Koleksi Resipi Ayam BerKuah Tanpa Santan
Hai semua! Kali ini kami ingin kongsikan satu lagi koleksi resepi ayam yang boleh anda cuba.
Kalau anda sedang mencari idea nak masak ayam berkuah, anda boleh cuba salah satu dari senarai resepi ayam berkuah tanpa santan ini.
Anda boleh jadikan senarai ini sebagai rujukan sekiranya anda nak masak hidangan berkuah yang tak menggunakan santan. Yelah, kadang-kadang kita tak rasa nak makan hidangan yang berlemak ataupun memang santan tak ada dalam simpanan. Jadi anda boleh cuba koleksi ini.
Jom tengok resepi mana yang menjadi pilihan anda.
-
1 Collapse
Sup Ayam
Sup Ayam adalah masakan yang popular di Malaysia. Hidangan ini terkenal dengan rasa yang lazat dan kaya dengan nutrisi. Dalam sup ini, ayam dipotong kecil dan dimasak dengan sayuran seperti lobak merah,tomato, dan ubi kentang.
Gabungan rempah sup dan bahan-bahan seperti halia, bawang putih, dan lada hitam menghasilkan aroma sup yang wangi disamping menambahkan lagi keenakan rasa sup.
Sup Ayam sering disajikan bersama dengan sayur goreng, sambal belacan dan juga ikan goreng. Sup lagi enak dimakan ketika cuaca sejuk kerana ia membarikan kehangatan kepada badan kita.
Ada beberapa jenis sup ayam yang boleh anda cuba, antaranya resepi sup ayam simple, resepi sup ayam kaw dan juga resepi sup ayam thai.
-
2 Collapse
Tomyam Ayam
Tomyam Ayam adalah masakan thai yang amat popular di Malaysia. Gabungan rasa yang sempurna antara pedas, masam dan manis begitu menepati citarasa kita. Selain tomyam ayam, terdapat pelbagai jenis lagi tomyam seperti tomyam campur dan juga tomyam seafood.
Jika anda teringin nak masak tomyam, anda boleh cuba antara resepi yang paling popular ini iaitu resepi tomyam ayam thai, resepi tomyam ayam simple dan juga resepi tomyam ayam putih.
-
3 Collapse
Singang Ayam
Singgang ayam adalah hidangan klasik yang terkenal di negeri Kelantan. Hidangan ini menggabungkan rasa masam dari asam keping dan juga aroma lengkuas yang menyegarkan.
Cara masak singgang ayam hampir sama dengan cara masak sup. Bahan-bahan direneh terlebih dahulu sehingga menghasilkan rasa yang enak dan sedap. Kemudian ayam dimasukkan dan dibiarkan mendidih sehingga masak.
Singgang ayam sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Lagi sedap jika dimakan bersama kombinasi lauk yang betul. Antara masakan yang sedap dimakan bersama dengan singgang ayam ialah sayur pucuk paku goreng, sambal belacan dan juga ulam-ulaman.
-
4 Collapse
Ayam Masak Halia
Ayam masak halia antara masakan yang digemari oleh semua lapisan umur. Rasanya sangat sedap, gabungan sempurna antara rasa halia , sos tiram dan juga kicap.
Sesuai jika dijadikan hindangan makan bersama keluarga. Kanak-kanak jarang menolak kerana rasanya yang sedap dan tak pedas.
Ada beberapa resepi ayam masak halia yang biasa dimasak. Antaranya resepi ayam masak halia simple, resepi ayam masak halia berkuah chinese style dan ayam halia kukus.
-
5 Collapse
Ayam Masak Black Pepper
Bagi penggemar masakan yang pedas, anda boleh mencuba resepi ayam masak black pepper ini. Cara masak yang hampir sama dengan Ayam Masak Halia dan juga ayam masak kicap. Rasa kuahnya sedikit pedas dengan rasa lada hitam dan juga halia. Rasanya sedap dengan gabungan rasa manis dan masin sos tiram.
Biasanya Ayam masak black pepper ini dijadikan hidangan makan tengahari. Anda boleh padankan masakan ini dengan sayur goreng ataupun ulam-ulaman.
-
6 Collapse
Ayam Masak Merah
Siapa saja yang tak suka ayam masak merah ni. Rasanya yang sangat enak dengan gabungan rasa pedas dan juga sedikit masam. Namun tidak semua ayam masak merah rasanya pedas. Ada juga rasanya tidak pedas langsung dan sesuai untuk anak-anak kecil.
Cara masak ayam masak merah mudah sahaja dan menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Lauk ayam masak merah ini mempunyai pelbagai kombinasi padanan yang enak.
Anda boleh jadikan masakan ini sebagai lauk Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas ataupun dijadikan lauk bersama nasi putih sahaja.
Ada beberapa variasi ayam merah yang boleh anda cuba seperti ayam masak merah berkuah, ayam masak merah simple dan juga ayam masak merah ala kenduri.
-
7 Collapse
Ayam Masak Bali
Bagi anda yang sesekali inginkan kelainan, anda boleh cuba ayam masak bali ini. Masakan yang rasanya seakan-akan ayam masak merah dan kicap, tetapi kaya dengan rasa rempah kerana penggunaan serai dan juga daun kari yang banyak.
Sedap dimakan sabagai lauk makan tengahari. Ada juga dijadikan lauk untuk nasi minyak. Anda boleh padankan dengan acar timun dan juga sambal belacan.
-
8 Collapse
Ayam Masak Kicap
Resepi yang sering menjadi pilihan ibu-ibu untuk dijadikan hidangan makan tengahari ataupun makan malam. Rasanya yang enak dengan gabungan rasa kicap dan juga sos tiram.
Cara masak ayam masak kicap ni hampir sama dengan ayam masak halia, ayam masak merah dan juga ayam black pepper.
Anda boleh padankan ayam masak kicap dengan ikan goreng, sayur goreng dan juga sambal belacan.