Ayam Goreng Berempah : Resepi Dan Cara Memasak Yang Lengkap

11 December 2022 1869
Resepi Ayam
Resepi ayam goreng berempah
Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan Utama untuk Ayam Goreng Berempah

  • 1 ekor ayam
  • 2-3 sudu besar rempah kari daging
  • 2-3 sudu besar serbuk cili/ chili flakes
  • 1-2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1-2 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1-2 sudu besar tepung beras/ tepung jagung
  • 3 tangkai daun kari
  • garam
  • gula

Bahan-bahan kisar

  • 5-7 ulas bawang putih
  • 4-6 biji bawang merah
  • 1-2 inci halia
  • 3-5 batang serai (dipotong pendek terlebih dahulu sebelum dikisar)
  • 1 Collapse

    Cara memasak Ayam Goreng Berempah


    • 1. Langkah pertama ialah penyediaan ayam. Potong ayam mengikut saiz yang anda kehendaki. Basuh dan bilas ayam kemudian toskan untuk keringkan air. Ketepikan dulu ayam sementara menyediakan bahan perapan pula.
    • 2. Sediakan bahan-bahan untuk dikisar. Kisar halus bawang putih, bawang merah, halia dan juga serai. Anda juga boleh kisar asing serai untuk mendapatkan tekstur yang lebih kasar, ataupun serai boleh juga ditumbuk halus berasingan, tidak perlu lagi kisar bersama bahan-bahan lain.
    • 3. Kemudian gaulkan bahan kisar tadi bersama dengan bahan-bahan lain didalam bekas yang besar supaya nanti senang untuk perap ayam bersama.Gaul bahan sehinggga sebati dan sekata warna dan teksturnya. Warna bahan-bahan nanti seakan-akan merah oren begitu.
    • 4. Seterusnya anda bolehlah masukkan ayam kedalam bekas dan gaul-gaul ayam sehingga bahan perapan melumuri keseluruhan bahagian ayam, jangan sampai ada yang tertinggal nanti.
    • 5. Langkah seterusnya, ayam perlu diperap paling kurang selama 1 jam. Untuk mendapatkan rasa ayam goreng berempah yang lazat, lagi lama ayam diperap lagi bagus. Jika anda tidak mempunyai banyak masa, 30 minit sudah memadai.
    • 6. Bila ayam sudah sedia untuk digoreng, panaskan minyak dalam kuantiti yang agak banyak berbanding kuantiti anda menggoreng ayam yang biasa. Agak-agak sampai keseluruhan bahagian ayam yang anda hendak goreng nanti tenggelam.
    • 7. Goreng ayam dengan api yang besar, tapi jangan terlalu besar nanti ayam tidak masak keseluruhan di bahagian dalam. Goreng ayam sehingga bertukar warna kepada perang gelap. Patikan ayam betul-betul masak sebelum anda angkat, takut nanti bahagian dalam ayam tidak masak sepenuhnya.
    • 8. Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dihidang. Selamat menjamu selera.

Sedapnya Ayam Goreng Berempah dimakan panas-panas. Kalau kena dengan resepi dan betul cara masak, ayam goreng mekdi pun boleh kalah.

Nak beli dikedai tetapi malas pula nak keluar kan? Kedai pulak jauh, kalau keluar pun nak kena berebut parking pulak, lebih-lebih lagi kalau kedai tu pulak selalu ramai orang, jenuh nak menunggu.

Apa kata kali ini anda cuba je Resepi Ayam Goreng Berempah yang kami nak kongsikan ni, buat sendiri lagi puas hati. Nak saiz ayam besar-besar, anda sendiri yang tentukan. Lagipun bukan susah nak masak ayam goreng berempah ni, kalau bahan-bahan yang anda gunakan cukup lengkap,silap-silap boleh kalah kedai kegemaran anda nanti.

Selain dari dapat mencuba resepi baru, anda juga boleh kayakan lagi koleksi resepi ayam anda. Resepi kali ini senang untuk dimasak walaupun memerlukan masa penyediaan yang agak lama. Masa yang lama digunakan untuk memerap ayam dengan bahan-bahan perapan, tapi jangan risau, sepanjang proses perapan, anda boleh je buat kerja-kerja lain dahulu.

Ayam goreng berempah biasanya dimakan panas-panas bersama nasi putih, sering disaji sewaktu makan tengahari dan juga makan malam. Selain itu, ayam berempah ni amat popular digandingkan bersama nasi kukus. Kedai nasi kukus yang popular dan viral kebanyakannya bergantung kepada kelazatan rasa ayam berempah mereka.

Ada beberapa versi ayam goreng berempah yang boleh anda cuba. Antara yang sering menjadi pilihan adalah seperti Resepi Ayam Goreng Berempah Simple, Ayam Goreng Berempah Mamak, dan resepi yang kami nak kongsikan ini, Resepi Ayam Goreng Berempah Viral.

Cara memasak ayam goreng berempah ni bukanlah susah pun, sediakan ayam dan bahan perapan, perap ayam untuk dapatkan rasa ayam yang lazat, kemudian goreng, senangkan? Rahsia keenakan ayam goreng berempah bergantung kepada bahan-bahan perapan yang digunakan. Mari kami perincikan bahan-bahan dan cara memasak ayam goreng berempah ini.

Sediakan ayam dan potong mengikut potongan kegemaran anda. Untuk saiz yang besar, anda boleh minta orang yang jual ayam tu potong ayam kepada potongan 8, ataupun potongan 12 untuk saiz yang kecil sedikit. Ayam goreng berempah ni lebih enak jika digoreng saiz besar-besar, anda dapat menikmati isi putih ayam yang lebih berjus dan rasa perapan ayam yang enak.

Tapi hati-hati bila menggoreng ayam saiz besar ni, anda perlu pastikan bahagian dalam ayam betul-betul masak sebelum angkat, penjagaan api semasa menggoreng memainkan peranan besar disini. Api terlalu besar boleh sebabkan bahagian luar ayam terlalu garing tetapi bahagian dalam tidak masak sepenuhnya.

Rempah kari daging digunakan untuk mendapatkan rasa kari yang enak. Anda boleh gunakan serbuk cili ataupun empingan cili (chili flakes) untuk rasa pedas. tambah atau kurangkan kuantiti serbuk cili megikut kepedasan yang anda inginkan.

Jika anda menggunakan biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang bukan dalam bentuk serbuk, anda boleh kisar 3 bahan tersebut bersama bahan-bahan kisar nanti. Tapi jika kesemua 3 bahan tersebut sudah dalam bentuk serbuk, anda boleh masukkan terus nanti ke dalam bahan-bahan perapan.

Untuk menghasilkan ayam goreng berempah yang rangup pada bahagian luar, anda jangan tinggal bahan penting ini. Bahan ini merupakan rahsia utama untuk rasa dan rangup dan ayam elbih beserdak. Anda boleh gunakan tepung beras ataupun tepung jagung. Tapi pilihan utama ialah tepung beras. Jangan gunakan kedua-duanya sekali, nanti lain pula jadinya. Anda hanya perlu gunakan dengan kuantiti yang bersesuaian sahaja, tidak perlu terlalu banyak.

Untuk membangkitkan lagi rasa kari, sudah tentulah daun kari rahsianya. Gunakan beberapa tangkai daun kari yang sudah dibasuh untuk diperap bersama nanti.

Seterusnya bahan kisar. Kisar halus bawang putih, bawang merah dan juga halia. Anda boleh kisar serai yang telah dipotong pendek bersama bahan-bahan tadi. Tapi jika anda mahukan serat serai yang lebih kasar, memadai serai yang dipotong pendek tadi ditumbuk halus sahaja.

Setelah semua bahan siap disediakan,gaul kesemua bahan-bahan perapan sehingga sebati dan sekata warnanya. Masukkan ayam dan gaul sekali lagi sehingga bahan perapan meresap kesemua bahagian ayam. Barulah enak rasa ayam berempah anda nanti. Perap ayam dalam jangkamasa paling kurang satu jam. Lagi lama lagi sebati rasa perapan kedalam isi ayam anda nanti.

Mari kami kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan yang lebih terperinci dengan anda seperti di bawah ini.