Resepi Sup Ayam Thai Dengan Rasa Yang Lengkap

29 January 2023 941
Resepi Ayam
resepi sup ayam thai
Sup Ayam ala Thai

Bahan-bahan Sup Ayam Thai

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu sos ikan
  • perahan air limau nipis
  • 1/2 lobak merah
  • 1 biji tomato, belah enpat
  • 1 batang saderi, potong serong
  • daun limau purut
  • daun ketumbar
  • garam

Bahan-bahan tumis

  • 2-3 ulas bawang putih, hiris halus atau tumbuk
  • 2-3 biji bawang merah, dimayang
  • 1 biji bawang besar, dimayang
  • 1/2 inci halia, ketuk atau tumbuk kasar
  • 1-2 batang serai, diketuk
  • 2-5 biji cili padi, diketuk
  • 1 Collapse

    Cara masak Sup Ayam Ala Thai


    • 1. Potong ayam kepada beberapa bahagian kecil. Basuh ayam sehingga bersih, bilas dan toskan air ayam.
    • 2. Sediakan bahan-bahan yang perlu digunakan untuk proses membuat sup nanti. Perah beberapa biji limau nipis untuk kita ambil airnya. Kuantiti air limau nipis bergantung kepada saiz limau dan juga rasa masam yang anda inginkan.
    • 3. Anda boleh guna 1 atau 2 biji tomato. Belah tomato kepada 4 atau 6 bahagian. Untuk batang saderi pula, potong serong mengikut ketebalan lebih kurang 1cm.
    • 4. Sediakan bahan-bahan untuk menumis. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga kekuningan dan naik bau. Gunakan api perlahan sahaja supaya bahan tidak mudah hangus.
    • 5. Kemudian masukkan air secukupnya, iaitu agak-agak kuah nampak sedikit pekat. Jangan terlalu banyak air, nanti sup anda cair dan rasanya hambar.
    • 6. Masukkan sup bunjut dan reneh sup sehingga mendidih. Bila kuah hampir mendidih, masukkan ayam dan kiub pati ayam. Kacau seketika.
    • 7. Seterusnya masukkan sos ikan dan daun limau purut. Kacau lagi sehingga mendidih. Bila hampir masak, masukkan perahan air limau nipis, saderi dan lobak merah.
    • 8. Perasakan sup anda dengan garam dan gula mengikut citarasa. Jika sudah berpuas hati dengan rasa sup anda, bolehlah masukkan hirisan daun ketumbar, tomato, dan juga daun limau purut.
    • 9. Sup ayam thai anda sedia untuk dihidang.

Pernah tak anda cuba Sup Ayam Thai? Ianya sangat berbeza dengan sup ayam yang biasa kita makan. Sup ayam thai mempunyai rasa yang unik yang mampu memikat selera sesiapa saja yang mencubanya.

Seperti masakan thai yang lain, sup ayam thai mempunyai rasa yang lengkap seperti rasa masam, manis, masin dan pedas. Itu merupakan identiti masakan siam. Rasa yang unik itu menepati citarasa sebilangan besar masyarakat malaysia.

Jadi kali ini kami ingin kongsikan resepi sup ayam thai dengan anda. Resepi ini mempunyai rasa yang seakan sama dengan menu sup ayam thai di kedai makan ala thai yang pernah anda cuba.

Sup ayam thai ni biasanya dijadikan hidangan lauk makan tengahari dan juga lauk makan malam. Ia sering digandingkan dengan telur dadar dan juga sayur seperti kailan ikan masin ataupun kangkung goreng belacan.

Terdapat pelbagai variasi sup ayam selain dari resepi ini. Antara yang paling popular ialah resepi sup ayam simple dan resepi sup ayam kaw.

Sup ayam ni sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Tapi kalu kena cara masaknya, ratah begitu saja pun tak puas nanti. Ia juga sesuai dijadikan hidangan ketika waktu tidak sihat dan juga menu orang bujang, lebih-lebih lagi kalu gabung dengan telur dadar, menambah makan nanti.

Bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati. Antara bahan utama ialah perahan air limau nipis, sup bunjut dan juga daun ketumbar. Untuk senarai bahan yang lengkap, anda boleh rujuk pada bahagian resepi dibawah.

Cara masak sup ayam thai ni mudah sahaja. Mula-mula sediakan bahan-bahan untuk memasak. Langkah seterusnya ialah tumis bahan-bahan tumis sehingga garing dan kekuningan. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga kering air.

Setelah kering air ayam, anda bolehlah masukkan bahan-bahan lain seperti yang diterangkan pada bahagian langkah penyediaan dibawah. Ikuti langkah-langkah dengan betul barulah sup ayam anda betul-betul sedap.

Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan juga rakan-rakan anda di Facebook dan juga group Whatsapp. Bolehlah anda rasa air tangan mereka juga nanti.

Sebelum mula memasak, jom semak senarai resepi yang anda perlukan.