Resepi Ayam Goreng Berempah Simple Tetapi Sedap
Resepi Ayam Goreng Berempah Simple
- 1 ekor ayam
- 1-2 sudu serbuk kunyit
- 1 biji telur ayam
- 1-2 sudu kecil serbuk/ biji ketumbar
- 2-3 sudu tepung jagung
- 2-3 tangkai daun kari
- 1 kiub pati ayam/ serbuk perasa
- garam
- gula
Bahan - bahan Kisar
- 4-6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2-3 batang serai (dipotong pendek)
- segengam lada kering ( potong dan basuh terlebih dahulu)
-
1 Collapse
Cara memasak Ayam Goreng Berempah Simple
- 1. Potong ayam kepada bahagian sederhana kecil. Jika beli dikedai, minta penjual ayam potong ikut potongan 8 untuk saiz yang besar ataupun saiz 12 untuk saiz yang agak kecil. Basuh dan bilas ayam kemudian toskan supaya air kering. Ketepikan dahulu sementara menyediakan bahan perapan.
- 2. Kisar bawang putih, halia , lada kering dan juga serai sehingga halus. Jika anda mahukan serat serai yang lebih kasar, serai bolehlah ditumbuk halus sahaja tanpa perlu dikisar. Potong dahulu serai kepada saiz 1 inci sebelum ditumbuk.
- 3. Sediakan satu bekas yang besar untuk memerap ayam nanti. Masukkan semua bahan seperti telur ayam, tepung jagung, serbuk perasa serta yang lain-lain kedalam bekas dan gaulkan sehingga sebati.
- 4. Kemudian masukkan sekali bahan-bahan yang telah dikisar tadi beserta serai dan gaulkan sekali lagi sehingga semua bahan sekata warna nya.
- 5. Tiba masa untuk anda memasukkan ayam. Gaul ayam kedalam perapan sehingga bahan perapan melumuri kesemua bahagian ayam supaya rasa perapan meresapi sehingga ke isi ayam, barulah lazat rasa ayam anda nanti. Perap ayam paling kurang 30 minit. Untuk mendapatkan rasa yang enak, tambahkan lagi masa perapan. Kami sarankan anda perap ayam didalam peti jika anda perap dalam tempoh yang lama.
- 6. Langkah seterusnya selepas selesai proses perapan ialah proses menggoreng. Untuk memastikan ayam digoreng masak sempurna, anda digalakkan menggunakan kuantiti minyak yang banyak, agak-agak tenggelam ayam masa menggoreng nanti. panaskan minyak didalam kuali yang dalam, jika anda mengguanakan kuali yang biasa pun tidak mengapa. Kemudian goreng ayam sehingga warna ayam bertukar kepada merah keperangan. Pastikan anda menjaga api dengan betul supaya ayam tidak masak diluar sahaja, isi dalamnya kurang masak.
- 7. Setelah ayam betul-betul masak, angakat dan letakkan didalam bekas yang bersesuaian. Sedia untuk dihidang. Selamat menjmu selera!
Rasa nak makan ayam goreng berempah tapi tak nak resepi yang rumit? Nak yang simple-simple je? Jom tambah koleksi resepi ayam anda dengan mencuba resepi ayam goreng berempah yang kami nak kongsikan ini.
Anda nak memasak tapi nak santai-santai je kan, nak cuba resepi yang ringkas yang tidak menggunakan banyak masa dan tenaga. Resepi ini sesuai untuk anda.
Sebelum itu, ayam goreng berempah ni mempunyai pelbagai versi resepi. Antara yang paling popular seperti Resepi Ayam Goreng Berempah Viral dan Ayam Goreng Berempah Mamak. Satu lagi mestilah resepi yang kami nak kongsikan dengan anda ni.
Selain mudah untuk disediakan, bahan-bahan yang digunakan untuk agak ringkas. Jom kami perincikan bahan-bahan dan cara memasak resepi ini.
Anda boleh gunakan semua bahagian ayam untuk resepi ini. Saiz potongan ayam yang sesuai adalah potongan 8 untuk saiz yang besar atau 12 untuk kecil sedikit. Jangan risau, anda beritahu je penjual ayam nanti ,anda nak potong 8 atau 12, pandailah dia potong. Tapi Jika anda beli seekor terus, anda boleh potong mengikut saiz kegemaran anda.
Bahan-bahan perapan pula senang untuk disediakan. Terdapat empat jenis bahan yang perlu dikisar halus terlebih dahulu. Bawang putih, halia, serai dan juga lada kering dikisar bersama sehingga menjadi tekstur yang halus. Anda juga boleh tumbuk halus sahaja serai jika mahukan perapan lebih berserat serai.
Bahan-bahan seperti telur, tepung jagung, serbuk perasa dan lain-lain kemudian digaul bersama bahan kisar tadi didalam bekas yang besar, supaya senang untuk perap ayam nanti. Untuk langkah penyediaan yang lengkap, anda bolehlah lihat dibahagian penyediaan dibawah nanti.
Sebelum anda mula memasak, jom semak kesemua bahan yang anda perlukan untuk menyediakan juadah ayam goreng berempah simple ini.