Koleksi Resipi Ayam Berkuah

15 May 2023 396

Koleksi Lauk Ayam berkuah
Ayam Berkuah

Kalau nak makan nasi, lauk yang berkuah menjadi menu wajib bagi kita rakyat malaysia. Kalau tak ada lauk yang berkuah, nanti nasi terlalu kering dan mudah tercekik nanti.

Mencari menu atau lauk yang berkuah kadang-kadang kadang memeningkan kepala juga. Yelah, nak jumpa lauk yang betul-betul menepati selera semasa bukannya senang. 

Disini kami ingin kongsikan lauk yang berkuah, ataupun lebih spesifik lagi, lauk ayam berkuah. Memandangkan ayam merupakan makanan kegemaran ramai, jadi senanglah sikit nak pilih lauk yang berkenan.

Resepi ayam berkuah pula boleh dibahagi kepada ayam berkuah santan dan juga ayam berkuah tanpa santan. Masakan ayam bersantan ataupun lemak juga menjadi pilihan rakyat malaysia. Rasa lemak menambahkan lagi keenakan rasa masakan.

Jom kita tengok resepi ayam berkuah manakah yang menjadi pilihan anda.

  • 1 Collapse

    Kari Ayam


    Kami mulakan senarai pertama dengan Resepi Kari Ayam. Kari ayam merupakan salah satu dari lauk ayam berkuah yang digemari ramai.

    Kari ayam merupakan masakan yang dimasak menggunakan rempah ratus yang enak dan juga santan. Cara masak kari ayam senang sahaja untuk anda cuba. 

    Kari ayam bukan sahaja sedap dijadikan hidangan nasi putih, malah boleh dipadankan dengan pelbagai jenis masakan yang lain. Anda boleh gandingkan kari ayam dengan pulut kuning, nasi minyak, lempeng, roti tempayan dan juga roti jala.

  • 2 Collapse

    Gulai Ayam


    Gulai ayam hampir sama dengan kari ayam. Bagi mereka yang jarang makan kari atau gulai, pasti tak dapat nak bezakan antara dua masakan ini.

    Gulai ayam juga dimasak menggunakan rempah ratus dan juga santan. Cara masak gulai ayam sedikit berbeza dengan kari. Daun kari tidak digunakan untuk memasak gulai. Rasa kari lebih pekat dengan rempah manakala gulai lebih lembut dan juga sedikit manis.

    Gulai ayam lebih popular di negeri pantai timur terutamanya negeri Terengganu dan juga Kelantan.

    Kalau anda ke Kelantan atau Terengganu, pasti anda akan jumpa menu sarapan pagi nasi putih dengan ayam gulai ataupun lebih dikenali sebagai nasi berlauk. Selain di makan bersama nasi putih, gulai ayam boleh dihidang bersama dengan nasi minyak, pulut kuning, dan juga nasi hujan panas.

    Selain nasi, masakan ini juga sedap dimakan dengan roti jala, roti putih, roti tempayan dan juga roti canai.

  • 3 Collapse

    Ayam Masak Kerutuk


    Masih lagi dalam kategori ayam berkuah santan, resepi Ayam Kerutuk ini juga merupakan resepi yang popular di negeri kelantan.

    Ayam masak kerutuk merupakan ayam berkuah santan dan juga berempah. Ayam dimasak dengan santan menggunakan rempah khas untuk kerutuk. Cara masaknya sama juga dengan cara masak kari ayam.

    Ayam kerutuk bisanya dijadikan lauk Nasi Minyak, namun boleh juga dimakan bersama nasi putih.

  • 4 Collapse

    Ayam Masak Kurma


    Ayam masak kurma mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri. Merupakan ayam masak rempah sama seperti kari ayam. Ayam kurma mempunyai kuah sedikit putih berbeza dengan kari ayam yang pekat kemerahan.

    Cara masak ayam kurma juga sama seperti masakan santan berempah yang lain.

    Resepi ini boleh dimakan bersama dengan nasi putih dan juga nasi minyak.

  • 5 Collapse

    Ayam Masak Lemak Cili Api


    Sebut saja tentang masak lemak, pasti teringat tentang masakan Negeri Sembilan. Begitu juga dengan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api ini.  Masakan masak lemak sangat sinonim dengan Nogori. 

    Anda boleh cuba masakan Ayam Masak lemak cili api ini kerana cara masaknya senang untuk diikuti. Ada berbagai versi resepi ayam masak lemak cili api ni, nak yang original nogori pun ada, nak yang versi dah diolah mengikut selera setempat pun ada. Pilih yang mana anda suka mengikut citarasa masing-masing.

    Resepi ini sedap dimkan dengan nasi putih panas-panas.

  • 6 Collapse

    Tomyam Ayam Santan


    Seterusnya jom kita ke negara jiran pula. Tomyam Ayam Santan ini merupakan masakan thai yang popular dinegara kita.

    Selain dari tomyam ayam santan ini, terdapat pelbagai versi tomyam yang boleh anda cuba seperti tomyam ayam simple, tomyam ayam thai dan juga tomyam ayam putih.

    Tomyam ayam sedap dimakan dengan nasi putih dan lagi sedap jika dipadankan dengan beberapa lagi jenis masakan seperti sayur kailan ikan masin, telur bungkus dan juga sambal belacan.

  • 7 Collapse

    Resipi Rendang Ayam


    Berbeza dengan resepi lain, Rendang Ayam sangat dekat dengan masakan hari raya. Bila sebut saja masakan hari raya, mesti teringat rendang kan.

    Kadang-kadang orang keliru juga antara rendang dengan kari ayam. Rendang ayam dimasak menggunakan serai dan juga daun kunyit berbeza dengan kari yang menggunakan daun kari.

    Rendang ayam biasanya dimakan bersama dengan lemang, ketupat pulut dan juga nasi kunyit.

    Untuk mendapatkan rasa rendang yang enak, biasanya ia dimasak dalam tempoh yang lama. Namun begitu, cara masaknya senang saja untuk anda cuba.

  • 8 Collapse

    Sup Ayam


    Jom kita beralih pula kepada resepi ayam berkuah tanpa santan. Menu pertama yang terlintas semestinya Sup Ayam.

    Ramai yang menggemari sup ayam kerana rasanya yang enak dan mempunyai pelbagai khasiat kesihatan.

    Cara masak sup ayam sangat mudah dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja. Bagi yang dah berpengalaman, cuma campak-campak bahan pun dah boleh hasilkan sup ayam yang sedap.

    Sup ayam ni pun terdapat pelbagai versi juga. Antara resepi yang boleh anda cuba ialah resepi sup ayam simple, resepi sup ayam thai dan juga resepi sup ayam kaw.

    Sup ayam sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Lagi sedap jika cuaca sejuk dan hujan kerana sup dapat membantu menghangatkan badan. Anda boleh padankan sup ayam dengan sayur baby kailan sos tiram, telur dadar dan juga sambal belacan.

  • 9 Collapse

    Singgang Ayam


    Pernah tak anda masak atau makan resepi singgang ayam? Kalau singgang daging atau singgang ikan tu sudah biasa kan.

    Singgang ayam lebih popular dinegeri kelantan. Cara masak singgang ayam lebih kurang sama dengan singgang yang lain.

    Kuah singgang jernih lebih kurang sama dengan sup ayam. Kuah singgang merupakan gabungan rasa antara biji ketumbar, lengkuas dan juga serai.

    Kalau makan singgang, lagi sedap jika dipadankan dengan ulam-ulaman dan juga sambal belacan. Anda juga boleh makan bersama dengan sayur goreng. 

  • 10 Collapse

    Ayam Masak Halia


    Kalau anda masih lagi tak tahu nak masak apa, masak saja ayam halia ni. Masakan ini selamat untuk dijadikan hidangan kerana digemari oleh ramai orang, dari anak kecil hinggalah ke warga emas.

    Rasanya sangat sedap dengan gabungan rasa halia dan juga sos tiram. Cara masaknya juga mudah untuk anda cuba, dan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapati.

    Cara masaknya hampir sama dengan ayam masak kicap dan juga ayam masak black pepper.

    Untuk lebih mendalam lagi, ada beberapa versi juga ayam masak halia ni, antaranya ayam masak halia simple, ayam masak halia chinese style dan juga ayam halia kukus.

    Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas, dipadankan pula dengan sayur goreng ataupun sayur masak lemak, sambal belacan dan ikan kering.

  • 11 Collapse

    Ayam Masak Black Pepper


    Ayam Masak Black Pepper merupakan masakan yang sedikit pedas kerana penggunaan bahan seperti lada hitam dan juga halia.

    Seperti ayam masak halia, cara masak resepi ini senang sahaja untuk diikuti. Bahan-bahan yang digunakan juga senang nak dapat.

    Resepi ini biasanya dihidang sebagai lauk nasi putih untuk makan tengahari dan juga makan malam.

     

  • 12 Collapse

    Ayam Masak Merah


    Resepi yang paling popular dan digemari oleh semua. Ayam masak merah ada yang rasa pedas dan ada juga yang manis tanpa pedas. Sebab itulah ada anak kecil yang menggemari ayam masak merah ini.

    Cara masak ayam masak merah pun senang saja. Untuk mendapatkan kuah yang lagi banyak , anda boleh gunakan kuantiti bawang kisar yang lebih banyak. 

    Seperti masakan lain, resepi ini juga terdapat berbagai versi, antaranya ayam masak merah simple, ayam masak merah berkuah, dan juga ayam masak merah kenduri.

    Ayam masak merah biasanya dijadikan lauk nasi putih, nasi minyak dan juga nasi hujan panas. Sering dipadankan dengan acar timun dan juga sambal belacan.

  • 13 Collapse

    Ayam masak Bali


    Sekali pandang macam ayam masak kicap, tapi jangan salah sangka kerana ayam masak bali ini memang merupakan masakan yang berlainan.

    Ayam masak bali merupakan ayam yang dimasak dengan serai dan juga daun kari. Juga menggunakan kicap dan juga sos tiram sama seperti masakan ayam kicap.

    Anda boleh jumpa dengan ayam masak bali ni di majlis kenduri pada kebiasaannya. 

  • 14 Collapse

    Ayam Masak Kicap


    Masakan yang tidak asing lagi bagi kita. Sering menjadi pilihan ibu-ibu untuk dijadikan hidangan.

    Ayam kicap ini bukan saja enak dan sedap, malah cara penyediaannya juga mudah serta bahan yang digunakan mudah untuk didapati.

    Anda boleh padankan ayam kicap ini dengan sayur goreng dan juga sambal belacan.

    Ada beberapa versi resepi yang boleh anda cuba seperti ayam masak kicap simple, ayam masak kicap pedas, dan juga ayam masak kicap berkuah.