Jom Cuba Resepi Ayam Masak Merah Yang Terlajak Sedap Ini

3 December 2021 1381
Resepi Ayam
Ayam masak merah yang sedap di dalam mangkuk putih
Ayam Masak Merah

Bahan Utama

  • 1 ekor ayam, potong mengikut saiz kegemaran
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1-2 biji bawang besar, potong separuh dan dihiris
  • 2-3 biji tomato , potong 8
  • 3-5 sudu besar cili kisar, mengikut kepedasan yang diinginkan
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 2-5 sudu besar sos cili
  • 2-5 sudu besar sos tomato
  • 2-4 sudu kicap (optional)
  • 1/2 - 1 keping Gula Melaka
  • Garam
  • Gula
  • Daun bawang atau daun sup (untuk hiasan)

Bahan - bahan Kisar

  • 1-2 biji bawang besar
  • 4-6 biji bawang merah
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 Collapse

    Penyediaan Ayam Goreng


    • 1. Basuh ayam yang dipotong tadi sehingga bersih. Bilas dan sejat air sehingga kering.
    • 2. Seterusnya anda boleh lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Garam dan kunyit jangan terlalu banyak, cukup sekadar ada rasa masin.
    • 3. Sediakan kuali dan panaskan minyak. Setelah minyak mendidih, anda bolehlah goreng ayam tadi sehingga hampir masak. Ayam jangan terlalu garing.
    • 4. Sekiranya ayam hampir masak, angkat dan ketepikan dahulu. Seterusnya anda bolehlah menyediakan bahan kuah pula.
  • 2 Collapse

    Penyediaan Kuah atau Sambal Merah


    • 1. Sediakan bahan kisar , potong kecil-kecil supaya memudahkan proses mengisar nanti.
    • 2. Kisar bahan-bahan tadi dengan sedikit air, supaya anda mendapat tekstur seperti pes. Jangan terlalu banyak air, nanti bahan akan jadi terlalu cair.
    • 3. Setelah anda berpuas hati dengan tekstur bahan kisar, anda boleh teruskan ke langkah berikutnya iaitu menumis.
    • 4. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis bahan kisar. Anda boleh gunakan minyak menggoreng ayam tadi, tapi pastikan minyak tidak terlalu banyak, cukup sekadar untuk menumis, asingkan baki minyak yang lebih. Jika anda hendak menggunakan minyak baru juga tidak mengapa.
    • 5. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan hampir masak. Setelah bahan kisar kuning keperangan, anda boleh masukkan cili kisar dan tumis bersama sehingga masak dan pecah minyak.
    • 6. Seterusnya anda boleh masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Anda juga boleh masukkan kicap jika anda mahu, tetapi kicap bukan bahan wajib, terpualang kepada citarasa anda.
    • 7. Kacau sehingga sebati . Anda boleh tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat, nanti kuah mudah hangus.
    • 8. Kemudian masukkan gula melaka sedikit demi sedikit sehingga mencapai rasa manis yanga anda inginkan. Berbanding gula putih, rasa manis gula melaka dalam masakan lebih sedap.
    • 9. Setelah kuah hampir masak, perasakan dengan sedikit garam mengikut citarasa anda.
    • 10. Langkah seterusnya, campurkan ayam yang digoreng tadi kedalam kuah merah, kacau sehingga sebati.
    • 11. Setelah anda berpuas hati dengan rasa dan tekstur kuah, masukkan hirisan bawang dan tomato yang dipotong tadi. kacau sehingga bawang dan tomato layu.
    • 12. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidang. Letakkan di dalam bekas yang bersesuaian dan hiaskan dengan hirisan daun bawang ataupun daun sup. Selamat menjamu selera!

Hantaran kali ini, kami di JBS ingin kongsikan kepada anda cara memasak ayam masak merah yang sedap dan menyelerakan. Kami berbesar hati dapat menambah koleksi resepi ayam anda.

Sebut saja tentang ayam masak merah, terbayang ayam segar yang digoreng, masak dengan kuah merah yang menyelerakan, dimasak bersama hirisan bawang besar dan tomato. Kemudian dihidang panas-panas dengan nasi, sangat menyelerakan.

Ayam masak merah biasanya disediakan dengan pelbagai variasi, ada sebagai lauk bersama nasi putih, ada yang buat Nasi Minyak Ayam Masak Merah. Ada juga disediakan sebagai lauk nasi lemak, tetapi ayam merah ataupun sambal ayam nasi lemak sedikit berbeza dengan ayam masak merah biasa. 

Tidak lupa juga, masyarakat malaysia sudah sinonim dengan lauk ayam masak merah ketika kenduri, sehingga menambah-nambah makan.

Kalau nak diikutkan, terdapat pelbagai koleksi ayam masak merah. Antara yang sering menjadi pilihan adalah Ayam Masak Merah ala Kenduri, Ayam Masak Merah Simple dan resepi ini iaitu Ayam Masak Berkuah.

Untuk memasak ayam masak merah , ia tidak memerlukan langkah yang rumit. Ianya mudah untuk dicuba bagi yang baru pertama kali, tambah-tambah lagi yang baru berumah tangga.

Penyediaan ayam masak merah ini terbahagi kepada tiga bahagian, bahagian pertama adalah proses penyediaan bahan-bahan untuk masakan.

Dibahagian pertama ini, anda perlu sediakan bahan utama dan bahan kisar. Bahan kisar nanti akan ditumis, jadi bahan-bahan perlu dikisar halus bersama sedikit air.

Bahagian kedua pula ialah proses penyediaan ayam goreng. ayam yang siap dibasuh akan digoreng sehingga hampir masak, tidak terlalu garing.

Bahagian terakhir pula proses penyediaan kuah merah. Pada bahagian ini, anda perlu menumis bahan kisar, seterusnya memasak kuah merah. 

Bahagian ini perlu diberi perhatian kerana ia akan menentukan rasa ayam masak merah anda nanti. Anda perlu perasakan kuah merah mengikut citarasa anda.

Tanpa membuang masa, jom kita teruskan ke proses penyediaan, sebelum itu jom semak bahan-bahan dahulu.