Koleksi Resepi Tom Yam Ayam Yang Sedap
Bagi anda peminat tomyam ataupun masakan thai, disini kami ingin kongsikan 4 koleksi resepi tomyam yang bukan saja enak dan lazat, malah senang untuk disediakan.
Tomyam ayam merupakan masakan thai yang popular di negara kita. Rasanya yang lengkap dengan rasa pedas, masam dan manis memberikan kesegaran dalam masakan. Resepi-resepi ini merupakan sebahagian daripada koleksi resepi ayam yang patut anda cuba.
Anda boleh juga mencuba resepi berkuah lain seperti resepi sup ayam, resepi ayam masak merah ataupun resepi ayam masak kicap jika anda sedang mencari idea untuk memasak.
Jom tengok senarai yang ingin kami kongsikan dengan anda.
-
1 Collapse
Resepi Tom Yam Ayam Simple
Tomyam Ayam Simple ialah resepi tomyam yang paling mudah untuk disediakan. Walaupun mudah, namun rasnya tetap sedap dan memikat selera.
Anda boleh gunakan perencah tomyam yang dijual dikedai ataupun buat sendiri dengan bahan-bahan yang tersedia.
Resepi ini merupakan resepi ayam yang tergolong dalam kategori resepi ringkas dan cepat untuk disediakan.
Kenapa anda perlu cuba resepi ini? Ini sebabnya;
- merupakan resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan. Sesuai untuk anda yang memerlukan resepi yang cepat untuk dimakan.
- Rasa sayur dan ayam yang enak dan menyegarkan. Walaupun dimasak, rasa kesegaran ayam dan sayur masih terpelihara, semestinya menjadikan hidangan anda lagi enak.
- masakan yang sihat. Gabungan kesegaran sayur-sayur yang digunakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan anda.
-
2 Collapse
Resepi Tom Yam Ayam Santan
Tomyam ayam santan merupakan salah satu lagi masakan thai yang popular di Malaysia. Ia mempunyai penampilan yang menggoda dengan warna kuah yang pekat dan variasi warna sayur-sayuran yang segar.
Rasanya mempunyai gabungan sumpurna antara pedas, masam, dan sedikit manis dengan aroma harum dari bahan-bahan yang digunakan. Kuahnya merupakan campuran antara air dan santan membangkitkan rasa sedikit berlemak.
Kelazatan Tomyam ayam santan ini ditambah lagi dengan ayam yang dimasak dengan sempurna, empuk dan segar.
Sayuran seperti cendawan, tomato, dan bunga kobis menambahkan kepelbagaian rasa, warna dan tekstur dalam masakan ini.
Tomyam ayam santan ini juga memiliki sentuhan rasa masam limau nipis yang memberikan sensasi yang menyegarkan. Gabungan rasa dan kekayaan tekstur menjadikan hidangan ini satu masakan yang sempurna untuk dinikmati.
-
3 Collapse
Resepi Tom Yam Ayam Thai
Tom yam ayam Thai adalah hidangan tradisional dari Thailand. Ia terkenal dengan rasa yang pedas, masam, dan beraroma. Hidangan ini menggunakan ayam yang dimasak dengan kuah tomyam yang kaya dengan herba dan rempah-rempah seperti serai, daun limau purut, dan cili merah. Kuahnya merah dan berwarna terang. Tomyam ayam Thai mempunyai kuah yang cair dan daging ayam yang lembut. Rasa pedas dan masam yang menyegarkan membuat hidangan ini unik dan nikmat.
-
4 Collapse
Resepi Tom Yam Putih
Tomyam putih adalah hidangan lazat dan popular dalam masyarakat Malaysia. Ia mempunyai rupa yang menarik dengan warna putih jernih dan menyelerakan. Kepekatan kuahnya lebih kurang sama dengan sup.
Rasanya pedas dan masam dengan gabungan aroma segar yang menyelerakan. Rasa masam limau nipis membangkitkan lagi kesegaran masakan ini. Dalam tomyam putih, anda boleh menikmati rasa enak dan segar dari sayur-sayuran seperti tomato, cendawan, dan serai.
Sementara itu, ayam manambahkan lagi kelazatan tomyam putih ini. Ini adalah hidangan yang sempurna dengan kombinasi rasa pedas, masam, dan rencah yang menarik.