Resepi Dan Cara Memasak Ayam Masak Merah Kenduri Yang Senang Dan Menyelerakan

6 November 2022 1485
Resepi Ayam
resepi ayam masak merah ala kenduri
Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Bahan Utama untuk Ayam Masak Merah Kenduri

  • 1 ekor ayam, potong mengikut saiz kegemaran
  • 2 biji tomato ( dikisar asing sehingga menjadi puree)
  • 10-20 biji cili kering ( direbus dan dikisar asing dari bahan lain)
  • 1 biji bawang besar ( dihiris)
  • 1/2 - 1 keping gula melaka
  • susu cair
  • Kunyit
  • Garam
  • air secukup nya
  • minyak masak

Bahan - bahan Kisar

  • 2 biji bawang besar holland
  • 5-8 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan-bahan Tumis

  • 1-2 kulit kayu manis
  • 3-5 bunga lawang
  • 3-5 buah pelaga
  • 2-4 bunga cengkih
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1-2 helai daun pandan
  • 1 Collapse

    Penyediaan Ayam Goreng


    • 1. Basuh ayam yang sudah dipotong sehingga bersih, bilas dan sejat air sehingga agak kering.
    • 2. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit.
    • 3. Goreng ayam sehingga sedikit garing. Setelah masak, angkat dan sejat minyak. ketepikan dahulu sementara menyediakan kuah merah. Minyak gorengan ayam jangan dibuang, boleh digunkan untuk menumis bahan kuah.
  • 2 Collapse

    Cara memasak kuah untuk Ayam Masak Merah


    • 1. Panaskan minyak untuk menumis bahan tumis. Anda boleh gunakan minyak menggoreng ayam tadi.
    • 2. Mula-mula tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai yang telah diketuk bersama daun pandan yang diikat dan tumis seketika.
    • 3. Setelah serai layu, anda bolehlah masukkan bahan kisar ,kecuali cili dan tomato. Tumis semua bahan sehingga garing dan keperangan.
    • 4. Seterusnya anda boleh memasukkan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan air jika bahan tumisan agak pekat dan kering.
    • 5. Jika bahan tumisan sudah pecah minyak dan warnanya semakin gelap, anda boleh memasukkan tomato yang dikisar menjadi puri tadi dan kacau seketika.
    • 6. Langkah seterusnya, masukkan setengah cawan susu cair, gula melaka secukup rasa dan perasakan dengan garam mengikut citarasa anda.
    • 7. Kacau semua bahan tadi sehingga sebati. Sekiranya anda berpuas hati dan bahan juga sudah masak, bolehlah masukkan bahan utama iaiti ayam goreng tadi. Gaul ayam dan kuah merah sehingga sekata.
    • 8. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland dan kacau sehingga bawang hampir layu. Ayam Masak Merah anda sudah siap dan sedia untuk dihidang. Hidangan boleh dihias dengan hirisan daun sup ataupun daun bawang.

Pada hantaran kali ini , kami kongsikan kepada anda salah satu resepi ayam, iaitu resepi memasak ayam masak merah kenduri. Resepi ayam masak merah kenduri ini agak berkuah dan sangat senang serta mudah dimasak bagi yang pertama  kali mencuba , apatah lagi bagi mereka yang berpengalaman.

Terdapat pelbagai koleksi resepi ayam masak merah, antara yang paling popular adalah, Ayam Masak Merah Simple, Ayam Masak Merah Berkuah dan resepi ini iaitu Ayam Masak Merah Ala Kenduri.

Ayam masak merah ala kenduri ini begitu popular bagi rakyat Malaysia amnya, ataupun masyarakat Melayu khususnya.

Mana taknya, setiap kali musim perayaan ataupun perkahwinan, ayam masak merah menjadi pilihan utama menu kenduri untuk dijadikan juadah untuk menjamu tetamu.

Jadi, kali ini kami ingin berkongsi resepi dan juga cara memasak ayam masak merah yang mudah untuk diikuti.

Bahan-bahan untuk memasak ayam masak merah ini begitu mudah didapati dan menjadi antara bahan wajib yang ada di dapur setiap rumah.

Anda tidak perlu risau kerana kami sudah senaraikan bahan-bahan yang anda perlukan, supaya senang anda menyemak bahan anda didapur.

Kami bahagikan cara memasak resepi ini kepada dua bahagian utama.

Bahagian pertama ialah proses penyediaan ayam goreng. Ayam untuk resepi ini perlulah digoreng dahulu sehingga sedikit garing, tetapi jangan terlalu garing tau.

Bahagian kedua pula ialah proses memasak kuah merah. Proses ini tidaklah begitu rumit. Anda perlu menumis bahan untuk kuah sebelum memasukkan ayam yang digoreng tadi.

Tanpa membuang masa, jom kita masak!