Ikan Siakap Bakar Berempah Penambat Selera
Bahan Utama
- 1 ekor ikan siakap- dibersihkan
- 1 helai daun kunyit- hiris halus
- 2 helai daun limau purut - hiris halus
- Daun kunyit / Pisang - untuk alas ikan
- Aluminium foil
Bahan - bahan Kisar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai - potong
- 1 helai daun limau purut
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar rempah kari ikan
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit
- 1/2 inci lengkuas
- 3 kelopak bunga kantan
- air asam jawa
- gula
- garam
-
1 Collapse
Penyediaan rempah ikan bakar
- 1. Kisar semua bahan kisar sehingga lumat dan sebati. masukkan sedikit air sebelum mula mengisar supaya bahan kisar lebih senang lumat.
- 2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau wangi dan sedikit garing.
- 3. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan air asam jawa dan kacau lagi sehingga betul-betul garing. Tutup api dan ketepikan sementara anda menyediakan ikan untuk dibakar.
-
2 Collapse
Penyediaan ikan untuk dibakar.
- 1. Sediakan aluminium foil mengikut saiz ikan. Alas dengan daun kunyit ataupun daun pisang untuk manambahkan lagi aroma ikan bakar.
- 2. Tuangkan sebahagian rempah tadi diatas daun kunyit/pisang. Letakkan ikan dan tuang baki rempah diatasnya. Ratakan ke semua bahagian ikan.
- 3. Balut keseluruhan ikan dengan aluminium foil dan perap selama 15 minit.
- 4. Panaskan oven pada suhu 180 - 200 darjah celcius. Bakar ikan selama 15- 20 minit sehingga ikan masak.
- 5. Setelah masak, perahkan air limau nipis ke atas ikan. Sedia untuk dihidang.
Teringin nak makan ikan siakap bakar berempah macam yang dijual kat kedai tu?
Jom kami kongsikan Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah yang boleh anda cuba dirumah, alang-alang ikan siakap dah ada, tak perlu lagi nak keluar rumah kan.
Ikan bakar berempah ni popular di kedai-kedai makan yang menyediakan menu ikan bakar dan juga dipasar-pasar malam, serta bazar Ramadhan jika tiba bulan puasa. Rasa perapan ikan bakar yang betul-betul meresap ke dalam isi ikan pasti menambat selera sesiapa saja yang mencuba.
Tambahan pula, isi ikan bakar berempah ini lebih berjus dan tidak kering, dimana rasa asli ikan masih dikekalkan. Mari kita cuba buat resepi ikan bakar macam kat kedai ni.
Resepi yang ingin kami kongsikan ini merupakan salah satu dari senarai idea masakan ikan siakap yang wajib anda cuba. Antara resepi ikan siakap lain yang boleh anda cuba ialah Ikan Siakap Goreng Sos Thai dan juga ikan siakap masak 3 rasa.
Cara masak ikan siakap bakar berempah ini tidaklah susah mana. Proses menyediakan bahan-bahan pun mudah dan senang untuk dicuba.
Mula-mula sediakan ikan dulu. Basuh bersih ikan dan kelar sedikit pada bahagian luar. Untuk menghilangkan hanyir ikan, anda boleh cuba lumurkan dahulu ikan dengan tepung gandum dan basuh juga dengan air tepung gandum tadi. Nanti hanyir dan lendir ikan akan tanggal bersama gandum. Selain itu anda juga boleh basuh menggunakan perahan air limau nipis.
Ketepikan dahulu ikan yang telah siap dibasuh tadi. Sediakan pula bahan-bahan untuk dikisar.
Potong kecil-kecil bahan yang kasar supaya mudah proses mengisar nanti. Sebelum mengisar, masukkan sedikit air supaya bahan mudah dikisar dan lumat halus semuanya. Kisar sehingga menjadi pes yang halus. Untuk senarai lengkap bahan-bahan, anda boleh semak dibahagian resepi dibawah.
Setelah siap bahan-bahan kisar, anda boleh sediakan ikan untuk dibakar. Sediakan aluminium foil mengikut saiz ikan siakap. Pastikan aluminium foil yang anda potong dapat membalut keseluruhan ikan masa proses membakar nanti.
Hamparkan aluminium foil tadi dan alas dengan daun kunyit ataupun daun pisang. Penggunaan daun ini dapat menambahkan lagi aroma ikan bakar anda. Tuangkan sedikit pes rempah ikan bakar yang dikisar tadi keatas daun tersebut. Kemudian letakkan ikan dan tuangkan lagi rempah keatas ikan sehingga keseluruhan bahagian ikan dilitupi dengan pes. Lumurkan sedikit kedalam bahagian perut ikan.
Kemudian balut ikan dengan aluminium foil sehingga pes tidak terkeluar.
Anda boleh bakar ikan siakap mengikut kaedah yang mudah bagi anda seperti menggunakan ketuhar(oven), menggunakan pemanggang ajaib ataupun dibakar menggunakan api.
Jika menggunakan oven, bakar ikan selama 15-20minit dengan menggunakan suhu antara 170-180 darjah celsius. Jika menggunakan pemanggang ajaib ataupun dapur arang, bakar dengan menggunakan api sederhana besar.
Bakar ikan sehingga masak iaitu apabila isi ikan mudah tertanggal dari tulang dan warna isi ikan menjadi putih.
Untuk langkah yang lebih lengkap, anda boleh rujuk pada bahagian cara memasak dibawah.
Jangan lupa kongsikan resepi ini di Facebook ataupun group Whatsapp anda, nanti dapatlah rakan-rakan dan keluarga anda mencubanya juga.
Jom semak senarai lengkap bahan yanga anda perlukan.