3 Resepi Sup Ayam Pilihan Ramai

9 February 2023 429

3 Resepi Sup Ayam yang Sedap pilihan ramai
3 Resepi Sup Ayam

Jom kami kongsikan dengan anda 3 koleksi resepi sup ayam yang paling digemari ramai.

Sup ayam adalah antara resepi ayam yang sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan hidangan. Ia merupakan resepi ayam berkuah tanpa santan yang mudah untuk disediakan.

Sup ayam biasanya dijadikan sebagai lauk makan tengahari dan juga makan malam. Lebih-lebih lagi jika keadaan cuaca yang sedikit hujan ataupun sejuk, keenakan sup ayam akan lebih terasa.

Ianya sering digandingkan bersama dengan beberapa jenis menu lain. Antara gandingan utama sup ayam adalah sambal belacan dan juga telur dadar. Kalau anda makan dikedai, ataupun secara khususnya kedai masakan ala thai, gandingan ini memang padu.

Bila anda hidangkan bersama dengan nasi putih panas-panas, bertambah-tambah nasi nanti. 

Selain itu, menu sup ayam juga sering dijadikan hidangan untuk orang yang kurang sihat. Orang yang kurang sihat, selera makan biasanya berkurang. Berbeza dengan lauk lain, sup ayam lebih membuka selera ketika tidak sihat. Sup ayam yang direneh lama juga mempunyai khasiat tinggi untuk membantu seseorang itu pulih.

Terdapat pelbagai jenis sup ayam yang boleh anda cuba. Secara khususnya di Malaysia, 3 resepi yang sering menjadi pilihan ialah Sup ayam simple, Sup Ayam Sedap, dan juga Sup Ayam Ala Thai.

Anda boleh ke pautan resepi kegemaran anda yang kami sediakan dibawah.

  • 1 Collapse

    Resipi Sup Ayam Simple


    Resipi Sup Ayam Simple dan Sedap
    Resipi Sup Ayam Simple

    Resepi Sup Ayam Simple ini sering menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menikmati sup.

    Sila ke pautan Sup Ayam Simple untuk mencuba cara memasak resepi ini.

    Menu ini adalah menu yang wajib anda tahu dan cuba. Kerana ia adalah antara menu simple yang boleh disediakan dalam waktu yang singkat.

    Sup ayam Simple ini sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk dan tidak banyak masa untuk ke dapur.

    Bagi yang bujang ataupun baru kahwin, resepi ini amat sesuai untuk anda. Apa lagi, jangan lupa masukkan dalam koleksi resepi bujang ataupun resepi awal kahwin.

    Selain itu, ia juga sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Sup ayam simple ini mudah diterima oleh kanak-kanak. Asalkan jangan buat pedas-pedas.

    Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak sup ayam ini sudah tentu mudah didapati. Ia juga tidak menggunkan banyak bahan, anda boleh semak senarai bahan-bahan di pautan Sup Ayam Simple ini.

    Cara memasak sup ayam simple juga senang untuk dicuba oleh semua orang, lebih lebih lagi abagi anda yang baru ingin mencuba.

    Langkah pertama ialah penyediaan bahan-bahan. langkah ini penting bagi melancarkan proses memasak nanti. Anda perlu potong ayam mengikut saiz kegemaran anda. kemudian sediakan bahan tumbuk seperti bawang merah, bawang putih dan juga halia.

    Sediakan juga ubi kentang dan juga lobak merah sebagai bahan sampingan. Anda boleh kupas dan belah empat ubi kentang. Lobak merah pula dipotong separa bulat.

    Untuk cara memasak yang lebih lengkap, sila ke pautan Sup Ayam Simple ini.

  • 2 Collapse

    Resipi Sup Ayam Sedap dan Kaw


    Resipi Sup Ayam Sedap dan Kaw
    Resipi Sup Ayam Sedap dan Kaw

    Resepi Sup Ayam Sedap dan Kaw ini sesuai untuk anda yang sukakan rasa sup ayam yang asli.

    Alang-alang anda ingin menikmati sup ayam, biar puas hati terus.

    Untuk mendapatkan rasa sup ayam yang sebenar,bahan-bahan yanga digunakan sedikit banyak berbanding sup ayam simple. Walaupun begitu, bahan-baha untuk memasak sup ayam sedap dan kaw ini mudah saja untuk didapati.

    Dapatkan senarai bahan-bahan yang lengkap dipautan Sup Ayam Sedap ini.

    Anda boleh cuba resepi ini ketika mood memasak anda sedang membuak-buak. Menjadi kepuasan apabila resepi yang anda cuba menghasilkan rasa asli yang sedap dan kaw.

    Cara memasak sup ayam ini sedikit berbeza dari supayam simple. Tapi bezanya tidaklah begitu ketara.

    Anda boleh mengetahui cara memasak sup ini di pautan Sup Ayam Sedap.

  • 3 Collapse

    Resipi Sup Ayam Thai


    Resipi Sup Ayam Ala Thai
    Sup Ayam ala Thai

    Resepi ini pula berasal dari negara jiran kita iaitu Thailand. 

    Seperti yang anda sedia maklum, masakan thailand mudah diterima dan menepati citarasa kita rakyat Malaysia.

    Rasa masakan thailand yang lengkap dengan semua rasa merupakan identiti utama mereka. Rasanya yang unik membuatkan sesiapa saja akan berselera.

    Berbalik kepada resepi sup ayam thai, cara memasaknya tidaka banyak beza dengan sup ayam versi malaysia. Cuma bahan-bahan yang digunakan menjadikan resepi ini sebagai pilihan utama sesetengah orang.

    Untuk mendapatkan senarai bahan-bahan yang lengkap, anda boleh ke pautan Sup Ayam Thai ini.

    Jika anda tidak pernah mencuba resepi ini, anda boleh ke kedai masakan panas ala thai berdekatan dan order menu Sup Ayam thai ini. Sekali anda cuba, pasti anda tak sabar untuk masak sendiri nanti.

    Jika anda ingin mencuba, anda boleh ikuti langkah-langkah penyediaan di pautan Sup Ayam Thai ini.