Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap, Mesti Cuba!

16 November 2022 1933
Resepi Ayam
Ayam Masak Merah simple
Ayam Masak Merah Simple

Bahan-bahan utama ayam masak merah

  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 - 1 keping gula melaka (optional)
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 2-5 sudu besar sos tomato
  • 2-5 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang besar ( hiris bulat)
  • kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak

Bahan - bahan Kisar

  • 1 biji bawang besar holland
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 Collapse

    Penyediaan Ayam Goreng


    • 1. Potong ayam kepada potongan sederhana kecil. Basuh, bilas dan sejat air ayam sehingga kering.
    • 2. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Ayam tidak perlu terlalu masin kerana masin kuah merah nanti sudah mencukupi.
    • 3. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam sehingga separuh masak dan jangan terlalu garing. Setelah ayam hampir masak, angkat ayam dan ketepi kan dahulu sementara anda menyediakan kuah merah pula.
  • 2 Collapse

    Cara memasak kuah untuk ayam masak merah


    • 1. Kisar kesemua bahan-bahan untuk dikisar tadi iaitu, bawang besar holland, bawang putih dan halia menjadi seperti puree.
    • 2. Kemudian, anda bolehlah menumis bahan kisar tadi. Anda boleh menggunakan minyak menggoreng ayam tadi untuk menumis. Cuma ambil sebahagian sahaja minyak cukup-cukup untuk menumis.
    • 3. Tumis bahan kisar sehingga masak. Setelah bahan tumis kekuningan dan naik bau, anda bolehlah memasukkan cili kisar pula. Tumis sehingga pecah minyak.
    • 4. Jika tumisan terlalu pekat, anda boleh masukkan sedikit air supaya bahan-bahan tidak hangus. Setelah masak, masukkan pula sos cili dan tomato. Kacau sehingga sebati.
    • 5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu, mengikut citarasa anda. Anda boleh gantikan gula putih dengan gula melaka, manis gula melaka menjadikan kuah merah ini lebih sedap.
    • 6. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa kuah merah, anda bolehlah masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau dan gaulkan ayam serta kuah merah sehingga masak dan sekata.
    • 7. Akhir sekali, sebelum anda angkat, masukkan hirisan bawang besar holland yang dihiris tadi dan kacau sehingga bawang sedikit layu. Kemuadian angkat dan hidang. Selamat menjamu selera!

Teringin nak makan ayam masak merah? Jom cuba resepi ayam masak merah simple yang ingin kongsikan dengan anda.

Dalam banyak-banyak koleksi resepi ayam, ayam masak merah boleh dikatakan antara resepi yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Resepi ini mudah disediakan, proses penyediannya juga tidaklah begitu rumit.

Terdapat beberapa jenis resepi ayam masak merah seperti ayam masak merah kenduri, ayam masak merah berkuah dan ayam masak merah simple ini. 

Ayam masak merah biasanya dimakan dengan nasi putih panas-panas. Ia mampu membuka selera semua orang, sehingga menambah-nambah. Kuah ayam masak merah yang masam-masam manis ditambah pula dengan ayam goreng sedikit garing menjadikannya gandingan yang sempurna.

Selain daripada dimakan bersama nasi putih, resepi ini juga dijadikan pelengkap kepada menu lain. Antara masakan yang popular yang sering dipadankan dengan ayam masak merah seperti Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Nasi Tomato Ayam Masak Merah dan kadangkala dengan Nasi Lemak Ayam Masak Merah.

Berbalik kepada resepi yang ingin kongsikan kepada anda ini, ayam masak merah simple ini sangat mudah untuk disediakan. Ia sesuai untuk ditambah ke dalam senarai menu orang bujang ataupun menu orang baru kahwin.

Kami bahagikan proses memasak ayam masak merah ini kepada 2 bahagian.

Bahagian pertama agak mudah untuk disediakan. Ayam dipotong dan dibasuh kemudian dilumur garam dan kunyit sebelum digoreng sehingga hampir garing.

Bahagian kedua pula proses penyediaan kuah merah. Bahan kisar seperti bawang besar holland, bawang putih dan halia ditumis sehingga naik bau dan kekuningan, seterusnya proses menumis cili kisar pula. Kami akan terangkan proses yang lengkap dibawah.

Sebelum mula memasak, jom kita semak bahan-bahan yang anda perlukan untuk memasak ayam masak merah simple ini.