Ayam Masak Halia Kukus Yang Mudah Dan Menyelerakan

10 December 2022 1749

resepi ayam kukus halia
Ayam Kukus Halia

Bahan-bahan utama Ayam Kukus Halia

  • 1/2 ekor ayam
  • daun bawang
  • 1/2 inci halia ( hiris jejari nipis atau disagat)

Bahan Perapan Ayam Kukus Halia

  • 2-3 sudu besar kicap cair
  • 1-2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1-2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • garam
  • 1 Collapse

    Cara memasak Ayam Masak Halia Kukus


    • 1. Potong ayam kepada saiz kecil mengikut citarasa anda. Saiz ayam yang kecil memudahkan ayam untuk masak dengan lebih cepat dan sekata. Basuh dan bilas ayam kemudian keringkan airnya. Ketepikan dahulu sementara menyediakan bahan perapan.
    • 2. Sediakan bahan perapan iaitu kicap cair, minyak bijan, bawang putih cincang, lada sulah dan garam secukup rasa didalam bekas yang bersesuaian untuk memerap ayam. Seeloknya bekas yang anda gunakan untuk memerap ayam boleh digunakan terus untuk proses mengukus nanti, supaya anda tidak perlu memindahkan ayam beberapa kali.
    • 3. Masukkan ayam kedalam bekas yang mengandungi bahan perapan dan gaul ayam sehingga sebati dengan bahan. Perap ayam paling kurang 30 minit supaya rasa bahan perapan meresap kedalam isi ayam, barulah enak dan menyelerakan rasa ayam kukus halia anda nanti. Jika anda ingin perap lebih lama lagi bagus.
    • 4. Setelah cukup masa perapan ayam, sediakan bekas yang bersesuaian untuk meletakkan ayam jika anda tidak menggunakan bekas asal bahan perapan. Jika sebaliknya, anda boleh teruskan ke langkah seterusnya.
    • 5. Sediakan periuk mengukus dan masukkan air mengikut kuantiti yang mencukupi untuk mengukus ayam. Hidupkan api dan letakkan bekas ayam di bahagian atas pengukus. Tutup bahagian atas dengan penutup periuk kukus. Anda perlu mengukus ayam dalam jangka masa lebih kurang 10 - 20 minit sehingga ayam masak.
    • 6. Sementara ayam masak, perhatikan air bahagian bawah pengukus supaya tidak kering jika anda tidak meletakkan kuantiti yang bersesuaian.
    • 7. Setelah cukup masa dan ayam sudah masak, angkat dan hidang Ayam Kukus Halia ke dalam bekas yang bersesuaian. Taburkan sedikit hirisan daun bawang untuk membangkitkan warna Ayam Kukus Halia anda, tidaklah nampak pucat je. Masakan siap dan selamat menjamu selera!

Kami ingin kongsikan satu lagi Resepi Ayam Masak Halia supaya bertambah koleksi resepi ayam anda.

Resepi yang kami kongsikan kali ini sangatlah mudah untuk disediakan walaupun ia memakan sedikit masa untuk disediakan. Namun begitu, walaupun mudah disediakan, rasanya sangat enak dan mampu membangkitkan selera anda.

Ayam Masak Halia kukus. Ya, inilah resepi yang ingin kongsikan dengan anda. Memang terdapat pelbagai variasi ayam masak halia seperti Resepi Ayam Masak Halia Simple dan Ayam Masak Halia Chinese Style, namun resepi ini mempunyai kelebihannya tersendiri. 

Berbeza dengan resepi yang lain, Ayam Kukus Halia ini lebih sihat untuk dinikmati. Proses penyediaan yang tidak menggunakan minyak, menjadikan masakan ini rendah kolestrol dan sesuai untuk dijadikan hidangan sekeluarga. Walaupun dikategorikan sebagai makanan sihat, namun rasanya mampu menewaskan pelbagai jenis resepi lain.

Menu ini juga sesuai untuk dijadikan menu berpantang bagi mereka yang baru melahirkan cahaya mata. Ia juga sesuai untuk mereka yang menjaga diet pemakanan. Tetapi penggunaan bahan-bahan nanti perlulah diolah sedikit untuk menepati pantang pemakanan.

Cukup untuk khasiatnya, jom kita tengok pulak cara penyediaannya. Anda jangan tertipu dengan namanya, walaupun bunyi nama seakan rumit, tetapi cara memasak resepi ini tersangatlah mudah.

Anda cuma perlu sediakan bahan perapan dan kukus. Tidak perlu menumis dan menggoreng. Tidak perlu risau lagi bahan-bahan akan hangit. Untuk proses penyediaan yang lengkap, anda boleh tengok langkah-langkah dibawah.

Sebelum anda mula memasak, jom kita semak bahan-bahan yang anda perlukan untuk memasak Ayam Masak Halia Kukus ini.