Resepi Sup Ayam Sedap Dan Kaw!

1 February 2023 1461
Resepi Ayam
Resepi Sup Ayam Sedap
Sup Ayam Sedap

Bahan-bahan Sup Ayam Sedap

  • 1/2 ekor ayam
  • 2-3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 3-4 biji bawang merah, ditumbuk halus
  • 1/2 inci halia, ditumbuk
  • sup bunjut
  • kiub pati ayam
  • 1-2 biji ubi kentang
  • lobak merah
  • daun sup
  • garam
  • gula

Bahan - bahan Tumis darat

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 cm inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3-5 biji buah pelaga
  • 1-2 kuntum bunga lawang
  • 2-4 tangkai bunga cengkih
  • 1 Collapse

    Cara masak sup ayam yang sedap


    • 1. Langkah pertama ialah anda perlu sediakan dulu bahan-bahan yang hendak dimasak.
    • 2. Potong ayam kepada bahagian yang lebih kecil mengikut saiz kegemaran anda. Basuh bersih ayam, bilas dan kemudian toskan airnya. ketepikan dahulu ayam.
    • 3. Tumbuk bawang puting, bawang merah dan halia sehingga lumat.
    • 4. kemudian sediakan pula uni kentang dan juga lobak merah. Kupas kulit ubi kentang kemudian belah empat. Begitu juga dengan lobak merah, kupas kulit kemudian potong separa bulat. rendam dahulu ubi dan lobak didalam air sementara anda ke bahagian seterusnya.
    • 5. Panaskan sedikit minyak didalam kuali untuk menumis. Tumis bahan tumbuk tadi iaitu, bawang merah, bawang putih dan juga halia. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
    • 6. Setelah bahan tumis wangi dan garing, anda boleh masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut dan kering air.
    • 7. Seterusnya bolehlah anda masukkan air sehingga ayam sedikit tenggelam. Air jangan terlalu banyak nanti sup anda cair dan hambar.
    • 8. Masukkan pula sup bunjut, ubi kentang dan juga kiub pati ayam. Renehkan sup sehingga mendidih.
    • 9. Sekiranya ubi kentang hampir empuk anda bolehlah masukkan lobak merah pula. Masak sehingga ubi dan lobak empuk.
    • 10. Sementara menunggu ubi dan lobak empuk, anda bolehlah sediakan bahan tumis darat dahulu. Dengan menggunakan kuali lain, panaskan minyak untuk menumis.
    • 11. Tumis bahan tumis darat seperti bawang merah, bawang putih, halia dan juga rempah 4 sekawan. Tumis sehingga kekuningan dan garing. Setelah garing tuangkan ke dalam sup yang sedang dimasak tadi.
    • 12. Kacau sup sehingga rasa bahan tumis darat betul-betul terasa. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa anda.
    • 13. Setelah ubi dan lobak empuk dan sup juga masak. Angkat sup dan sediakan didalam bekas yang bersesuaian. Selamat menjamu selera.

Jom cuba Resepi Sup Ayam Sedap yang ingin kami kongsikan ini.

Sup ayam amat popular dalam kalangan rakyat malaysia. Sup ayam sering dijadikan menu makan tengahari dan juga menu makan malam.

Selain itu sup ayam juga dijadikan hidangan ketika seseorang tidak sihat, kerana khasiatnya mampu membuatkan seseorang itu lebih baik.

Kebiasaannya sup ayam dihidangkan bersama nasi putih panas-panas, dan digandingkan dengan sambal belacan dan juga telur dadar.

Terdapat pelbagai variasi resepi sup ayam sebenarnya. Antara yang paling popular ialah sup ayam simple dan juga sup ayam thai. Bercakap tentang sup ayam thai, menu ini merupakan antara menu yang popular di kedai-kedai masakan ala thai. Bolehlah anda cuba semuanya nanti dan menambahkan lagi koleksi resepi ayam anda.

Cara memasak sup ayam senang sahaja. Ianya tidak memerlukan kepakaran tertentu. Mudah diikuti bagi yang kali pertama ingin mencuba.

Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak sup ayam sedap ini juga mudah untuk didapati. Kedai runcit kecil-kecil pun sudah boleh dapatkan semua bahan yang lengkap.

Antara bahan utama ialah, bawang merah, bawang putih halia dan juga rempah 4 sekawan. Untuk senarai bahan yang lengkap, anda boleh semaka di bahagian resepi dibawah.

Untuk proses memasak sup ayam sedap ni, langkah pertama ialah anda perlu sediakan bahan-bahan dahulu, barulah lancar nanti.