Resepi Ayam Masak Kicap Pedas. Jom Cuba! Pasti Menambah.

8 November 2022 1105

Ayam masak kicap pedas dan sedap
Ayam masak kicap Pedas dan sedap

Bahan-bahan utama Ayam masak kicap Pedas

  • 1/2 ekor ayam
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 2-3 biji cili merah besar ( di potong serong)
  • 2-3 biji cili hijau besar ( potong serong)
  • 1 biji bawang besar holland ( di hiris separuh bulat)
  • 1 biji tomato ( belah 8)
  • air secukupnya
  • minyak masak

Bahan - bahan Kisar

  • 1 biji bawang besar holland
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 2-4 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia

Bahan-bahan sos kuah Kicap

  • 2-3 sudu sos tiram
  • 3-5 sudu besar kicap lemak manis
  • 2-3 sudu sos tomato
  • 2 sudu besar air asam jawa

Bahan-bahan Tumis

  • 1 kulit kayu manis
  • 2-3 bunga lawang
  • 2-3 buah pelaga
  • 2-3 bunga cengkih
  • 1 Collapse

    Penyediaan ayam goreng untuk Ayam Masak Kicap Pedas.


    • 1. Potong ayam kepada potongan sederhana kecil. Basuh sehingga bersih. Sejat air sehingga kering. Kemudian gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Guna sedikit sahaja garam kerana ayam goreng anda tidak perlu masin sangat.
    • 2. Panaskan minyak didalam kuali dan goreng ayam sehingga sedikit garing dan hampir masak. Setelah selesai, angkat dan ketepikan dulu sementara anda sediakan kuah kicap pedas pula.
  • 2 Collapse

    Cara-cara memasak kuah kicap pedas.


    • 1. Panaskan minyak didalam kuali, anda boleh gunakan sebahagian daripada minyak menggoreng ayam tadi, ataupun minyak baru pun boleh. Kuantiti minyak hendaklah mencukupi bagi menumis bahan tumis dan bahan kisar nanti.
    • 2. Jika minyak sudah panas, mulakan dengan menumis bahan tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang , buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis sehingga berbau harum.
    • 3. Langkah seterusnya, anda bolehlah mula menumis bahan kisar tadi. Tumis bawang besar holland, bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuningan.
    • 4. Seterusnya, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan warna menjadi gelap. Tambah air sedikit jika kuah terlalu pekat supaya kuah bahan tumisan tidak hangus.
    • 5. Kemudian anda boleh masukkan bahan sos iaitu sos tiram, sos tomato, kicap lemak manis dan air asam jawa. Kacau kuah sehingga masak dan sebati. Perasakan dengan kicap dan sos tiram mengikut citarasa anda untuk rasa masin dan manis.
    • 6. Setelah kuah sudah sebati, masukkan cili besar merah dan cili besar hijau yang telah dipotong serong. Anda boleh tambah dengan cili padi jika mahukan lebih pedas. kacau sekejap sehingga cili hampir layu.
    • 7. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacau sehingga ayam masak. Setelah ayam masak, masukkan potongan tomato dan hirisan bawang besar holland, kacau sekejap sehingga bawang dan tomato hampir layu.
    • 8. Jika anda sudah berpuas hati dengan rasa dan yakin ayam sudah masak, angkat ayam masak kicap pedas ini kedalam bekas yang bersesuaian. Taburkan dengan hirisan daun sup ataupun daun bawang sebagai hiasan. Sedia untuk dihidang!

Jom tambah koleksi resepi ayam anda dengan mencuba resepi dan cara memasak ayam masak kicap pedas dan sedap ini.

Ayam masak kicap pedas ini dikategorikan sebagai resepi ayam berkuah. Kuahnya agak pekat dan sedap, sesuai dihidang sebagai lauk makan tengahari.

Selain dari resepi ini, ada berbagai versi ayam masak kicap seperti ayam masak kicap berkuah dan ayam masak kicap simple

Resepi ini seringkali menjadi pilihan hidangan kerana ia tidak terlalu rumit, dan cara memasak ayam masak kicap pedas ini agak senang untuk dicuba. 

Cara memasak resepi ayam masak kicap pedas ini terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama ialah penyediaan ayam goreng. Ayam perlu digoreng dahulu sehingga sedikit garing dan hampir masak.

Bahagian kedua pula ialah cara memasak kuah kicap pedas. Bahan-bahan perlu ditumis dahulu sehingga pecah minyak, sebeum ditambah dengan bahan-bahan sos. Setelah masak, ayam yang digoreng tadi akan digaul dengan kuah kicap sehingga sekata dan masak sebelum dihidang.

Sebelum mula memasak, jom semak bahan-bahan yang anda perlukan untuk memasak ayam masak kicap pedas ini.