Ayam Masak Halia Chinese Style, Jom Cuba!

10 December 2022 2819
Resepi Ayam
resepi ayam masak halia chinese style
Ayam masak halia chinese style

Bahan-bahan Ayam Masak Halia Chinese Style

  • 1/2 ekor ayam
  • 1-2 ulas bawang putih (dihiris dan dicincang halus)
  • 1/2 inci halia (hiris halus)
  • 1-2 sudu besar kicap
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu kecil minyak bijan
  • minyak memasak
  • 1 sudu kecil tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air)
  • daun bawang
  • 1 Collapse

    Cara memasak Ayam Masak Halia Chinese Style


    • 1. Potong ayam kepada saiz sederhana. Basuh, bilas dan keringkan air ayam. Ketepikan dahulu sementara menyediakan kuah masak halia.
    • 2. Panaskan minyak didalam kuali saiz sederhana. Kemudian tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bersama minyak bijan untuk bangkitkan bau dan rasa yang enak.
    • 3. Seterusnya anda boleh masukkan ayam dan tumis bersama sehingga air ayam sedikit kering. Api jangan terlalu besar untuk mengelakkan ayam hangus.
    • 4. Kemudian masukkan sos tiram serta kicap dan masak sehingga ayam dan kuah sebati. Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk menjadikan masakan sedikit berkuah. Tepung jagung merupakan rahsia untuk kuah yang pekat dan menambahkan lagi keenakan masakan. Kacau sehingga kuah sekata.
    • 5. Anda boleh rasa sedikit kuah. Perasakan dengan garam dan gula jika rasa belum menepati citarasa anda. Rasa masin sos tiram dan manis kicap sebenarnya sudah memadai untuk menghasilkan Ayam Masak Halia yang enak.
    • 6. Jika anda sudah berpuas hati dengan rasa dan tekstur kuah halia serta yang dah pun masak, angkat dan hidangkan Ayam Masak Halia Chinese Style ini didalam bekas yang bersesuaian. Selamat menjamu selera!

Sedang berfikir-fikir nak masak apa hari ini? Sudah bosan memasak lauk yang sama hari-hari? Jom buat kelainan hari ini dengan mencuba satu lagi koleksi resepi ayam yang akan kami kongsikan dengan anda iaitu Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style.

Resepi ayam masak halia kali ini sedikit berbeza dengan resepi ayam halia yang biasa anda buat. Ayam masak halia juga mempunyai pelbagai variasi dan antara yang paling biasa dimasak ialah Ayam Masak Halia Simple  dan Ayam Masak Halia Kukus.

Resepi kali ini boleh dikategorikan sebagai resepi ayam berkuah walaupun kuahnya tidak lah begitu banyak. Resepi ini sesuai dicuba kerana rasanya mampu memikat selera pasangan anda dan juga. Rasa isi ayam yang putih dan berjus digabung dengan rasa masin dan halia mampu membuka selera sesiapa saja.

Cara memasak Ayam masak halia cina stail ini agak simple dan senang untuk dicuba. Bahan-bahan utama ditumis dahulu sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian ayam dimasak bersama sehingga kering air dan sekali lagi dimasak dengan sos tiram dan kicap. Kami akan terangkan langkah yang lengkap di bawah nanti.

Sebelum anda memasak, jom kita semak bahan-bahan yang anda perlukan untuk memasak resepi ini.