Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah, Sedap Dan Menyelerakan.

7 November 2022 3652
Resepi Ayam
resepi ayam masak kicap kuah pekat dan simple
Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan utama Ayam masak kicap

  • 1/2 ekor ayam
  • kunyit
  • kicap lemak manis mengikut citarasa
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 2-3 sudu sos tiram
  • 1-2 biji tomato ( dipotong 4)
  • 1 biji bawang besar holland ( dihiris bulat atau separuh bulat)
  • garam
  • Gula
  • minyak masak
  • air secukupnya
  • Daun bawang atau daun sup (untuk hiasan)

Bahan - bahan Kisar

  • 1 biji bawang besar holland
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Bahan-bahan Tumis

  • 1-2 kulit kayu manis
  • 3-5 bunga lawang
  • 3-5 buah pelaga
  • 2-4 bunga cengkih
  • 1 Collapse

    Penyediaan ayam goreng untuk Ayam Masak Kicap.


    • 1. Potong dan bersihkan ayam. Sejat sehingga air kering.
    • 2. Lumurkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
    • 3. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng ayam. Goreng ayam sehingga hampir masak dan jangan terlalu garing. Angkat, sejat minyak dan ketepikan dahulu. Anda boleh ke langkah penyediaan kuah kicap pula.
  • 2 Collapse

    Cara memasak kuah kicap untuk ayam masak kicap.


    • 1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali untuk menumis. Mula-mula masukkan bahan tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau.
    • 2. Kemudian, anda boleh mula menumis bahan kisar pula. Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi kedalam kuali, tumis sehingga kuning keperangan dan naik bau serta masak.
    • 3. Seterusnya, anda bolehlah masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Jika bahan tumisan agak pekat, anda boleh masukkan sedikit air bagi mengelakkan kuah hangus. jangan terlalu banyak air, nanti kuah agak cair dan kurang sedap.
    • 4. Sekiranya bahan tumisan sudah pecah minyak dan warna sedikit gelap, anda boleh tambahkan sos tiram, kicap lemak manis dan kicap pekat. Kacau sehingga sebati.
    • 5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu, mengikut citarasa anda. Sebenarnya rasa masin serta manis sos tiram dan kicap sudah memadai. Tapi terpulang pada citarasa anda.
    • 6. Setelah anda berpuas hati dengan rasa kuah kicap,iaitu bahan tumisan tadi, anda bolehlah masukkan bawang besar holland yang dihiris tadi. Kacau sehingga bawang hampir layu.
    • 7. Tiba masa anda masukkan bahan utama iaitu ayam yang digoreng tadi. Gaulkan ayam kedalam kuah kiap sehingga sebati.
    • 8. Akhir sekali masukkan potongan tomato tadi dan kacau seketika. Angkat kedalam bekas yang bersesuaian dan hiaskan dengan daun sup ataupun daun bawang.
    • 9. Siap untuk dihidang!

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda salah satu resepi ayam yang popular bagi rakyat Malaysia, iaitu resepi ayam masak kicap.

Resepi ayam masak kicap yang ingin kongsikan ini merupakan resepi ayam berkuah, di mana agak mudah dan senang untuk dicuba.

Resepi ini seringkali menjadi pilihan utama bagi ibu-ibu ataupun tukang masak keluarga. Ia sesuai dihidang sebagai menu makanan tengahari dan juga menu makan malam. Resepi ini sangat mudah tetapi mampu membuat seseorang makan sampai menambah-nambah.

Ayam masak kicap ada banyak versi seperti ayam masak kicap pedas, ayam masak kicap simple bagi yang bujang, ada juga sebagai lauk seperti nasi ayam kicap 3 budak gemuk, dan juga resepi kita kali ini , iaitu ayam masak kicap berkuah.

Untuk resepi kali ini, kami bahagikan proses penyediaan ayam kicap ini kepada 2 bahagian.

Bahagian pertama ialah penyediaan ayam goreng. Ayam yang dipotong dengan potongan sederhana akan digoreng sehingga hampir masak dan sedikit garing. Ayam ini akan digaul dengan kuah kicap yang akan disediakan pada bahagian kedua nanti.

Bahagian kedua pula, kami kongsikan cara memasak kuah untuk ayam masak kicap pula. Penyediaan kuah kicap ini agak mudah dan senang untuk diikuti. Anda akan menumis bahan tumis , kemudian bahan kisar dan seterusnya memasak kuah kicap sehingga masak.

Kuah kicap yang siap dimasak akan dimasukkan ayam yang digoreng pada bahagian pertama tadi.

Sebelum mula memasak, jom semak bahan-bahan yang anda perlukan untuk memasak ayam masak kicap ini.