Resepi Ayam Masak Halia Yang Mudah Dan Cepat

6 December 2022 1319
Resepi Ayam
resepi ayam masak halia simple
Ayam masak halia

Bahan-bahan Ayam Masak Halia

  • 1/2 ekor ayam
  • Kunyit
  • Garam
  • 2-3 ulas bawang putih (di cincang halus)
  • 2-3 biji bawang merah ( dimayang / Hiris nipis)
  • 1 biji bawang besar holland ( hiris separuh bulat)
  • 1/2 inci halia ( dihiris/mayang)
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air)
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)
  • 1 biji cili merah besar ( potong serong)
  • gula
  • 1 Collapse

    Penyediaan Ayam untuk Ayam masak Halia


    • 1. Ayam dipotong kepada potongan sederhana kecil. Kemudian basuh, bilas dan keringkan air ayam. Gaul ayam dengan sedikit garam dan kunyit.
    • 2. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam sehingga hampir masak. Kemudian angkat ayam dan ketepikan dahulu. Anda boleh teruskan ke langkah penyediaan kuah halia pula.
  • 2 Collapse

    Cara memasak Ayam Masak Halia


    • 1. Panaskan sebahagian sahaja daripada minyak menggoreng ayam tadi untuk menumis. Jika anda ingin menggunakan minyak yang baru pun boleh.
    • 2. Tumis bawang putih, bawang merah dan juga halia yang telah dihiris nipis tadi. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
    • 3. Seterusnya masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebentar.
    • 4. Kemudian anda bolehlah masukkan sos tiram, kicap manis dan lada hitam yang telah ditumbuk halus. Kacau sehingga sebati ayam dan kuah.
    • 5. Langakah seterusnya, anda bolehlah masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tujuan bancuhan air tepung jagung ini adalah supaya kuah ayam halia anda menjadi sedikit pekat. Masukkan kuantiti mengikut kepakatan yang anda mahukan. Anda juga boleh tambahkan air jika mahukan hidangan sedikit berkuah.
    • 6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
    • 7. Jika kuah sudah sekata dan mencapai kepekatan yang anda inginkan, anda bolehlah masukkan cili merah dan bawang besar holland yang dipotong separuh bulat tadi. Kacau sebentar sehingga bawang hampir layu.
    • 8. Angkat masakan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Resepi Ayam Masak Halia merupakan antara lauk kegemaran masyarakat Malaysia. Jom tambah koleksi resepi ayam anda dengan mencuba resepi yang ingin kami kongsikan ini.

Ayam masak halia amat popular dan sering menjadi pilihan utama untuk dijadikan lauk makanan tengahari dan juga makan malam. Ayam masak halia boleh dikategorikan sebagai lauk yang agak berkuah, dengan kuahnya yang sedikit pekat.

Terdapat beberapa variasi resepi ayam masak halia. Antara yang paling popular adalah Ayam Masak Halia Simple, Ayam Masak Halia ala Thai, Ayam Masak Halia Chinese Style dan Ayam Masak Halia Kukus. Resepi yang kali ingin kongsikan kali ini ialah Ayam Masak Halia Simple.

Resepi yang ingin kami kongsikan ini agak mudah untuk dicuba. Hanya menggunakan bahan-bahan asas yang ada didapur sahaja. Bahan-bahanya juga mudah didapati.

Antara bahan utama yang digunakan halia , dan bawang bawang. Resepi ini tidak memerlukan anda untuk mengisar bahan. Penyediaan bahan-bahan pun agak senang. Kebanyakan bahan-bahan hanya perlu dipotong dan dihiris nipis.

Ayam pula digoreng terlebih dahulu sehingga hampir masak. Namun begitu, anda juga boloh memilih untuk tidak menggoreng ayam. Anda boleh masak ayam bersama dengan kuah masak halia nanti. 

Kemudian bahan-bahan hiris akan ditumis sehingga naik bau terlebih dahulu sebelum dimasak bersama ayam. Anda boleh merujuk dibahagian cara memasak untuk langkah-langkah yang lebih terperinci.

Sebelum itu, jom kita semak bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam masak halia ini.