Resipi Ayam Berkuah Santan

15 May 2023 276
Resepi
Koleksi Resepi Ayam Berkuah Santan
Ayam Berkuah Santan

Bagi anda yang sedang mencari idea nak masak lauk berkuah apa hari ni, jom tengok koleksi resepi ayam berkuah santan ini.

Kadang-kadang pening juga kan nak fikir lauk apa nak masak sampai naik buntu kan.

Kalau anda dah ada ayam dan santan kat rumah tu, boleh la cuba salah satu koleksi resepi ayam ni, mudah-mudah je semuanya.

Kalau masih buntu anda boleh tengok pula koleksi resepi ayam berkuah, ataupun koleksi ayam berkuah tanpa santan. Mesti datang idea tu nanti.

Jom kita tengok senarai resepi apakah yang boleh anda cuba.

  • 1 Collapse

    Resepi Kari Ayam


    Resepi kari ayam ni adalah antara resepi yang paling popular jika anda nak masak ayam berkuah santan.

    Cara masak kari ayam lebih kurang sama dengan masakan ayam berempah yang lain.

    Bahan yang paling penting mestilah pemilihan rempahnya. Kalau rempah yang anda gunakan kena dengan selera, mesti puas hati.

    Kari ayam sedap dimakan dengan nasi putih dan juga nasi beriani.

    Selain itu, anda juga boleh padankan kari ayam dengan roti jala, roti canai, roti tempayan dan juga pulut kuning.

    Anda boleh ke pautan Resepi Kari Ayam ini untuk resepi yang lengkap dan juga cara memasak.

  • 2 Collapse

    Resepi Gulai Ayam


    Gulai ayam terkenal dinegeri pantai timur seperti Terengganu dan juga Kelantan.

    Sekali imbas, anda mungkin tertukar kari ayam dengan gulai ayam.

    Cara masak kedua-dua resepi ini hampir sama dan juga menggunkan santan.

    Rasanya sedikit berbeza kerana rempah yang digunakan tidak sama. 

    Rempah gulai berbeza dengan rempah kari. Kalau anda betul-betul ingin dapatkan rasa gulai yang asli, anda kena gunakan rempah yang betul.

    Tapi jangan risau, zaman sekarang semua barang mudah untuk didapati. Anda boleh beli rempah gulai di atas talian jika ianya sukar didapati dikedai berhampiran dengan rumah anda.

    Anda boleh ke pautan Resepi Gulai Ayam untuk mendapatkan resepi dan juga cara memasak yang lengkap.

  • 3 Collapse

    Resepi Ayam Kerutuk


    Jika anda dah puas makan kari ayam, anda boleh cuba resepi Ayam Kerutuk pula.

    Cara masak kerutuk ayam lebih kurang sama dengan kari ayam. Jadi anda tak akan rasa kekok untuk masak resepi ini.

    Ayam masak kerutuk biasanya dimakan bersama dengan nasi minyak dan juga nasi putih.

    Jom cuba Resepi Ayam Kerutuk ini, anda pasti suka.

  • 4 Collapse

    Resipi Ayam Masak Kurma


    Satu lagi resepi ayam berkuah santan yang mesti anda cuba.

    Ayam masak kurma juga merupakan satu masakan berempah dan cara masaknya lebih kurang sama dengan masakan berempah yang lain.

    Ayam masak kurma ni sedap dimakan dengan nasi minyak, sedap dipadankan dengan acar timun dan juga sambal belacan.

    Makan dengan nasi putih pun sedap.

    Cara masak resepi ni anda boleh tengok di pautan Ayam Masak Kurma ini.

  • 5 Collapse

    Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api


    Kalau anda tak rasa nak makan dan masak resepi ayam kuah berempah, anda boleh cuba resepi Ayam Masak Lemak cili Api ni.

    Ayam masak lemak cili api sinonim dengan Negeri Sembilan. Sebut je masak lemak cili api, mesti orang teringatkan Negeri Sembilan.

    Resepi yang kami ingin kongsikan ini bukanlah resepi asli masak lemak cili api, tapi versi yang telah diolah mengikut citarasa lain.

    Ayam masak lemak cili api sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Masak lemak cili api sesuai dipadankan dengan ikan goreng atau ayam goreng, sambal udang dan ulam-ulaman.

    Jom cuba masak resepi ini di pautan Ayam Masak Lemak Cili api ini.

  • 6 Collapse

    Resepi Tomyam Ayam Santan


    Biasanya orang masak tomyam tak menggunakan santan. Apa kata kali ini anda cuba resepi tomyam Ayam Bersantan pula.

    Rasa Tomyam Ayam Santan ini lebih berlemak dan berkrim kerana santan yang digunakan.

    Rasanya tetap sedap dan menyelerakan.

    Cara masak tomyam ayam santan ini lebuh kurang sama dengan resepi Tomyam Ayam Thai. 

    Untuk resepi dan cara memasak yang lengkap, anda boleh ke pautan Resepi Tomyam Ayam Santan ini.

  • 7 Collapse

    Resipi Rendang Ayam


    Antara semua jenis masakan ayam berkuah santan, resepi rendang ayam ini paling kurang kuantiti kuahnya.

    Bila tiba musim raya , rendang ayam antara menu yang wajib ada.

    Rendang ayam sedap jika dipadankan dengan ketupat palas, lemang dan juga pulut kuning.

    Cara masak rendang ayam tidaklah susah mana pun. 

    Anda boleh cuba resepi Rendang Ayam ini mana lah tahu kalau dah tak sempat nak tempah.