kerana kuah kicap nanti sudah cukup masin.
- 3. Panaskan minyak didalam kuali. Kemudian goreng ayam sehingga sedikit garing dan separuh masak.
- 4. Setelah selesai, angkat ayam dan sejat minyak. Ketepikan dahulu ayam dan sediakan bahan untuk proses masakan kuah kicap pula.
-
2 Collapse
Cara memasak kuah ayam kicap simple
- 1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dimayang atau ditumbuk. Tumis sehingga nauk bau dan kekuningan.
- 2. Setelah bahan tumisan hampir masak, anda boleh masukkan sos tiram dan kicap lemak manis secukupnya. Kacau sehingga sebati. Biasanya garam dan gula sudah tidak perlu kerana masin dan manis sos tiram dan kicap sudah memadai.
- 3. Setelah bahan tumisan sudah sebati dan masak, masukkan pula bahan utama iaitu ayam yang digoreng tadi. Gaul ayam dan kuah kicap sehingga sekata.
- 4. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris tadi dan kacau sehingga hampir layu. Anda boleh gantikan bawang dengan tomato, lada besar ataupun kacang pis. Anda juga boleh tinggalkan langkah ini jika anda mahu.
- 5. Ayam masak kicap simple anda sudah siap dan sedia untuk dihidang!
Tercari-cari resepi ringkas apa yang yang anda nak masak hari ni? Jom cuba resepi ayam masak kicap simple ini, sesuai bagi anda yang bujang, yang baru berkahwin ataupun yang kesuntukan masa, tetapi tetap nak masak.
Resepi ini merupakan salah satu dari koleksi resepi ayam yang ingin kongsikan dengan anda.
Resepi ayam masak kicap yang mudah ni amat popular bagi kita rakyat Malaysia, bukan saja mudah dan ringkas, tetapi ia juga membuka selara dan membuatkan anda menambah-nambah tanpa sedar.
Ada pelbagai versi resepi ayam masak kicap ni kalau anda nak cuba, seperti Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat dan Ayam Masak Kicap Pedas. Tapi kali ini, jom cuba ayam kicap simple ni dulu.
Cara memasak ayam kicap ni sangatlah mudah. Ia menggunakan bahan yang sedikit dan mudah didapati di dapur anda.
Kami bahagikan proses memasak resepi ini kepada 2 bahagian.
Bahagian pertama ialah proses menggoreng ayam. Ayam yang dipotong sederhana digaul garam dan kunyit, kemudian digoreng tidak terlalu garing.
Bahagian kedua pula proses menyediakan kuah kicap. Proses ini juga sangat mudah. Anda cuma perlu menumis bawang sehingga naik bau, kemudian disambung dengan menumis kicap dan sos tiram sebelum memasukkan ayam. Ayam dan kuah digaul sehingga rata.
Jom semak bahan-bahan yang anda perlukan dahulu untuk memasak ayam kicap ini.